Mata baru je nak baik, nak jugak keluar jalan2. Bukan salah saya, suami yang ngajak. Hehe. Tapi dah lama plan nak pergi naik paddle boat kat sana. Ni bukanlah pertama kali pergi tasik tu. Sebelum ni naik yang family cruise, tapi kurang best sebab kejap sangat. Yang ni berbaloi la berjemur tengah panas 1jam. Haha. Buat senaman kaki. Kat sini nak promote Melaka lah, jadi duta tak rasmi. Ehee.. Kat sini memang banyak tempat menarik, tak habis explore pun lagi. Dulu ada Eye On Malaysia, tapi sekarang dah tak ada. Tapi bakal ditukar dengan Ferris Wheel yang baru from China kalau tak silap. Memang best la Melaka, kaya dengan tempat bersejarah. Tapi sayangnya Melaka ni tak ada air terjun atau sungai perkelahan yang menarik. Hari tu pergi ke Air Terjun Asahan, tapi tak menarik langsung. Kami pulang dengan kecewanya. Hmm, kat jalan Ayer Keroh ni ada jugak air terjun dekat dgn traffic light. Tapi kalau singgah mandi kat situ nanti orang kata otak tak betul pulak, mandi tengah2 bandar. Huhu
Dah ter'merapu' la pulak. Nak tepek gambar2 kat Taman Tasik Ayer Keroh tadi. Lain kali kalau nak naik paddle boat ni kena pegi awal pagi, dah tengahari memang panas terik. Mencabar betulla. Huhu
Baru 20minit kayuh paddle boat dah penat. Stamina kurang. Hehe. Nak stop sayang pulak. So, cukupkanla 1 jam. Pemandangan pun cantik, sebab tasik ni kira bersebelahan dengan Zoo Melaka. Sempat kandid gambar swan yang ber'posing' nak masuk gambar.
Memang penat la kayuh benda alah ni tengah panas. Cukup 1jam terus pi cari gerai jual air. Lega rasa dapat minum air tebu. Hubby minum air nyiur aka kelapa. Sejuk tekak. Hehe. Baru 1jam dah komplen penat. Ape la.
Panas terik macam ni lagi best duk rumah layan tv. Lagi nyaman melegakan. Huhu. Tido di petang hari lagi masyuk. Bukan selalu okeh. Home sweet home. Tiada tempat yang lagi best berbanding rumah sendiri (^_^).
No comments:
Post a Comment