Monday, January 10, 2011

Solat Jemaah Suami Isteri (^_^)

Kali ni nak berkongsi ilmu rumahtangga pulak. Bukan ape, rasa menarik je isu solat jemaah suami isteri ni. Tapi, memang penting pun dalam menjaga kerukunan rumah tangga kita. Bagi suami isteri yang masih belum amalkannya, ayuh mulakan sekarang. Tak susah pun. Alhamdulillah, aku bersyukur punyai suami yang mampu menjadi seorang imam yang baik (^_^). Rasanya semua orang boleh laksanakannya, atas nak ke tak nak je. Selamat membaca..

Pic from Google

Sumber: Majalah Keluarga 08

Perkaranya tidak susah untuk dilaksanakan. Ianya juga tidak memakan masa yang lama. Namun, kesannya mendalam. Ketenangan dan kebahgiaan yang dikecapi para pasangan suami-isteri yang tekun melakukannya juga sukar untuk dikongsi secara lisan - nikmatnya tidak terkata.!
 
Itulah dia solat berjemaah suami-isteri sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
Lakukan secara konsisten. InsyaAllah anda berdua akan meraih keberkahan, keredhaan dan ketenangan dari Allah swt. Ketenangan dan kebahgiaan yang akan anda kecapi tidak dapat dijualbeli. Hanya dengan melakukannya secara kerap barulah nikmatnya akan dirasa oleh anda berdua.

Selepas solat, zikir dan doa', bersalamanan bersama, isteri cium tangan suami dan suami kucuplah isteri di dahi, dan kemudian sambil berdakapan, ucapkanlah....(isikan tempat kosong ini dengan kekata yang dapat menyemarakkan lagi cinta, kasih dan sayang di antara anda berdua!). 

Lakukanlah...insyaAllah perasaan cinta, kasih dan sayang yang Allah swt tanamkan dalam sanubari anda berdua akan terus subur dan mekar...menyumbang kepada kejayaan anda berdua bersama anak-anak di dunia dan akhirat. Ameen Ya Rabbal 'Alamin!

 ** Bila kita berjemaah, hati akan rasa lebih tenang. Mungkin itu salaha satu fadhilatnya. Semoga kerukunan rumahtangga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNya. InsyaAllah.. 

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...