Saturday, May 7, 2011

Al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada kak Zaimah (kak Imah) dan keluarga di atas pemergian ibu dan bapa tercinta.. Tak sangka betul, kejadian ni terjadi kepada keluarga sahabatku sendiri.. Dulu aku sekelas dengan kak Imah masa menuntut kat UIA.. Walaupun tak rapat sangat, tapi kak Imah ni memang baik hati.. Kawan2 BTE lain pon mesti kenal.. 

Macam tak percaya ada yang sanggup buat perkara terkutuk ni kat ibu bapanya..Dalam kejadian semalam, seorang kontraktor dan isterinya ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman.. Motif pembunuhan pula masih disiasat.. Nak kata kes samun atau rompakan, takde barang yang hilang pun..

Mayat Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, maut dengan kesan kecederaan di tengkuk. Terukkan?? Takde perikemanusiaan langsung..

Sanak saudara mangsa yang meratapi pemergian arwah

Khabarnya, ada jiran tetangga yang terdengar jeritan kuat dan bunyi bising sekitar jam 1.30 pagi.. Pihak polis mengesyaki perkara ni dilakukan oleh seseorang yang dikenali mangsa..Sebab takde apa-apa yang hilang kan..Wallahualam..Berita selebihnya di sini.

Kepada kak Imah, semoga sabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini.. Mungkin ada hikmah disebalik musibah ini.. Hanya Allah yang maha mengetahui.. 

Jika perkara ni terjadi pada kita pun, belum tentu kita dapat menerimanya dengan redha.. Semoga mereka sekeluarga diberi kekuatan dari Allah s.w.t. Kepada penjenayah tersebut, harap akan segera diberkas dan dijatuhi hukuman yang setimpal.. Memang sangat kejam dan pentingkan diri sendiri..

Iskk..sampai sekarang aku masih terkesan dengan kejadian ni.. Seriau dan ngeri pun ade.. Buka apa, rumahku  kat kampung pun sering dinaiki pencuri.. Hmm, dah ramai sangat drug addict sekarang nih..Memang hidup tak aman tenteram..Semoga kejadian ni dijauhkan daripada keluargaku..Tak sanggup rasanya nak menghadapi situasi seperti ni =(

7 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam takziah buat keluarga mangsa.. Al-Fatihah...

akak pun ada baca dlm kosmo pasal berita ni.. tak sangka ryna kenal dgn anak mangsa yg terbabit dlm pembunuhan ni.. memang sedih bila perkara begitu berlaku.. di rumah sendiri pun dah tak selamat kan..

RynaHakimi said...

@kak MaDiHaA

Tula akak, mula2 rina taktaupun ni keluarga kak imah tu..bila kawan2 duk ucap takziah kat fb, baru perasan..Seriau rase..Zaman sekarang manusia semakin kejam =(

WonderWoman said...

memang tak sangke.. kak imah pun baik je orangnye, sure parents die pun orang yang baik2.. who could hv done this to them..

~SYAZ~ said...

insyaAllah mintak kat Allah supaya kejadian ngeri mcm ni tak terjadi dekat kita mahupun keluarga kita.. amin...

RynaHakimi said...

@Wonderwoman
tula ain..tak sangka kan benda ni terjadi kat kwn2 kita..Jahat sungguh manusia tu..Apalah dosa mereka sampai dicederakan sebegitu rupa.

@Syaz
Mintak jauh la perkara mcm ni..tak sanggup rasenya nak hadapi kan syaz..

nur easy said...

alfatihah untuk arwah

entah mengapa la sanggup buat perkara mcm tu kan. moga kita selalu dilindungi

RynaHakimi said...

@nur easy
Mudah-mudahan kita dilindungi ye nur..mintak jauh segala musibah yang tak diingini..

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...