Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

New Baby 2014

Assalamualaikum wbt

Gempak tak tajuk?? Haha.. Saje, kasi bakorrr belog suam2 kuku ni.. Lebih 3 bulan tak ber'update'. Sibuk? Tak juga. Lebih kepada mencari ilham di samping giat dengan aktiviti baru.

Betul ke ada new baby?? Heh, hadooooo.. Tapi bukan baby dalam perut. Baby lain..haha.. Bagi kawan2 facebook mungkin dah sedia maklum. Bisnes baru, aktivit baru, kira baby baru la dok??. Dibuat dengan penuh rasa kasih sayang. Dimasak dari hati yang ikhlas. 

Asalnya suka-suka. Di samping masak untuk keluarga sendiri, apa salahnya berkongsi rasa dengan masyarakat sekitar sini. Nasi kerabu & Nasi dagang. Resepi universal, menu yang digemari oleh semua golongan masyarakat. Sape kata org pantai timur je suka menu ni? hihi

>>HARGA PROMOSI SEPANJANG 2014<<

Bermula baru sebulan lebih, Alhamdulillah setakat ini sambutan menggalakkan. Cuma perlu giatkan promosi. Marketing strategy masih perlu dirangka lebih rapi. Ilmu dah ada, tindakan perlu seiring kan??

Secara rasminya, blog ini diishytiharkan sebagai belog rasmi untuk bisnes CHE WAN'S HOME COOK. Mula-mula ingat nak buat blog baru. Tapi bila fikir balik, kurang komitmen nak manage blog baru nanti. Baik improve belog sedia ada yang terbengkalai ni. Lagipun isi lebih kurang sama. Masih berkait hal-hal masak memasak.. Haaa... hobi di'upgrade' untuk jana pendapatan. Takde apapun yang mustahil, asal rajin dan kuat semangat. Tak gitu???

Ok tak biz card?? Boleh tempah dari  facebook Isha Rulina.. Logo buat sendiri aje, save bajet..hihihi

Usia bisnes ini masih baru. Masih banyak yang perlu  diperbaiki. Perlu usaha lebih gigih untuk memperkenalkan produk kami ini. Kalau setakat sedap, tapi orang tak tahu takde guna jugak. Syok sendiri namanya.. hahaha

Kepada warga Parit, Perak bolehlah mendapatkan nasi kerabu dan nasi dagang Che Wan di Pekan Parit. Untuk pertanyaan, boleh hubungi saya di talian 0199138783. Buat masa sekarang, phone masih tak dapat repair. Phone baru dah ada, tapi kena tukar microSIM pulak. Nantilah ada masa saya ke celcom center ye.

Doakan saya ya kawan-kawan semua.. Semoga dipermudahkan semua urusan & berpeluang meluaskan cita-cita saya dalam bidang yang saya minati ini. Allahumma yassir wala tu'assir..

"Sekali Rasi, Teringat Sokmo"

RYNAHAKIMI @ CHE WAN

Monday, August 25, 2014

Potluck Nasi Dagang Terengganu

Assalamualaikum wbt

Seperti yang telah dinyatakan dalam entry lepas, maka hari ini selesailah sudah sesi masak memasak untuk potluck jamuan raya encik kimiey. Bangun seawal 4 pagi nak kukus nasi dagang sebanyak 3 kilo. Pancit mak nokss. Hahaha

Biarlah gambar berkata-kata. Nak resepi? Pun dah dikonsgi di entry yang lalu. Boleh klik SINI kalau nak resepi ye :)

Proses meng'arung' untuk kali pertama (santan cair)

Dah siap

Gulai ayam (atas) dan gulai ikan (bawah)

Maaf atas kecomotan bekas itu..hehe

Tak sempat nak posing. Kejar masa, pukul 8am dah nak kena hidang. Ambil gambar ala kadar aje. Sebagai kenangan la kononnya. Ehee.. Juadah ni bajet untuk 30 orang makan. Tak tahulah cukup ke tidak. Harapnya semua dapat merasa la ya. Setahun sekali masak nasi dagang uolss. Hehe

Ok, nak merehatkan badan dan minda sekejap. Recharge energy sebelum sambung kerja-kerja rumah yang lainnya. Jumpa lagi :)

RYNAHAKIMI

Thursday, August 21, 2014

Nasi Dagang Terengganu

Asalamualaikum wbt

Hari ni kita berdagang ya. Hihi. Isnin minggu depan ada potluck untuk ofismate encik kimiey. Potluck geng warden merangkap guru-guru MRSM Parit. Pakat request encik kimiey sediakan nasi dagang untuk potluck nanti. Maka, yang jadi tukang masaknya haruslah daku. Hukhuk.. Terkono dennn..hihi

