Sempat lagi hapdet blog di kala kaum adam berpusu2 ke masjid untuk menunaikan kewajipan yang satu di hari Jumaat. Masa2 camni la nak rileks sket. mengular aje.. haha
Masih dalam mood yang pelbagai. Semangat ingin tahu tu membara, tapi kadang2 risau mengenangkan risiko yang bakal dihadapi. Risau juga takut tak terurus projek yang diberi. Huhhhh, selalu aje takut dengan kemungkinan yang belum pasti. Sokmo gitu..hehe
Bulan Mac kemungkinan kursus kat Terengganu seminggu. Sob3x.. Tak pernah berjauhan dengan encik kimi atas dasar kerja. Tapi bila diberi peluang ni, sayang pulak nak biar gitu aje. Penting untuk masa depan. Tapi bos kata, i want ur commitment. taknak nanti dapat sijil competency u mintak kerja lain. OMG, macam tau2 je.. Hikhik ;P
Apapun, masih dalam perancangan. Mintak dipermudahkan segala urusan untuk hari2 mendatang. takmo terlalu stress. Bercerita di blog ni memang sangat menenangkan. Lega apabila perasaan yang terbuku dapat diluah di diari hati.. (^_^)
Ryna Hakimi
Ryna Hakimi
No comments:
Post a Comment