Saturday, December 18, 2010

Resepi Kerutuk Ayam

Seperti yang dah dijanjikan, sekarang masa untuk tepek resepi kerutuk ayam pula. Resepi asal ni dari blog Kak Nor, Secubit Garam. Tapi aku tukar la sikit sebab nak buat untuk 1/2 ekor ayam je. Kira bahan-bahan dikurangkan la. Cuba, jangan tak cuba ya (^_^). Jom intai resipi

Sumber asal: Kak Nor

Bahan2 (4-5 orang)
  • 1/2 ekor ayam ~ potong kecil-kecil
  • 3 sudu besar rempah kerutuk adabi (bancuh dengan air)
  • 1 cawan santan fresh (guna yang kotak je)
  • 1 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun pandan
  • 1 labu bawang besar ~ potong 4
  • 4 biji cilipadi
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • minyak 
Bahan tumis:
  • 1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
  • 3 kuntum cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Bahan yg dimayang (kisar pun boleh)
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1in halia
  • 1in lengkuas

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis dan yang telah dimayang tadi. Bila agak garing, masukkan cili mesin dan masukkan cili mesin.
2. Tumis lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air.
3. Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
4. Kemudian, masukkan ayam dan gaul sebati. Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air.
5. Biarkan hingga mendidih. Masukkan pula nisan/gula melaka dan santan
6. Masak lagi hingga hampir pekat. Kemudian bolehlah ditambah bawang besar yang dipotong 4 dan cilipadi.
7. Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
8. Hidangkan panas2.

Resepi ini boleh dimakan dengan nasi beriani, nasi minyak hujan panas, dan juga nasi putih. Sedapppppp!!

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...