Waaa..first time tag nih..haha, boleh pulak tak tau nak buat ape lepas kena tag. Al-maklumla dunia blog ni teramat baru bagi aku. Tq
mokwo sebab sudi tag sy ni. Yeay, sy temasuk dalam 5 orang tu. Excited nih!! Hehe..Okay, kena jawab soalan la pulak kan. Segan la pulak sebab takde ape pun yang mernarik nak di share. Tapi apa salahnya kan, suka2. Nak berkenalan kena la tau serba sedikit tentang sorang sahabat tu kan?? (^_^)
1. APAKAH STATUS ANDA??
Nak kena jawab karangan panjang2 ke? Hehe, simple pon blehla ye. Setakat ni masih surirumah sepenuh masa. Tengah duk usha2 keje yang sesuai di sekitar Melaka ni. Pada sesiapa yang ade projek or bisnes, ajakla sy ni. nak join jugak. Hehe. As a fulltime housewife, rutinku adalah memasak untuk suami dan buat keje rumah. Baru je 4 bulan kawin dengan chenta hatiku Mohd Hakimi Fauzi.
2. CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA
Hehe, macam introduction masa sekolah dulu pulak. Okey, serius2. Nama penuh Wan Norulhazrina. Nama kat dunia blog ni Wan Ryna, dan Ryna Hakimi kat fb. Ryna Hakimi tu combine name ngn hubby lepas kawen. Asal Kota Bahru Kelantan, sekarang ni duk Melaka ikut suami.
Sebelum ni penah keje kat Kota Bharu dan Terengganu. Dah pindah Melaka ni jadi surirumah la dulu sementara dapat keje sesuai. Minat nak sambung blaja lagi (MA), tapi belum ade rezeki lagi. InsyaAllah pada masa akan datang la. Ada degree Biotech Engineering. Bukan scorer pon mase blaja dulu. Biase2 je result, tapi ok la. Kira mak ayah bangga la jugak kat anak dia yang sorang nih. hehe
Ok, sal famili pulak. Sy anak ke3 dari 4 beradik. Baru kahwin last September. Baru je. Suami keje kat Melaka ni. Kira sy ni bertugas sebagai PA pd encik suami la. Haha.Yela, kadang kena tolong dia buat proposal. Kira tolong la. Tak la bosan sangat duk umah ni. Hobi sy pulak memasak. Yang simple pandaila. Sy suka jugak cuba resepi2 baru. Sebab nak tahu sejauh mana complicated nya suatu resepi tu.Hehe
|
Kami berdua (^_^) |
Ape lagi ye?? Cukupla kot. takde yang menarik pun. Ngeee..
3. CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
Owh, tentang blog ni?? Hm, lebih bersifat peribadi. Title pun Me, Him & Our Precious Life. Banyak tentang kami suami isteri la. Tapi bnyk jugak pasal benda lain. Sy tulis apa yang terlintas, dan suka kongsi resepi. Apa yang sy masak, sy simpan sini sebagai koleksi untuk diri sendiri. Lagipun masakan biasa2 je. Huhu..
Usia blog ni baru lagi. Mula tulis blog bln Jul 2010 kalo tak silap. Tapi tak aktif pon sebab mase tu tak tahu nak tulis ape. So, terbengkalai la. Aktif balik November 2010. Sebab masa tu baru kawin dan bosan tak tahu nak buat ape kat umah ni. Cuba2 tulis blog, cari kawan2 baru. Rasa excited plak. Hehe.
Dah nama adat berjiran kan. Bila orang sebelah hulur lauk, kuih, kenalah membalasnya ye dak?? Org berbudi, kita berbahasa. Huhu..sebab tu suka explore resipi baru. Cuba, pastu masak bagi kat jiran2. Best tau kalau diorang suka ngn apa yg kita masak tu. Siyes i likeee!!
