Wednesday, January 12, 2011

Gulai Kunyit Lengkuas Ikan Bermangga

Macam biasa la masak lauk kampung. Nak masak yang western2 tak pandai mane lagik. Kena berguru dgn chef2 yang dalam bloglist ku. Huhu..Orang kampung mcm aku ngan hubby memang tak dpt dipisahkan dengan lauk-pauk kampung ni. Dah diajar dari kecik. Lagi pula kalau org Kelantan. Takleh tinggal nasik berlauk pagi tu. Owh..sedapnya gulai ikan aya a.k.a tongkol. Terbayang2 masakan my mom. Countdown nak balik kampung. Huhu

Gulai ikan bermangga ni lebih sedap kalau guna ikan kering. Ganti nenas gitu. Tapi terpulang pada selera juga la. Ade yang tak suka mangga ni. Kalau tak suka, tak payah la letak ye (^_^)

Gulai darat yang memang femes kat Kelate
Bahan-bahan (3-4 orang)
  • 5-6 ekor ikan selar kuning (ikan aya/tongkol lagi sedap)
  • 1 cawan santan 
  • 1 cawan air 
  • 1 s/b rempah kari ikan babas 
  • 1 s/b ciliboh
  • Sedikit halba-tak letak pon takpe
  • 1/2 biji mangga muda-boleh lebihkan
  • 1 keping asam gelugur 
  • Garam dan gula melaka
  • 1 cilimerah-potong panjang
Bahan tumbuk/mesin
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 4 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

Cara-cara
  1. Jika guna ikan tongkol, bersihkan dan rebus dengan 1 cawan air dan asam gelugur & garam sehingga mendidih. Ikan selar kuning kurang hanyirnya, jadi tak rebus ngan asam pun takpe (^_^)
  2. Masukkan ikan, bahan tumbuk, ciliboh, garam, halba, gula melaka, asam keping dan rempah ikan kedalam periuk berisi air. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian, baru masukkan santan dan sentiasa kacau supaya masakan tidak naik atau pecah minyak.
  4. Masukkan pula mangga muda dan cilimerah. Kacau seketika. rasakan kuah.
  5. Dah pun siap dan silalah makan. Hehe

Nak makan yang lagi sedap kena balik kelantan la. Nak pekena nasi berlauk kat Pasar Wakaf Che Yeh..Hoho..sangat2 menggamit selera. Nasi Kak Wok pun sedap..Huwaa..nok kelik Kelateeee.... 

2 comments:

KELI OH KELI said...

sedapnya resipi ni...kalau boh ikan keli sedap x?

Wan Ryna said...

Ikan keli pun sedap kot. Ikan haruan selalu org masak mcm ni. Asal jgn hanyir dahla.letak asam limau n asam jawa banyak2 ye. hehe

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...