Saturday, December 18, 2010

Nasi Minyak Hujan Panas

Alhamdulillah. Baru lepas makan tengahari dengan suami. Hari ni barulah hajat nak buat nasi minyak hujan panas terlaksana. Semalam pergi cari pewarna untuk buat nasi ni. Akhirnya jumpa juga kat kedai apek seberang jalan besar perumahanku. Ni dia pewarna yang aku beli tu, 3 warna semuanya.

Tapi, tak pandai nak bajet la pula banyak mana nak letak pewarna. maklumla, first time nak cuba buat. Sebenarnya menu ni menu wajib pagi raya di kampung. Tapi masa zaman anak dara, emak je bangun pagi masak nasi ni. Hehe..bertuah punya anak. Bila cuba sendiri, ternyata tak la susah pun. Sama je cara dengan nak buat nasi beriani. Suami pun puji kata sedap. terutamanya kuah kerutuk ayam. Lebih sedap daripada kurma ayam. Lepas ni memang kerutuk ayam la jadi pilihan. Ikut menu Kak Nor kat blog dia. Tapi aku mayang je semua bahan. Dah terbiasa macam tu. Huhu. Tapi bahan-bahan ikut resepi Kak Nor la. Ternyata marvelous, yummy!! Lebihkan lengkuas, bawang besar dan manis sikit. Kena la dengan selera orang Kelantan macam kami ni (^_^). Tadaaaa...inilah hasilnya. Dah terlebih pewarna la pula. Tapi still ok sebab sedap. Ceh, ayat cover. Ehe..

Nasi minyak hujan panas yang colouful!! i likeee
Menu lengkap
Sangat puas hati la dapat masak sendiri. Nak share dengan kawan-kawan jugak. Jom semak resepi nasi minyak hujan panas.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati (beras biasa pun takpe, tapi kalau nak cantik basmathi la)
  • 5 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
       Bahan tumis
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi (guna marjerin pun boleh)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 
       Bahan hias
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak (dalam rice cooker)
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng dan kismis. Siap!
Bila dah siap boleh la dimakan dengan kerutuk ayam atau masakan lain yang digemari seperti ayam masak merah, dalca, kari, kurma daging, dll. Terpulangla pada selera masing-masing. Yang penting acar timun kena ada. Sebab ada cuka kan, dia kasi potong lemak-lemak  dalam hidangan tu. Hehe, betul ke fakta aku ni? Yang aku pernah dengar macam tula. Okeh, untuk resepi kerutuk ayam nanti next entry la pula (^_^). Jumpa lagi..

4 comments:

@ntu_@we said...

sudey2 la tu recipe. kecur air liur aku weh.

rajin gile ko masak eh. aku masak gak. tp simple2 je. penat gile rasa balik umah nk kene masak lagik.

cayala rina, bole manage time dgn sangat berkesan.

K.Nor said...

salam ryna, pandai dah tu masak nasi minyak siap lauk kerutup ayam lg tu.. :)

Wan Ryna said...

kerutuk ayam resepi kaknor la ni. Sedap sgt2,suami pun suka. Tengah belajar2 lagi ni.hehe..

Wan Ryna said...

Awe..lepas kawin aku tak keje la.memang la sempat nak masak.heheh..kalau aku jadi ko pun mane sempat nak masak.masak simple2 pun jadila

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...