Saturday, May 24, 2014

Laksa Penang In da House!!!

Assalamualaikum wbt

Tak pasti nama sebenar laksa ni. Ada yang panggil laksa Penang, ada juga yang kata laksa Kedah. Mana-mana pun boleh. Yang penting, sama2 dari utara. Hihi

Jarang masak laksa utara, sebab kami lebih gemar makan laksa lemak/laksa kelate. Laksa terengganu pun ye jugak. Dah nama pun jiran sebelah, variasi makanan lebih kurang sama je. Berkongsi adat dan budaya giteww..

Laksa ni saya buat kurang pedas. Nak bagi si kecik merasa sama. Rasa mcm malas pulak nak masak banyak lauk. haha.. Tapi Hafiey tak makan banyak mana pun. Dia lebih suka laksa lemak. Sama mcm mak bapaknya jugak. Cuma dia tak berlemak mcm maknya.. Kecik molek je Hafiey. Hihihi

Jom semak resepi. Sy pun ingat-ingat lupa kekdah membuatnya. Maklumlah, bukan menu utama sehari-hari. Paling tidak, buat masa raya. Buat sendiri ni jimat. Ikan sekilo, dah boleh makan 4-6 kali. Haaaa.. Berbaloi uolss. 

RESEPI LAKSA UTARA

Bahan-bahan (5 orang makan)
  • Laksa segera (celur/rebus hingga lembut)
  • Ikan selayang/sardin 1kg ( ikan lain pun boleh) -Rebus dan asingkan tulang
  • Cili kisar/giling (ikut tahap kepedasan yg korang nak)  -Nak guna cilipadi pun boleh. Sy guna cilikisar je
  • Bawang putih 2-3 ulas*
  • Bawang besar 3 labu*
  • Sedikit halia*
  • Serai 2 batang (titik)
  • 15 tangkai daun kesum
  • 2 btg Bunga kantan
  • Sedikit belacan*
  • Sedikit petis (sy tak buh pun)
  • Garam/gula secukup rasa
  • 2-3 Asam keping

Cara-cara
  1. Kisar isi ikan dengan bahan bertanda (*). Jangan guna air yg terlalu banyak. pandai-pandai bajet ye. Cair sangat tak sedap
  2. Kemudian, masukkan kedalam periuk dan hidupkan api.
  3. Masukkan juga cilikisar, serai, asam keping, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Bila menggelegak, rasakan kuah. Biar balance, baru sedap! hihi
  5. Dah puas hati, boleh matikan api. Sedia utk dihidangkan bersama laksa.

Bahan hiasan
  • Telur rebus
  • Bawang besar-dihiris
  • Cili merah
  • Nenas
  • Daun salad
  • Timun 
  • etc yg anda suka.
Oh ya, ada yang  blend tulang ikan untuk dapatkan airnya. Tapi saya tak suka, sebab nanti kuah jadi gelap. Terpulang pada korang la, kalau rasa rugi buang tulang macam tu je baik guna untuk kuah. Huhu

Untuk resepi laksa lemak, boleh SINGGAH SINI. Pernah share suatu masa dahulu. Sewaktu masih rajin dan suka makan tak hengat doniaa. Miahaha..

laksa lemaksss

Selamat berhujung minggu ye kawan2. Sy tak kemana pun minggu ni. Big boss ada program dengan students form5. Sebab tu terajin nak update blog. Kebosanan lettewwww..hihi

Daaaaa =)

Yang menulis
RYNAHAKIMI

5 comments:

Z@i Z@mR33 said...

haiyooooooooo...laksa penang...tliur aih....sobbbbs...kena pantang mkn laksa lg..uhuk

RynaHakimi said...

Saya pantang jugakk..pantang tengok.kihkih :D

Akif Imtiyaz said...

Ala sedapnyerrr ..Lya suka jugak laksa penang ni mmg sedap terutam kalu pedass ..Lya singgha & FOLLOW sini ..Tq sudi singgah blog Lya ya ..Ada masa meh la singgah lagi ..sama2 kita rapatkan ukhuwah ..

MaMa MuRsYiD said...

sedap2... saya pun peminat laksa tegarrrr

Cikna said...

Sedapnye laksa, klu dulu tiap2 mggu mummy masakkan laksa tp skunk ni beli je sbb luka abah xelok g....;-(

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...