Apa lagi ek?? Tu je la kot. Sebab blog ni biasa2 je. Follower pun tak ramai mana. Tapi syukur ada jugak kawan yang nak folow kita kan. Huhu..yang penting mesti selalu keep in touch and rajin blogwalking (^_*)
4. APA PANDANGAN TENTANG DUNIA BLOG
Hmm, tak banyak sy boleh ulas tentang ni sebab baru lagi. Banyak lagi kena belajar kan. Cuma, kena jujur la. Jangan main copy paste je kan. Kalau ye pun, infom dulu tuan asal. Tak baikla idea orang, ada yang gi mengaku idea dia pula. Kalau tak tau nak tulis ape, tak payah la tulis dulu. Dah dapat ilham, tulislah.
5. NASIHAT KEPADA KAWAN2 YANG BARU NAK BUAT BLOG
Sy nak nasihatkan diri sendiri jugak nih. hehe. Dalam dunia blog ni, kita akan jumpa pelbagai jenis ragam manusia. Pilihlah sahabat yang baik. Dan kita sendiri pun kena ikhlas lah berkawan tu. Kena rajin berguru or refer orang2 lama. Contoh top blogger bro Ben Ashaari dan Hanis Zalikha (ade ramai lagi, tapi kat sini sebut 2 orang je).
Macam sy pulak, lebih cenderung pada blog masakan. So, selalulah berkunjung ke blog chef2 yang sy kagumi tersebut. hehehe. Macam mokwo cakapla, kena tulis sesuatu yang positif. Saling membantu sahabat2, walaupun sekadar di dunia maya aka blog, mereka tetap sahabat kita. mana la tahu salah seorang dari mereka ni akan jadi our forever friend..Sape tahu kan, semenya kuasa tuhan. Jadi, binalah persahabatan sejujurnya.
6. NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA
Blog saya ni takde apa yang menarik pun. Biasa2 je..Nama pun budak baru nak belajar. hehe
7. SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DLM DUNIA BLOG
Sy akan menulis blog selagi ada masa terluang dan selagi ada idea nak ditulis. Kalau ade benda & resepi nak dikongsi, kompem akan ditulis. Walaupun setakat resepi telur dadar. haha..Semua tu bergantung pada mood la kan. Kalau masa mood jiwang pulak, ada jela lirik lagu dan luahan perasaan yang nak dicoret. Bergantung pada situasi dan keadaan la jugak.
|
Pic credit to Google |
Lagi satu, follower pun berperanan bagi semangat jugak untuk sy terus berblog. Dapat tukar2 resepi dan pendapat. Tu pun dah boleh buat sy ni hepi. Mana la tahu, pasni kalau dah kerja mungkin akan kurang la masa untuk berbelog ni. Jadi, manfaatkan masa yang masih ada ni. Hargailah hidup anda (tibe2 lari topik..haha)
8. TAG 5 ORANG YG ANDA NAK KENAL SGT..
Ramai sebenarnya yang sy nak kenal. Kena pilih randomly la nih. Meh kita tengok sape yang kena.hehe..
5 comments:
tq ryna jawab tag mokwo..ryna nih ghupo nyo ganah gok oghe nyo
mokwo ucap kan selamat maju jaya dlm ape jua bidang yg ryna ceburi..selamat pengantin baru jugakbuat ryna dan suami...kira belated wish lerr nih
moga persahabatan kita kekal kerana Allah ..Insya Allah!! rajin2 lah memasak, nanti boleh mokwo singgah melaka makan nasik!!
eh dapat assignment hujung mgu la.. hehe nti kita wat karangan pendek ya.. thanks ;)
@mokwo nik:
tok ganah pun mokwo..hehe..tq for the wish.rase macam baru je kawin marin..hehehe.payohla cari kijo skang ni.mati kutu jadinya..keje untuk hubby je la, senang.masak n uruskan umahtangga je ;)
@nur easy
Hehe..buat tau asignment tu. kalau ade masa la..tq nur =)
salam ryna,
hik..hik.. ko bagi makcik ni keje ek. Dah lama nau aku tak buat asignmen. Bila ada masa lapang nanti kita buat la ek.
Ko mesti janji belanja ikan bakau.....
@kakpah
Haha..nak ikan bakau ye..boleh2, nanti datang umah ye.hehe..buat asignment betol2 tau..nanti bagi A+++ 5 bintang..hehe..bukan ape,nak berkenalan dgn kak pah la..bolehkan??bolehlaaa..eheee.
Post a Comment