Sebab tu jugalah gigih mencari periuk kukusan besar untuk tujuan jamuan nanti. Hajatnya nak buat nasi dagang Terengganu kerana beras wangi lebih senang dicari berbanding beras nasi dagang Kelantan. Maklumlah di perantauan. Melainkan dari awal memang beli stok banyak2 dari kampung. Itu lebih senang. Masalahnya last minutes baru tahu kena menasik dagangkan diri. Wakakak. Merepek sudahh..Kikiki

Oleh kerana daku tak pernah masak nasi dagang Terengganu, hari ini ku cuba resepi yang sedap ini. Sebagai persediaan untuk hari Isnin nanti. Sesi percubaan la kononnya. Kihkih.. Ingat susah, rupa-rupanya sama je dengan resepi nasi dagang Kelantan style. Cuma beras yang berbeza. Kaedah masakan gulai pun tak sama. Tapi aroma nasi dagang tetap senada giteww. 

Ada sahabat yang PM nak resepi. Amboi.. tak sabar2 mak2 jemah sekalian. Ekekeke. Yang bertanya tu memang one of my best friend yang gemar makan nasi dagang. Ala, zaman sekarang tak susah. Nak cuba apa-apa resepi google je. Gerenti jumpa. Pandai-pandai cari yang berkenan di hati. Boleh disesuaikan dengan bahan-bahan yang dah sedia ada di dapur kita. Memasak itu mudah jika disertai dengan hati yang ikhlas dan gembira. Sape setuju say aiiiii.. hihi

Jom semak resepi. Penting untuk rujukanku pada masa hadapan =)

RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU
Sumber: *Link*

Bahan-bahan
  • Beras wangi siam 1 kg
  • Beras pulut 300g (4 cawan beras siam: 1 cawan beras pulut)
  • Santan cair semangkuk (boleh tambah jika kurang)
  • Santan pekat semangkuk (300L) -tambah jika kurang
  • 5-6 ulas bawang merah-mayang
  • 3-4 ulas bawang putih-mayang
  • 3cm halia -mayang halus
  • Satu sudu kecil halba
* Masak santan pekat bersama-sama bawang merah, bawang putih dan halia. Ini untuk memastikan nasi tahan lama dan tak mudah basi.

Cara-cara
  1. Rendam beras pulut dan beras wangi semalaman bersama2 halba (daku rendam 3 jam)
  2. Bersihkan beras yang direndam, kemudian toskan.
  3. Panaskan periuk pengukus.. Bila dah mendidih, letak beras yang dah ditos tadi
  4. Kukus selama 15-20 minit.. Then keluarkan dan masukkan dalam besen/bekas besar.. Tuang santan cair dan kacau rata.
  5. Kukus lagi selama 20-25 minit..
  6. Sekali lagi keluarkan nasi yang dikukus lagi dan masukkan ke dalam bekas besar/besen..
  7. Masukkan pula santan pekat (yang dimasak seketika dengan bawang merah, bwg putih, halia, halba).
  8. Gaul rata dan kukus lagi *anggaran 5-10 minit*
  9. Bila dah masak, masukkan dalam bekas yang sesuai. (sedap dimakan dengan gulai ikan tongkol/gulai udang dan gulai ayam darat)

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL TERENGGANU
Sumber: Ibu tercinta =)

Bahan-bahan

  • 2-3 Ikan tongkol/aya hitam secukupnya (aya tenggiri) - Rebus dengan asam keping, lengkuas, garam dan sedikit gula nisan/melaka.
  • Rempah gulai ikan dijadikan pes (ku guna cap Babas je..hihi)
  • 3 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1-2 inci halia*
  • 1  inci lengkuas*
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • Kunyit hidup*
  • 20 tangkai cili kering yang direbus*
  • 5 biji cili hijau
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cilipadi
  • Gula nisan 1 1/2 keret (lebihkan jika suka manis)
  • Garam secukupnya
  • Santan dari 2 biji kelapa (ku guna 2 kotak)
  • 1-2 s/b kerisik
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil halba
  • 1-2 batang timun dipotong
  • 2 keping asam gelugur/asam keping
*Kisar bahan bertanda (*)

 Cara-cara
  1. Masak santan dengan api sederhana hingga mendidih dan pecah minyak.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, pes rempah ikan, kayu manis, kerisik, dan halba. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan yang telah direbus. Masukkan juga air rebusan ikan untuk rasa kuah yang lebih sedap.
  4. Biarkan menggelegak seketika (supaya masin/masam ikan sebati dalam kuah)
  5. Rasakan kuah. Masa ni, kuah memang sudah ada sedikit masam, dan masin dari air rebusan tadi. Masukkan gula nisan, garam dan asam keping secukup rasa. Masukkan juga cili hijau, cili merah, timun dan cilipadi
  6. Masak lagi hingga santan pekat.
  7. Siap dan boleh dihidangkan.

