Monday, January 17, 2011

Nasi Kerabu Tumis Kelantan

Nasi kerabu tumis and the gang

Alhamdulillah, tercapai jugak hajat nak makan nasi kerabu nih. Sejak 2 minggu lepas duk tangguh, kes malas nye pasal.ngeee..Tadi gi pasar cari bunga telang a.k.a bunga nasi kerabu, tapi tak jumpa pulak. kalau kat Kelantan memang guna bunga ni nak dapatkan warna biru untuk nasi tu. Kat Melaka ni mungkin orang tak jual sebab nasi kerabu memang tak femes kat sini. tak seme org makan budu kan?? hehe. Kalo kat Kelantan plak agak pelik kalo org tak makan nasik kerabu ni. Macam menu wajib gitu. Yang paling femes nasi kerabu Ketereh. Daging bakarnya memang marvelous.

Cakap sal bunga telang ni, sila rujuk gamba di bawah. Cantik bunganya. Pati bunga ni org guna nak dapatkan warna biru tu. Ada yang rebus dulu untuk dapatkan air kaler biru tu. Ade plak yang ramas amik ekstraknya. Dan yang peling senang rebus je sekali bunga tu ngan nasi. Huhu. Tapi kalau nak dapatkan warna sekata, cara kedua biasanya jadi pilihan. kalau nak tahu lebih lanjut, sila ke sini.

Pic credit to Google
So, sebab takde bunga ni tanak nasi guna idea asal la iaitu gune pewarna kuning. nak beli pewarna biru, tak berbaloi pulak sebab guna sikit je. baik guna je ape yang ada kat umah. Save bajet.. Huhu. 

Nasi kerabu ni sedap sebab ade tumis budu tu. Kat Kelantan ade 2 jenis nasi kerabu, satu nasi kerabu takde tumis budu. Satu jenis lagi yang bertumis ni la. Yang tak buh tumis budu biasanya letak sambal/ 'air lada' + pure budu. yang ni pun sedap jugak, rasa masam manis gitu. Kalo yang bertumis plak sedap sebab aroma budu+serai+bawang. Huhu, panjang lebar plak explain sal nasi kerabu ni. Jom semak resepi pulak

BAHAN-BAHAN

NASI :
  • 2 cawan nasi
  • 3 helai daun limau purut@daun pandan (koyak2kan)
  • 10 kuntum bunga nasi kerabu @ pewarna (aku guna kaler kuning)
CARA:
  1. Basuh beras seperti biasa.
  2. Masukkan air secukupnya dan masukkan bunga nasi kerabu.
  3. Kalau takde bunga tu, letakla pewarna. 2 titik untuk 2 cawan nasi
  4. Letakkan daun limau purut/daun pandan untuk dptkan aroma yang harum.

KELAPA GORENG :
  • 2 cawan kelapa parut 
  • 2 ekor ikan kembung/ selar (di rebus dan ambil isi)
  • 3 ulas bawang merah-mayang
  • 1 batang serai diracik2
  • garam dan gula secukup rasa

CARA :
  1. Satukan semua bahan di dalam kuali dan kacau selalu.
  2. Goreng dengan api kecil sehingga kelapa kekuning-kuningan

TUMIS BUDU :
  • Budu secukup rasa (anggaran 1 senduk kecil atau lebih)
  • 2 cawan santan
  • 2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
  • 1 ulas bawang putih -tumbuk/kisar
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 s/b ciliboh atau cilikering kisar 
  • Gula melaka
  • 1 asam gelugur

CARA :
  1. Satukan semua bahan didalam periuk. Masak hingga pecah minyak.

KERABU :
  1. Untuk ulam, boleh guna bunga kantan, daun kesum, timun, taugeh, kacang panjang dll. Terpulang pd citarasa masing2. Hiris bahan2 ulam ni halus2.

p/s: Kalau nak lengkapkan lagi menu nasi kerabu ni, boleh hidang dengan ikan celup tepung, telur masin, bawang putih jeruk, ayam/daging bakar dan keropok keping. Kompem sodappp!!(^_^)

Nasi kerabu ni dulu selalu buat sebab tolong my mom kat kedainya. Tak susah, cuma banyak bahan nak kena sediakan. Menguji kesabaran sikit la. Kelapa goreng tu memang takleh tinggal masa tgh goreng, nanti hangit. heuheu..Ingat lagi dulu pernah kena marah ngn mak sebab masa goreng kelapa gi tengok tv. Guna api besar plak tu. Haha.  masa muda remaja sikap malas tu toksah cakapla. Selalu ngelat . Huhuhu..Okey, enough!! Mau layan tv. Adioss!

5 comments:

Jumir said...

Sampai hati ko citer pasal nasi kerabu. Buat aku jadik tak keruan jer...! Nak kena buat gak ni....

Wan Ryna said...

Haha..tak keruan ye..cuba la buat..sonang je. kat pasar malam pun ramai org jual.hehe..selamat mencoba ye ;)

fzi said...

Salam Wan Ryna...
Aduss...bestnyer nasik kerabu... kak pong lamo doh tok buat..terliur weyh...Tok leh jadi nih, kena wat jugok lepah ni, seghupo la kak pun sokmo wat kaler kuning jah, malah gi round cari bunga putehstar tu.. :)

izaLis™ said...

sedapnyaaaa....=)

Wan Ryna said...

@Kak fzi: teringin nk mkn nasi kerabu etep..tu buat jugok tu..hehe.takpo la tok sedap mcm hok kedai pun, asal lepas hajat takpo doh. hehe

@Izalis: Ape lagi, cube la dik..hehe

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...