Wednesday, January 26, 2011

Ikan Kerisi Tumis Asam Kunyit

Hmm..mau masak apa ye?? ada ikan kerisi 4 ekor dalam peti sejuk. Nak goreng, bosan dah. Fikir punye fikir, masak tumis asam kunyit je la. Menu yang mak selalu buatkan masa kecik2 dulu. Sedap tuu..huhu

Kecik2 je ikan ni..kasi habis je la 4 ekor. Encik suami pulak request nak makan telur masak kicap. Orait abg!! akan dinda penuhi..hehe..Alhamdulillah, rezeki makan malam kami hari ni. Walaupun simple, syukur dengan kurniaanNya. Teringat kat kampung la pulak bila makan lauk macam ni. Hehe..

Jom semak resepi (^_^)

RESIPI IKAN KERISI TUMIS ASAM KUNYIT

Bahan-bahan
  • 4-5 ekor ikan kerisi (bersihkan dan buang sisik)
  • 3 biji bendi  
  • 1 batang serai-ketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • Sedikit nenas 
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji tomato masak-tak letak pun
  • Air secukupnya 
  • 1 helai daun kunyit-koyak2kan (tak letak pon)

Bahan kisar/tumbuk
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci kunyit

Cara-cara
  1. Tumiskan bahan kisar di dalam periuk dan tumis hingga  naik bau. Kemudian, masukkan air secukupnya, asam keping, serai dan garam.
  2. Biarkan kuah mendidih.
  3. Kemudian, masukkan ikan kerisi, bendi dan nenas.
  4. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Rasakan kuah dan angkat.
  5. Siap!

*p/s: kalau ikutkan resepi asal tak letak pun nenas. Tapi sebab nak habiskan nenas yang duk dalam peti tu, bolehla guna sikit. Hmm, macam masak asam pedas pun ye jugak.tapi takde daun kesum..Huhu..sebenarnya ikan asam kunyit ni takyah tumis pun. Tapi aku tebih suka tumis nak dapatkan aroma tu.

Untuk resepi telur kicap pulak, tak mention la kat sini. Sama je dengan resepi ikan kicap ni. Cuma tukarkan dengan telur goreng mata la..Okey, mau layan Tiramisu..babaiiii (^_*)

9 comments:

Miss Sunshine said...

Nyummy2..
Saya suka ikan kerisi..

Wan Ryna said...

@Miss Sunshine
Ape lagi,cuba la buat resepi ni pulak.hehe..asam pedas pon sodap gak =)

nur easy said...

suka telur kicap..suka makan n tengok tiramisu jg....;)

Wan Ryna said...

@nur easy
Hehe..samala,makan sambil tengok tv..citer tu memang best kan..sweet gitu..huhu ;)

Seimura said...

ikan kerisi goreng yang enak di makan begitu sahaja. kikiki.

Wan Ryna said...

@Seimura
Goreng pon sodap! huhu =)

Ninie@Aini said...

tengah fikir apa itu masak tumis kunyit..rupanya macam asam pedas..aduh sedapnyeerrr! rasa tak sabar nak balik kg..rindu masakan mak!hehehe sendiri nak masak tak tahu..terliur tengok bendi tuh..huhuu terasa lapor lak..saya tumpang lalu skodeng blog neyh =)

Wan Ryna said...

@Ninie
Huhu..tula,lebih kurang cam asam pedas jugak..cuma ni lebihkan kunyit la..ape lagi, balik kampung la suh mak masak sedap2 ye.ehee

Ninie@Aini said...

lambat lagi nak blk..tgu mid-term break CNYear next week..baru blk..huhuhuhuu..tak sabar sgt! ^_^

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...