Lain orang lain kaedahnya. Ku lebih suka kaedah sekali harung. Haha. Kalau rajin, tunggulah hingga benar-benar pecah minyak. Tapi saya buh bahan kisar selepas santan mendidih beberapa minit. Gulai ni kita masak lama untuk pastikan ia benar-benar sebati dengan ikan. So, memang akan pecah minyak dan pekat.

Kuah gulai ikan untuk nasi dagang biasanya dimasak manis. Tapi kumasak seperti biasa. Dan rasanya tak jauh beza dengan gulai ikan yang ku dah biasa buat. Sedap dan 'jelira' yang amat. Hehe. Sesuai untuk nasi dagang Terengganu ni. Hidangkan juga dengan acar timun. Potong timun, carrot, bawang besar dan cili merah.  Kemudian rasakan dengan garam, cuka dan gula. Biar balance rasa masam masin manisnya. Gerenti lebih mengancam nasi dagang anda. Gandingan meletopp gitu. Ehe

Ok, sekian dulu. Dah lama tak menaip panjang. Jumpa lagi di lain 'entry' ya. Babaii dan selamat mencuba!! *Fefeeling chef la pulak. wakakak *

RYNAHAKIMI

Thursday, August 14, 2014

Menu 1 Syawal : Nasi Dagang

Assalamualaikum wbt

Rancangannya nak masak nasi dagang Terengganu untuk raya nanti. Raya sempena puasa 6 akan datang Hehe. Baru terhegeh2 nak berpuasa sunat. Rakan-rakan lain dah lama beraya. Tak apelah, better late than never kan?

Bila duk di perantauan ni, memang sedikit susah nak cari beras nasi dagang Kelantan ni. Majoriti peniaga di Kelantan jual beras ni. Tapi di Perak ni payah jumpa. Kalau ade pun, mahal bebenorrr. Baik guna beras wangi & beras pulut je. Nasi Dagang Terengganu, sungguh ku tak pernah cuba. InshaaAllah minggu depan ku update resepi kalau jadi mendagang ye. hihi

Ni rupa beras nasi dagang kelate :)

Pagi 1 Syawal hari tu kami bermenukan nasi dagang Kelantan. Homemade tau. Gigih mak jemah bangun pagi mengarong nasi dagang ni. Tapi tak syok sebab abang tengah dan adik bongsu tak pulang beraya. Bukan tak balik langsung, cuma balik lepas raya pertama. Kemeriahannya berbeza. 

My dad masa ni takde. Ke toilet, dan dia suruh je kami proceed bergambar. Memang payah nauu nak amik gambar dia.hihi

Namun, Aidilfitri tetap disambut dengan gembira dan penuh sederhana. Tambahan pula encik suami meragam pula perutnya. Muka dah naik monyok melayan perut memulas2. Kesian. Orang beraya, dia duk telan air garam ORS. Dugaan sungguh. Hehe

Sesiapa nak resepi nasi dagang Kelate ni, boleh jenguk di page INI. Dah pernah share dulu. Step by step lagi haaaa. Cuma kali ni tak buat pun sambal ikan. Sebab cukup gulai ikan tongkol aje. Itu pun makan bertambah-tambah. Haiihhh.. Bulan Ramadhan baru berlalu, nafsu makan kembali mengganas. haha. Sabar jelah.

Gulai ayam, gulai ikan dan acar timun simple.

Resepi gulai ikan : KLIK SINI

 Untuk Nasi dagang Terengganu gulainya lain sedikit. Kena blend jintan manis dan rempah untuk kuahnya. Nanti ku cuba. Kalau sedap, Alhamdulillah. Jika kurang kena dengan selera, guna je resepi gulai ikan sama seperti di atas. Yang ni memang kena dengan selera kami sekeluarga. Serius 'serasi' sangat dengan nasi dagang. Biasanya kuah dimasak sedikit manis. Tapi ku masak je macam biasa. Ape manis2. Lupalah tu yang orang dalam rumah ni ada sejarah diabetes. hehe

Ok, nanti saya share resepi tart nenas pula. Bukanlah resepi yang terbaik, tapi antara tart yang gebu yang daku pernah cuba. Benda baik kena share. Tak gitu?? Ngeh3 :D

RYNAHAKIMI

Thursday, January 30, 2014

Entry 2014

Assalamualaikum peeps!

