Sunday, February 13, 2011

Bosan, Malas dan .................

Kenapala semenjak dua menjak ni asyik rasa malas je. Yup, sebab demam..Hubby pun demam. Sampaikan nak buat ape2 pun rasa tak larat dan malas. Balik kampung hari tu amik masa 16 jam perjalanan. Bosan giler..Naik bas lagi best..Huhu

Khamis, 3 Feb 2011
First day sampai umah, tolong2 mak untuk kenduri doa selamat keesokan harinya. Tu pun lepas 3 jam qada tido sebab tak tido langsung masa on the way pulang. Teman suami la, sian plak dia kalo aku tido. Malam tu, hubby tak dapat tido. Sesak nafas katanya. Pukul 2 pagi masih tak boleh tido n ajak aku pegi hospital. "Ish abang nih, cuba la tido. Esok pagi2 dah nak kena bangun untuk majlis tu", sungutku pd suami. Then, Alhamdulillah dia boleh tido.

Jumaat, 4 Feb 2011
Kenduri doa selamat berjalan dengan jayanya. Tak la ramai sangat pun yang dijemput. Saudara terdekat dan jiran tetangga je. Petang tu bersuka ria pergi ke Pasar Malam Bachok. Best sebab lokasinya kat tepi pantai. Beli makanan yang ringan2 je sebab masih kenyang makan laksa tadi. Lewat malam batu balik. memang berjalan2 sungguhla. 

Again, pukul 2 pagi suamiku mengadu sesak nafas. Aku urut2 dadanya guna minyak angin. Yela, ingat sebab alahan bulu kucing. Dia kata tak tahan jugak n ajak aku teman dia pergi HUSM bahagian kecemasan. Alamak, aku pulak yang cuak. heheh..Yang lain seme dah tido. My mom nak ikut sekali. Yela takut teruk kan.

Bila check tekanan darah dengan MA, mak aih! Tingginya..Mula2 162..then 150..Masa jumpa doktor baru normal balik, 131. Aduh, terkujat aku..Ingat encik suami dah terkena darah tinggi muda2 ni. Rupanya suamiku alahan dengan asap rokok. Fyi, my hubby tak merokok..Tadi masa majlis memang ramai yang merokok kat umah. Memang semputla jadinya. Ish, mintak jauhla penyakit asma tu. Sian kat my hubby tau..huhu. Pada sape2 yang merokok sila jangan dekat dgn my hubby tau..(^_^)

Nasib baikla semua ok. Balik hospital, barulah dia boleh tidur. Lega rasa..Ingatkan kenapalah tadi kan.

Selasa, 8 Feb 2011
Aku pulak yang demam..Kejap sejuk, kejap panas..aduh, ni tak lain mesti berjangkit ngn abang long aku yang pulang bercuti baru2 ni. Dia siap gelak kata virusnya dah menular..Heheh..my mom turut sama demam, batuk sampai sakit tekak. Nak menelan pun susah. 

Encik suami apa lagi. Dia dan klinik/sepital memang tak dapat dipisahkan. Ikutkan hati malas nak pegi. Tapi esok dah nak balik Melaka, nak kena jalan jauh. Tak bestla kalau demam. So, aku n my mom pergila jumpa doktor ditemani encik suami. Punyala ramai org menunggu giliran. Dekat2 dua jam tunggu, baru my turn. Hampeh punya MA..dah tau aku demam bagi la ubat yang ok sikit. Sah2 la aku demam.Badan pun seram sejuk. Ada ke patut bagi panadol je. Aku mintak ubat demam, dia kata dah include sekali. Hmm, aku tak brape nak paham tulisan doktor nih..terima jela..

Tunggu 2 jam ni je yang aku dapat. Kalau tau, baik jalan kaki pergi pasaraya kat sebelah umah beli Panadol. Haiyya!!..Takdela  pulak aku mintak ubat batuk ke hape sebab aku tak start batuk lagi. Tapi hari ni memang aku dah mula batuk2. Kedekutla klinik kerajaan ni. That's why aku prefer klinik swasta..Ubat pun pelbagai..Takdela setakat panadol je

Sabtu, 12 Feb 2011
Setelah beberapa hari, hari ni baru aku ada mood nak menulis. Memang pasni kurang dah entry makanan. Kitorang dah mula boikot makanan berkolestrol tinggi dan berminyak (buat masa ni la kot..hehe). Semalam pun masak ikan singgang je. Hari ni sup ikan..Hari2 makan ikan. Kalau nak ikutkan nafsu, memang takde selera pun tengok lauk2 ni. Tapi fikirkan kesihatan punya pasal, terpaksa ku telan jua..

takde ikan dory, ikan kembong pon jadiklerr

You are what you eat. So jangan nak komplen kalu diri tu dah mengembang. Tu la akibatnya makan sesuka hati. Huhu.. Baik beringat sebelum kena penyakit2 lain yang lebih kronik. Masa muda ni la kalau nak jaga pemakanan pun. Peristiwa demam yang menginsafkan

Demam2 pun, semangat nak layan Dil To Pagal hai pukul 2 nanti. Gumbira rasa hati bila movie ni ditayangkan kembali. Rindu kat abe SRK ku..Miahaha..kureng asam..Larikkkk!! Sebelum encik suami jelezz..babai

4 comments:

mokwonik said...

assalamualaikum ryna..makan ubat tau dua2 orang! moga cepat sembuh!! aduh mokwo dengar travel sampai 16 jam, mokwo pun dah rase nak semput!!

fzi said...

AsSalam Ryna...
Ohh sian Ryna, demam dek jalan jauh la tu, beralih angin dan cuaca... harap cepat pulih cam sediakala.. kalu tak kebah gak nak kena ambik antibiotik tu.. :)

Wan Ryna said...

@mokwo nik
Demam dah ok, batuk pulak menyerang..aduila, serik nak gi klinik,,takut dapat panadol lg.huhu..tula, travel 16jam rase nak termuntah duk dlm kete..Melaka ke Kelate jauh yg amat.huhu

@fzi
Assalam kak..harapnya cepatla sembuh.tak larat nak batuk..nak tdo pun susah..kalo tak ok jgk alamatnya kena gi klinik lg la ni

Miss Sunshine said...

jaga diri baik2 tau...

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...