Saturday, December 18, 2010

Maafkan Semua Orang Sebelum Tidur

Mata dah mengantuk. Masa untuk tidur. Huhu..sempat lagi online tu. Saja search apa yang patut, pedoman untuk diri sendiri. Terbaca artikel ni, maafkan semua orang sebelum tidur. Memang betul, kalau kita niat maafkan semua orang sebelum tidur, hati akan jadi lebih tenang. Just sharing untuk renungan semua (^_^)

Antara adab - adab tidur yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah memaafkan semua orang sebelum tidur.Tidur adalah waktu rehat bagi manusia. Tidur juga adalah ' mati' yang sementara. Sebelum kita menutup mata dan merehatkan badan setelah seharian melakukan pelbagai kerja dan aktiviti, disarankan kita bermuhasabah diri dan memaafkan sesiapa sahaja yang mungkin ada kesalahan dengan kita. Mengapa?

Kerana hari esoknya belum tentu lagi kita masih hidup, maka biarlah kita pergi tanpa ada sangkut-paut dengan sesiapa. Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah yakni contoh terbaik buat seluruh umat. Sifat pemaaf dan kasih sayang baginda amat tinggi, sehingga membuatkan orang kafir jatuh cinta dengan Islam hanya disebabkan akhlak baginda yang mulia.

Begitulah tingginya sifat pemaaf Rasulullah s.a.w. Terbukti juga dengan sifat pemaaf baginda tatkala umat Islam berjaya menawan semula kota Makkah dari tangan Arab Quraisy, ramai yang memeluk Islam termasuk pemimpin mereka, Abu Sufyan.

Sifat maaf diserasikan dengan hidup berkasih sayang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ." Sayangilah apa yang ada di muka bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di langit ( para malaikat )."(Riwayat Thabrani ) 

Apatah lagi bagi seorang da'ie yang ingin mengajak manusia kepada Islam. Seperti kata Hassan al-Banna, " Dakwah kita membawa manusia mengenal Allah, dan katakanlah kepada mereka, Kami sayangkan kamu dan ingin sama-sama menuju Allah."
 
Apabila kita maafkan semua orang, hati kita menjadi tenang dan apabila mata celik esok harinya, segala masalah sesama manusia telah pun terhapus.

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...