.::Sahabat Maya::.

Monday, January 24, 2011

Nasi Komok @ Beriani Siam Simple

Selamat tengahari semua!! Setelah laptop di "conquer" encik suami, baru sekarang baru boleh nak online.hehe. Baru selesai makan tengahari. Erk..Alhamdulillah..

Pernah dengar tak nasi komok?? Nasi ni kalau kat Thailand memang femes la. Resepi ni berasal dari Selatan Thailand. Kalau kat sana dikenali sebagai nasi komok. Kalau kat Malaysia ni nasi beriani siam la. Resepi nasi ni banyak penggunaan daun ketumbar. Memang aroma dia tu mantap la. Sampai rumah sebelah terbau aromanya nih. hehe. 

Resepi mintak dengan sepupu sebelah ayah. Dia memang selalu masak masakan Thai ni. Walaupun lelaki, bab memasak ni memang dia khatam dah.huhu. Kalah aku yang perempuan nih.

Aku masak tak beriya pun, sebab banyak bahan yang  tak cukup. Nasi masak guna beras biasa je. Daun salad takde, tomato lupa nak beli. Hmm, guna je la ape yang ada. Cili nak buat sos pun tak beli. Tapi sebab dah ada dalca, takde sos pun takpe. Semalam pergi pasar beli lobak merah, timun dan nenas. So, bolehla buat kuah dalca sayur combine dgn nasi komok ni. Tambah sedikit ayam goreng berempah, pergghhhh..memang terangkat la. Simple dan mudah (^_^). Jom semak resepi:

RESEPI NASI KOMOK (3-4 ORG MAKAN)
  
BAHAN-BAHAN UNTUK NASI
  • 3 pot beras basmathi-(aku guna beras Malaysia je.ehee)
  • Air secukupnya untuk masak nasi
  • Sedikit susu cair
  • 2 sudu besar rempah komok/kurma
  • 2 sudu besar marjerin untuk tumis
  • 1 labu bawang besar- tumbuk
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 pokok daun ketumbar-mesin/tumbuk
  • 2 akar ketumbar-cuci bersih
  • Sedikit gajus
  • Bawang goreng
  • 1 cm halia- tumbuk
  • 1inci kulit kayu manis
  • 3 biji pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun pandan disimpulkan

CARA-CARA
  1. Panaskan periuk dan marjerin. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudian masukkan bwg besar, bwg putih halia dan daun ketumbar yang telah ditumbuk/dimesin.
  2. Apabila telah garing dan naik bau, masukkan bancuhan rempah komok/kurma dan susu cair. Tumis lagi hingga pecah minyak
  3. Masukkan beras, daun pandan, gajus, garam dan sedikit gula.
  4. Pindahkan ke dalam rice cooker 
  5. Apabila nasi hampir kering, masukkan akar ketumbar dan bawang goreng.
  6. Kacau rata dan biarkan masak hingga kering.
  7. Siap!!
BAHAN-BAHAN SOS CILI
  • 10 biji Cili merah
  • Segenggam cilipadi
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam, gula
  • Cuka

CARA-CARA
  1. Semua bahan diatas dikisar dan dimasak diatas api.
  2. Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa
  3. Untuk bau yang menarik lagi , potong daun ketumbar kedalam sos tadi. Masak sehingga pekat

*p/s: Kalau ikut resepi asal, ayam dimasak bersama2 nasi. Tapi aku tak ikut resepi ni sebab ayam hanya digoreng. Nak makan 2 orang je, kang terlebih lauk membazir pulak. Aku goreng berempah je ayam tu. Bolehlah semak resepi ayam berempah kat sini.Sedap..hehe..perasan! Suami yang kata sedap tau..hikhik

Untuk resepi dalca sayur tu nanti2 la letak resepi. Nak layan Nona ni. Bersantai hujung minggu bersama2 encik suami..huhu..jumpa lagi, babaiiii..

3 comments:

Seimura said...

wuii sedapnya. nampak sungguh menyelerakan.. nyum3.

Wan Ryna said...

@Seimura:
Memang sedap sebab aroma daun ketumbar tu. Cuba la buat.goreng ayam ngn kunyit je pun boleh.=)

intan said...

as salam..
nk tnya klu guna rempah kurma colour dia jd mcm ni juga ke....

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...