Entry pertama untuk tahun baru 2014. Huahua.. Baru terdetik rasa hati nak update belog. Selalunya lalu macam tu je. Tangan tak gigih nak klik button 'new post'. Hihi. Alasan. Hiduplah dengan alasanmu sampai bila2.. Impian banyak. Berangan je lebih. Heh, takpe. Berangan free aje. tak payah bayar. kikiki

Masih aktif sebagai pengedar sah SHAKLEE. Best bisnes ni. Dari setakat duk umah melepek depan tv ada baiknya isi masa lapang dengan online biz ni. Masa lebih terisi. hidup pun ada matlamat dan visi. Adakalanya mood ke laut. tapi bangkit balik bila coaching or kena ketuk dengan mentor. Hahah.. Asyik kena ketuk je ni. Nampak bebenor kuat berangan tu kan..hikhik. BISNES ANDA, ANDA YANG TENTUKAN :)

Jemput Singgah

Owh, bulan Januari. Kembali berjinak-jinak dengan berniaga nasi berlauk Kelate. Dah lama tinggal hobi ni. Dulu kat Melaka galak juga terima tempahan. Kat Perak baru nak mula. Bertatih-tatih kata orang. Best, asalnya sorang cuba. Then berjangkit-jangkit yang nak mencuba. Macam virus pulak. Ehee.. Alhamdulillah, banyak ke sikit itu semua rezeki. Asal rajin je kan (malas yg lebih, cemana tu?? kihkih)

Anakanda Hafiey dah 16 bulan lebih. Laju dah berlari. Bercakap bahasa alien lagi. Belum pandai sebut Umi Abi. haihhh. Takpelah anak. Take your time. Asal kamu sihat dan membesar jadi anak yang soleh.

Nampaknya stakat ini dulu 'short update' dari belog sendu ni. Lama sangat tinggal, momentum lari uolss. Baru 2 blog, dah terkejar-kejar. Tak reti nak manage. Hahhah.. Cemana nak celen blogger otai kalo camni gayanya (memang tak la kan). Ohohoiii.. FOKUSS!!!! 

RynaHakimi

Saturday, September 28, 2013

Ke laut bersama nasi tomato

Assalamualaikum wbt

Susah kalo diri sendiri tak berdisiplin. Mulut kata nak berdiet. Alih-alih ke Lautan Pasifik lagi hari ni. Hukkkkksss.. Penangan nasi tomato kegemaran. Kalaulah tak ada yang request takkan sekali-kali ku masak menu ni. Encik kimiey yang bersalah dalam hal ini!!!!! Hahaha.. (sila salahkan siri sendiri hokayyyyy! mencikkk ar kantoi je..hihi)

Nasi tomato versi mudah. Habiskan tomato puri dalam peti sejuk, lebihan masak spaghetti bolognese hari tu. Nasib baik elok lagi. Rasa sedikit pelik sebab tak buh bawang goreng. Aroma yang sedap tu yillekkk.. Yang ada bau haruman daun limau purut, ganti daun pandan untuk masak nasi tu. Wangi...huuuuu~~

Layankan saja gambar-gambar di bawah. Mata dah makin berat ni. Makan terlebih had..kikiki

Semenjak dua menjak ni asyik update entry masak-masak je. Nak bercerita hal lain tak ada modal. Nak cakap tentang Shaklee, dah update kat rumah lagi satu. Hmm. Nanti update tentang anakanda lah.. Buh video dia membebel pun best jugak. Potpet potpet bahasa urdu..hahahah

Melayan kantuk memang tak mudah. Sangatlah menguji keimanan. huhu..Dah lama tak tidur siang ni. Rasa macam rugi je jika masa terbuang begitu je. Hmm.. Cari ilmu tentang bisnes lagi baik. Jejommm!!

RynaHakimi

Friday, September 20, 2013

Nasi Ayam huk alohhhhh

Assalamualaikum

Huk alohhhh.. Nasi ayam lagi. Dah takde menu lain ye orang dalam rumah ni makan?? kikiki.. Dengan bahan yang serba kekurangan. Ulam-ulaman cuma ada tomato dan daun bawang. Tak plan nak buat nasi ayam pun. Cuma bosan tak tahu nak masak apa. Lagi-lagi ayam ayam ayam.. boring mak noksss! 

Nasi ayam ni selera encik kimiey sebenarnya. Dia suka sangat nasi ayam. Kali ni tak buat nasi ayam madu. Lebihkan rasa butter gitu. Ayam bakar lebih sedap dan wangi.. Tapi kalorinya sendir kira la ye.. Dan secara rasminya diet i ke lautan biru hari ni.wkakaka.. Gigih tepek "Atkin's ON" kat peti sejuk. Hampesss!

