Friday, December 17, 2010

Ketupat Sotong ku Sukses!! Yippieeeeee

First attempt buat ketupat sotong. Nasib baik menjadi. Cari resepi kat internet, jumpa resepi ketupat sotong Kelantan by Makyong. Aku kurangkan gula melaka dan gula. So, warna dia takla pekat sangat. Tapi rasa sama. Jangan makan manis sangat tau, tak elok untuk kesihatan. Siap buat eksperimen lagi tadi, nak bezakan apa akan jadi kalau sumbat penuh sotong tu dengan pulut. Sebahagian sumbat 3/4 penuh. Hmm.. memang ada perbezaan. Sotong yang aku guna dahla saiz sederhana, bila penuh dia pecah la. Tapi yang isi 3/4 memang cantik. Ooo..baru ku tahu. tak cuba tak tahu kan. Huhu. Seeloknya guna sotong saiz besar, baru dia tak mudah pecah. Kalau kecil sangat pun tak elok jugak, sebab badan nipis dan memang akan pecah. Tengok ketupat sotongku yang kecil-kecil cinonet ni. Comel kan. Huhu.. Lepas ni kalau nak buat lagi make sure beli yang besar punya. Baru betul-betul puas hati. Anyway, walaupun cinonet rasanya tetap sedap hingga menjilat jari. Tak sabar tunggu suamiku pulang makan petang ni (^_^)

Resepi Ketupat sotong

Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong saiz besar(sederhana pun boleh juga)
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya 
  • halia 1 cm
  • serai 1 batang
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Asingkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 3/4 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga kuah pekat.

*Takla susah sangat nak buat ketupat sotong ni. Tapi memerlukan kesabaran la nak isi pulut dalam sotong tu satu persatu. Selamat Mencuba (^_^)

1 comment:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...