Thursday, January 27, 2011

Hukum Berjabat Tangan Dalam Islam

Mula2 sekali, nak nyatakan kat sini tajuk di atas tiada kena mengena sama sekali dengan keadaan politik semasa ye. Huhu.. Cuma aku terpanggil untuk mencari kesahihah hukum berjabat tangan wanita islam dengan bukan mahramnya. 

Walaupun dah tau, masih banyak yang perlu diketahui dan diselidiki, kot2 la ada dalil2 yang membolehkan mereka ni berjabat tangan kan. Macam "orang yang jahil" tu kata la kan, "kenapa mesti pakai sarung tangan bila nak bersalaman dengan kami, seolah2 tangan kami ni kotor".. Haiyyaaa!!

Pic from Google

Dalam islam, hukum bersalaman antara wanita dan bukan mahramnya yakni lelaki adalah HARAM. Dan begitu juga sebaliknya. Sila rujuk portal rasmi fatwa Malaysia. Masyarakat sekarang masih memandang enteng akan hal ini. Susah juga nak betulkan balik amalan bersalaman di antara bukan mahram ni. Kalau dah terbiasa, macam mana nak elakkannya?

Macam aku sendiri, pernah juga lalui situasi 'confuse' macam ni. Waktu tu, interviu kat satu syarikat GLC di Kuala Lumpur. Semua panel penemuduga lelaki, 5 orang tau!!  2 Melayu, 3 bukan Melayu. Taknak bincang sal soalan2 interviu kat sini, cuma apa yang berlaku in the end of the session. Bila dah habis inteviu tu, lantas penemuduga yang Melayu mengucapkan terima kasih pd aku dan menghulurkan tangan untuk bersalam. 

Dalam hati aku berkata "Alamak, nak salam ke tak nih?? Adoi..macam mane eh? Tak salam nanti tak dapat keje ni, nanti dia kata aku kolot. Pasni nak deal dengan customer syarikat ni yang pelbagai kaum, mesti kena salam gak kan. kalau tak nanti customer lari!!". Lantas aku pun bersalamanlah dengan mereka. Huh, terserlah kejahilan ketika itu, yang mementingkan diri sendiri tanpa mengira dosa dan pahala. Nauzubillah, ampuni hambaMu ini ya Allah. Tapi masa tu memang tersepit, tak tahu nak behave macam mane. Serius!!

Pic from Google

Apa pun, sekarang memang elak bersalam2an dgn non mahram ni. Bukan apa, baik elak drpd terjadi perkara yang tidak diingini. Aku pun dah tak kerja kat syarikat tu. Hmm, sepanjang kerja tu memang main salam je dengan sesiapapun, dengan niat ikhlas dalam pekerjaan. 

Tapi hakikatnya, kita sebagai wanita harus mengelak dengan baik yakni menundukkan sedikit badan seraya meletakkan tangan di dada tanda hormat dan sebagai isyarat tak boleh bersalam (Tengok gambar di bawah, bezanya cuma antara lelaki islam dan wanita ajnabi). Bukan tak tahu, tapi jahil dan tak amalkan. Nasib baik rezekiku kat situ tak lama. Ada la hikmahnya tu..

Sumber dari sini

Berdasarkan gambar di atas, jelas kita sepatutnya mengelak dengan cara yang berhemah dr berjabat salam dengan bukan mahram. Walaubagaimanapun, terdapat fakta daripada Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi akan isu ini. Sila baca petikan di bawah:

Fatwa Yusof Qardawi 
 
Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi ada mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatwa Mu’asarah). Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas:
  1. Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut).

  2. Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

  3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana Rasulullah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

  4. Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

  5. Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.
Kesimpulannya
 
Dibolehkan untuk berjabat tangan dengan bukan muhrim, tetapi mereka yang menghulurkan dahulu tanpa ada perasaan sahwat. Tak nak salam pun betul, dua2 betul sebab nak jaga maruah kita dan itu pendapat n ikut kesesuaian masing2, tapi bukan salah, sebab dua2 ini ada pendapatnya dan nasnya tersendiri. Sebab itu dalam al-quran suruh kita berfikir.

Tetapi lebih baik kita elakkan dan memberikan penjelasan yang baik kepada bukan muhrim supaya ia lebih mengetahui apa sebenarnya kita menolak berjabat tangan dengannya. Jika menjadi keberatan bagi kita untuk memberikan penjelasan kepadanya, maka lebih elok kita lapit tangan dengan tudung, sarung tangan, atau kain sapu tangan dan sebagainya. Dalam hal ini pastikan setiap pekerjaan atau perbuatan yang kita buat itu mesti ada sumber rujukan dalam Islam iaitu Al-Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulamak dan Qiyas.

Petikan dari: http://mama-syafi.blogspot.com. klik sini 
Sumber asal : Blog Ustaz Nor Amin

Jadi, tepuk dada tanyalah selera. Ilmu dah ada, jadi amalkan lah apa yang dipelajari tu. Sekadar mengingatkan diri sendiri jugak yang kadang2 terlepas pandang pasal ni sebagai seorang islam. Wallahua'lam.

2 comments:

Genta said...

Salam tuan rumah. semoga dalam sejahtera.

tahniah untuk entry ni.

namun saya masih keliru di mana peranan dan fungsi jabatan agama islam naungan kerajaan seperti Jakim, Ikim, Ilim dan sebagainya.

adakah selama ini mereka tidak membuat penerangan kepada parti komponen kerajaan seperti MCA,GERAKAN dan MIC mengenai Islam?

sungguh menghairankan.

RynaHakimi said...

@Genta

Tu la masalahnya. Macam pihak JAKIM yg bertidak sbg jawatankuasa fatwa ni, mereka yang sepatutnya memainkan peranan dalam menjelaskan hal ni.

Tapi kalau lihat perkembangan terkini, isu berjabat tangan ni macam jadi mainan bg sesetengah pihak (demi kepentingan politik). Padahal JAKIM dan kerajaan lah yg sepatutnya lantang bersuara membantah isu tersebut.

Masing2 berdiam diri dan lepas tangan. kononnya agama dan politik harus dipisahkan. Kalau terus macam ni, tak mustahillah org agama lain tak hormat agama kita, sebab pemimpin sendiri pun jahil kan. Wallahua'lam.

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...