Kali ni tambah sedikit oregano masa perap ayam tu. Sedap.. Nasi ayam yang di'fusion' kan gitewww.. Ilham dari puan Saidah Zawanah yg sudi share resepi beliau.. hihi. Sedapla awe.. Laki aku makan bertambah2. Plus rasa butter yg kaya tu.. Perghhh. terangkat habis (ngan lelemak sekali terangkat.. hahaha)

Sorry gambar kelabu asap =P

Alhamdulillah, rezeki hari ini. Anak teruna pun suka. Asal ada sup gerenti layan. Satu benda yang aku perasan, semenjak kasi dia MealShake dari Shaklee semakin bertambah selera makan dia. Peha pun kembali berketak..hihi.. Ayuh anakku, plis membesar dengan sihat macam mommy :D

Kalau nak resepi, boleh singgah SINI. Nak perap ayam dengan apa? Terpulang kepada selera masing-masing. Blackpepper boleh, madu boleh, kicap aje pon boleh.. hihi.. Pilihlah yang mana berkenan.

Pulang dari solat jumaat encik kimiey kelek 2 biji durian dalam plastik. Huk alohhh.. nak makan pulut durian pulakkkk!!. Hancus sehancusnya diet aku hari ni. Cehh..macamla diet sangat. Ngelat banyaklah..hikhik.. Musang King, i cant resist!! Haha.. next entry la update sal durian.. Makan aje khoje nye.. \(^.^)/

RynaHakimi

Monday, July 22, 2013

Iftar 12 Ramadhan & Iftar Resepi kuih pulut sekaya

Assalamualaikum

Last update masa 6 Ramadhan yang lalu. Hihi.. Seminggu sekali update ye. Nak share resepi semalam. Pagi-pagi lagi lepas sahur dah tung tang tung tang kat dapur nak siapkan kuih pulut sekaya ni. Ada jugak yang panggil kuih seri kaya. Mana-mana je lah. Benda sama je.. hihi

Resepi asal diceduk dari belog Puan Fatihah, LINK. Dah ikut sebijik resepi dia, tapi apakan daya dek kesilapan teknikal terhasillah sekaya pulut yang lembik nih. Gas habis, pulut terendam lebih daripada 4 jam dalam santan tu. Hehe

Abaikan pulut yang senget menget tu..haha

Iftar semalam. Resepi NASI KERABU DI SINI

RESEPI PULUT SEKAYA

Bahan-bahan
  •  5 biji telur
  • 1 1/2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping gula melaka/nise
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Basuh dan toskan beras pulut. Rendam 2-3 jam. Aku rendam semalaman
  2. Kemudian, masukkan beras ke dalam loyang bersama-sama santan pekat+garam. Pastikan beras tenggelam dalam santan. Jika kurang santan, tambah sedikit air
  3. Kukus hingga masak (anggaran 15-20min)
  4. Kemudian, tekan-tekan pulut di dalam loyang hingga mampat dan rata. Taburkan sedikit tepung gandum di atasnya
  5. Untuk bahagian atas, masak gula melaka/nise dengan sedikit air dan simpulan daun pandan hingga cair. Dalam bekas lain, pukul telur hingga sebati. Bila gula melaka dah sejuk, campurkan ke dalam bekas telur tadi.
  6. Masukkan bahan no 5 ke dalam loyang berisi pulut tadi.
  7. Kukus lagi selama 20-25 minit sehingga betul-betul masak.
  8. Siap dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba :)

RynaHakimi

Monday, July 15, 2013

Iftar Day 5: Nasi Tomato & Ayam masak merah

Assalamualaikum wbt.

Update pendek sementara menunggu waktu berbuka. Air minuman belum bancuh lagi. Ingat nak buat sirap laici.. Sempatla sat lagi bancuh..hehe

Semalam kami bernasi tomato. Si kecik pun nampaknya laju je makan nasi tomato ni. Next time umi buat lagi ye :)

Simple sangat. Guna balance lauk pauk yang ade dalam fridge. Jumpa ayam, terus teringin nak makan ayam masak merah. So, partnernya haruslah nasi tomato kan kan kan?? hikss

Kalau nak tengok resepi boleh singgah SINI. Bukanlah nasi tomato yang tersedap,tapi Alhamdulillah sedap di tekak kami sekeluarga. Kalo encik kimi makan bertambah maksudnya sedap la tu.hehe

Ok, sambung next entry ye. Update resepi sup tulang special plak.. Special kah?? Tungguuu ;)

RynaHakimi

Tuesday, May 28, 2013

Nasi mentega dan stik daging

Assalamualaikum wbt..

Apa kabar kwn2..dah lunch?? jam dah masuk pukul 1 tgh hari ni.. huhu. Hari ni agak sibuk, kena mengemas apa yang patut. Baju untuk 3 orang tak buh dalam beg lagi. Haissshhh.. malas weh.. hehe.. Petang ni nak bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri majlis perkahwinan my only brother yg belom kawen lagik.. Akhirnya jumpa jugak ngn jodohnya. Alhamdulillah =)

Sementara tunggu encik kimiey pulang petang ni dari team building, sempat siapkan juadah buat beliau. Tak plan pun nak buat nasi mentega. Sebab kalo stik je pun dah kenyang kot plus sayur2 tu kan.

Tapi mengenangkan encik kimiey ni perut nasi, nak kena ada jugak la hidangan nasi ni. Instead of nasi putih, buatla nasi mentega. Bajet western la khennnn..hihi

Sepatutnya daging tu tak perlu potong pun. Tapi nak senang makan aku hiris nipis2 terus. Kalo nak ikutkan, stik kena mentah kat bhgn dalam. tapi tak lalu eh tekak nak mkn mentah2.. uwekkk..hihi.. Aku panggang sampai betul2 masak la. Perap daging semalaman dgn lada sulah, bwg putih, sos tiram dan garam. So bila lama perap daging jadi lembut la.. takde la liat sangat bila makan :)

Untuk sos blackpepper tu guna kaedah sama untuk buat sos cendawan hari tu. Cuma tak buh cendawan la. Lebihkan lada hitam. Fuhh.. panas membara dalam badan bila mkn lada hitam ni. i loikeee..

Nasi mentega plak sepatutnya goreng nasi dingin dgn mentega aje. tapi kat umah takde nasi sejuk. So aku masak nasi macam biasa la. tinggal tumis bawang merah+garlic dgn mentega. Dah naik bau, masuk dalam rice cooker. Biar sampai masak. Hoh, senang citer. Segalanya terkejar2. ngan anak takmo tido, nak berdukung aje. Buat sesimple mungkin la kan. Soal rasa?? ah, ada aku kesah. hahah

Masa untuk kemas baju2 plak. Bab2 ngemas baju ni fail la. Aci sumbat beg je bleh tak?? hikhik.. adiosss.. jumpa lagi lepas cuti sekolah nanti =)

Sunday, April 21, 2013

Berhujung minggu dgn nasi kerabu :)

Assalamualaikum wbt..

Salam hujung minggu semua.. Mesti ramai yang bawak keluarga jalan2 makan angin kan?? Huh, jelessssssssss!! Me dok umah je..Encik kimiey ade keje nak disiapkan.. Tapi semalam dah pun ke Lumut, cari produk laut kat sana..Tambah stok ikan kering ngan ikan bilis sket..

Terajin pula masak nasi kerabu ni..Maklumlah, bila lama tak makan rasa teringin tu datang bertandang.. Haihhh..tambah pulak bila tengok kawan fb post gambar nasi kerabu..Lagilah lapar tak hengat..kikiki.. Maka, terhasillah nasi kerabu biru sebagai juadah tengahari kami sekeluarga (tak termasuk si kecik ye.. gile nak bagi makan budu..hahah)

resepi di sini

Sebenarnya nasi kerabu biru ni tak perlu ada tumis budu pun.. Tapi encik kimiey request nak jugak tumis budu tu.. So, buatlah sedikit untuk beliau :)

Ha, gambar atas ni versi letak tumis budu..hehe.. haruslah posing sama kan.. Sepatutnya tumis budu tu pekat sket.. tapi dek kerana tak cukup santan, maka cairlah beliau.. kekekekk.. Hentam jela labu..janji rasa budu tu ade..

Ok lah..tak ade modal nak merapu lebih2 di petang ahad ni.. Hero2 semua duk tido.. Nak tido jugak, tapi tak mengantuk plak mata ni.. huh, boring.. mau makan la jap (maka sesi menternak lemak pun bermula....)

RynaHakimi

Tuesday, April 16, 2013

Jom tambah kalori!!

Assalamualaikum wbt..

Agak2 kalo makan nasi ayam bape kalori ek yg kita consume.. Aicehhhh..bajet concern bab2 diet la kan..  Hari2 plan nak diet, tapi hari2 jugak aku makan nasi.. cemana tu??

Sy nak kurus,tapi tetap makan nasi..boleh tak?? Boleh tak sape2 bagi tips (dalam hati korang kata boleh..tapi boleh blahhh..haha).. Ye, lelemak semakin berleluasa dan bermaharajalela sekarang..Salah sape?? salah diri sendiri yg takmau pantang ais..Exercise lagi la..pagi2 exercise sambil wat air liur basi dengan mat hafiey..kihkih..

Owh..tamat repekan di tengahari.. Tengah blurrr..taktau nak buat apa..Nak layan Sanay Wala Nang Wakas kat Astro bella.,tapi Astro plak problem.. Rindu kat abe jericho rosales..haha..Hari tu kata prob decoder..Dah setel, jd masalah lain pulak.. haihhh..kalo bab bayar cepat je ko ek Astro. Kalo buat aduan kerosakan ko buat derrkk je..*Siyes aku angin!!*

Maka ku update kan blog ini dengan gambar nasi ayam lelemak yang menjadi santapan kami sekeluarga tengahari td. Hafiey makan sup dan nasi je.. Blend ngan carrot sket.. Habis licin dia makan.. Menu direquest oleh encik suami yg mengidam nasi ayam..

Kali ni masak nasi ayam madu.. kaedahnya sama dengan resipi nasi ayam lain. Cuma masa perap ayam yg dah rebus tu, tambah la madu sesedap rasa ye.. Tak payahlah tepek resepi..Rasa dah banyak kali buat resepi ulangan ni.. Segan aihh, asyik tepek benda sama je..hehe

Huk aloh... anakanda dah bangun.. Rasanya tak sampai 10 minit kot pejam mata.. Cepat sangat bangunnya.. Panas kot..hmm.. Saje tak bagi ummi berjiwang lama2 depan pc ni ye.. bijok2.. kikiki

Ok, hingga ketemu lagi.. Huh, memang ringkas dan padat entry nih (padat ke?? mcmla ada info sangat..hiksss)

RynaHakimi

Monday, December 12, 2011

Nasi Ayam lagi dan lagi

Rasanya lebih 5 kali kot post entry sal nasi ayam ni.. Hehe.. Asyik ulang menu sama je ya.. Nak buek camno, dah ini kegemaran kami.. Haruslah dimasak selalu..huhu

Menu untuk lunch, tapi makan di petang hari. Hmm, macam mana tu?? Gigih encik kimi beli bahan2 kat pasar untuk nasi ayam ni. Dari pagi dia dah bagi hint nak makan nasi ayam. Aku kate tak cukup bahan. Masak kalau tak cukup bahan ni tak feel.. Ngeh3.. Alasan tu memang takleh blah... hahaha

Disebabkan usaha beliau yang maha murni itu (rehat tengahari kul 1pm, sanggup ke pasar cari bahan tau), maka si isteri pun dengan ikhlasnya masaklah untuk sang suami. kang merajuk pulak kan.. Penat nak pujuk.. hehe..

Maka siaplah menu ulangan ni.. Bila dah masak berkali2 ni, tak payah dah nak jenguk2 resepi.. bajet2 sudah.. Ececehhhh..bajet terer la kan. padahalnya berguru dari dunia internet ni jugak.. Macam2 version ada. 

Plus  partner sehati sejiwa...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sup ayam.. =P

Kali ni ayam masak blackpepper.. Panggang je senang.. Nak goreng2, minyak tu yang tak tahan.. Haruslah kurangkan penggunaan minyak bagi mengurangkan kegendutan melampau ni.. hakhak..

Berbeza daripada biasa, hari ni nasi dimasak dengan daun limau purut.. Lebih wangi aromanya.. Ganti daun pandan (segan nak cantas daun pandan pakcik blakang umah.. asyik aku je ambiknya..togel dah pokon pandan beliau..hehe). Guna daun limau purut memang menghasilkan nasi ayam yang lebih enak daripada biasa ;)

Resepi asal boleh dijenguk di SINI dan SINI.. Boleh olah ikut suka.. Nak guna madu boleh, blackpepper pon boleh. tambah minyak bijan sket, lagi la sedap nasi ayam ni. Tapi tak semua tak gemar bau minyak bijan ni (encik kimi la tu).. So, tepuk dada tanya selera. ehee..

Tuesday, December 6, 2011

Nasi goreng penyelamat

Jadi rescue ranger la pulak.. heheh.. Ape kena mengena nasi goreng dengan misi menyelamat pula ni?? hehe..Eceehhhh.. bajet orang nak tahu sangat la kan.. padahal tak menarik langsung... heh *ku akui blog ini sekadar blog picisan..sob3x*

Alkisah pagi Sabtu yang lalu (lebih tepat lagi kelmarin)..  Encik kimi ada meeting, so jadual hujung minggu kami memang terganggu.. Nih tak best ni.. huhu.. Pagi tu mau sedia sarapan, tapi kata encik kimi before meeting akan disediakan breakfast untuk semua staff yang join meeting.. So, tak jadilah nak masak.. Tak baik membazir ni..hehe

Simple dan mengenyangkan
Biasanya meeting beliau ambil masa berjam2 juga (9am-2pm paling awal).. Dalam masa menunggu kekanda terchenta, isi masa yang ada dengan aktiviti masak2.. Kebetulan nasi putih yang semalam banyak lebih.. Lauk pula cuma ada ayam mentah.. Huk aloh, mau masak ape nih?? takkan nasi tomato lagi.. Sayang pula nak dibuang2 nasi semalam tu.. Goreng pon sodap!! Senang citer..

Maka terhasillah nasi goreng berlaukkan ayam kentaki dan keropok goreng tu. Tak expect pun encik kimi balik nak makan lunch, sebab biasanya lepas meeting akan ada jamuan untuk mereka yang join meeting tu..

Jam 3 pm, barulah si dia pulang.. Ingatkan dah kenyang, rupanya kebuluran tahap gaban.. hikhik.. Katanya breakfast tak disediakan. Muka mencuka semacam.. jangan jadik 'hulk' sudah..hehe... kata beliau, lepas meeting ada diorang sediakan mihun goreng, tapi kompemla pukul 3 petang masa untuk nasi.. Ade ke hidang mihun.. Standard la perut orang Melayu ni makan nasi tengahari kan.

So, balik aje meeting terus dia serbu dapur.. Nasib baiklah nasi goreng bidan terjunku ini jadi penyelamat.. hikhik.. Ingatkan orang tu makan sedap2 kat sana.. Tak nak pandang dah lauk kat umah ni.. Hmm, nak buat cemane kan, takde rezeki dia la tu.. Dah ini rezeki beliau untuk hari ni, tambah pula ada ayam kentaki tu. Lahaplah beliau makan, tak toleh kiri kanan dah.. ekekekkkk.. 

Hope lepas ni tak terjadi lagi insiden macam ni. Kesian mereka yang tak sempat sarapan tu. Dpt pulak bos yang strict. Lagilah takleh nak buat ape.. Tahan angin cenggitu jela.. Perang sendawa sema orang. Macam2 bunyi ade kata hubby.. hikhik.. Meeting meeting jugak, jangan kebajikan staff diabaikan.. Keduniaan sungguh la.. *mengeluh sambil geleng2 kepala*

Tak banyak, tapi syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah untuk rezeki hari ni.. tak banyak, tapi tak juga kurang.. Masih bertatih2, bukan seorang peniaga profesional pun.. hehe..

Kuah gulai- Menu utama. huhu

Ready for delivery =P

Kali ni bukan nasi berlauk ikan macam selalu.. Tukar angin sekali-sekala.. Apa salahnya.. Kita bergulai darat ayam pula.. Apa tu gulai darat?? heheh, aku pon tak tau nak describe macam mana.. Rasanya memang lain dari gulai biasa. Resepi sama je ngan gulai ayam yang ni, tapi beza dari segi penggunaan rempahnya la (org kelate panggil awah gulai..hehe)

Tengok resepi *link*

Hari tu balik kampung beli rempah ratus, rempah gulai kat pasar borong.. Salah seorang peniaga rekomen rempai gulai darat Nik Suh (betul ke dop?? ingat2 lupa pula), katanya tu gulai darat/kawah yang memang tersohor di Kelantan.. Encik kimiey plak terus beli, tanpa banyak tanya.. Hehh..hantu gulai darat sungguh tok laki ku ini.. ekekeeeek..

Opismate encik kimiey berhajat nak makan gulai ayam pula.. So, siapkan apa yang patut.. Bukan ramai mana pun yang tempahnya.. 10 orang aje.. Nak yang harga RM4 sebungkus.. So, kena fikir lauk lain sebagai tambahan.. 

Hmmm..kalau nak ikutkan, zaman sekarang ni RM4 ayam seketul je la lauknya.. tapi aku bukan nak berniaga sangat.. Niat nak tolong sahabat2 juga.. Jadi, tambahlah ikan goreng dan sayur kangkung belacan sebagai aksesori.. Boleh?? hehe.. Kalau ada yang komplen tak tau la.. Tapi takpe, terima teguran dengan positif giteww..

Ni dia rupa gulai ayam darat tu.. Takde beza pun dengan gulai ayam biasa, tapi rasanya memang ketara.. Haa, nak bagitau macam mane rasanya memang susah.. Kena guna rempah gulai darat ni baru tahu.. Sape2 yang biasa makan gulai kawah or gulai darat boleh imagine la kot.. hehe

Memang aku ada cita2.. Jangan angan2 mat jenin sudah.. hikhik.. One day nak kembangkan bisnes sendiri.. tapi buat masa terdekat idokla.. tak nampak pun lagi jalannya.. Tengah bertatih2, menuntut ilmu dengan mereka yang lebih pakar.. Tanpa mereka mereka yang tersayang, of coz apa yang dihajati tak mudah menjadi kenyataan.. Hope dipermudahkan segala urusan..

Yup, wang bukan segalanya Tapi segalanya memerlukan wang (ayat common..heheh)... Aku pun tak nak kaya raya, cukup kami sekeluarga hidup bahagia tanpa menyusahkan sesiapa pun.. Tapi jika Allah swt nak anugerahkan rezeki yang melimpah ruah, sebagai hamba kita terima dengan hati terbuka.. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk para hambaNya.. ;)

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...