Monday, December 27, 2010

Nasi Goreng Udang Kering for Breakfast

Pagi ni bangun terus check mata ok ke belum. Huhu. Alhamdulillah, berkesanlah bawang merah ni. I love you shallots. Kalau nak semak petua untuk sakit mata ni, sila lah ke sini. Ngeee..Hari ni nak berjalan2 kat Tasik Ayer Keroh. Tapi of course la kena sediakan sarapan dulu. Kalau breakfast kat luar nak kena keluar duit lagi. Hmm..jenguk dalam rice-cooker ada lagi nasi semalam. Boleh la buat nasi goreng. Nak cari kelainan, try buh udang kering. Rasanya orang lain dah selalu buat kot. Aku baru first time cuba. Rasanya sodappp!! Huhu. Bukan i kate, tapi my hubby yang kate okeh. So, berbaloi la cuba resepi ni.

Amacam, meriah tak my nasi goreng? Saja letak sayur banyak2 kasi colourful. Sebenarnya resepi ni tak jauh beza pun dengan cara buat nasi goreng biasa. Tambah udang kering ja la. Sikit ke banyak bergantung pada selera masing2 la. Jom semak resepi:

       Bahan-bahan (2 orang)
  • Nasi -2 cawan
  • Ayam 2 ketul-potong kecil2
  • Sotong 3 ekor-potong bulat
  • Lobak Merah-secukupnya(potong panjang)
  • Jagung muda-secukupnya
  • Sawi secukupnya
  • Garam

      Bahan tumbuk/tumis

  • Bawang merah-4 ulas
  • bawang putih-3 ulas
  • Udang kering 1 genggam
  • Cilipadi-4-5 biji
  • Sedikit belacan-kalau suka
      Cara-cara
  • Tumis bahan2 yang telah ditumbuk lumat hingga garing dan naik bau.
  • Kemudian, masukkan sotong dan ayam yang sudah dipotong kecil. Tumis lagi hingga masak
  • Masukkan sayur-sayuran dan goreng sampai layu. Tambah sedikit garam
  • Bolehla masukkan nasi dan goreng rata sehingga masak. Siap
  • Hidang dgn daun bawang dan bawang goreng.
p/s: Nasi goreng ni memang sedap. Rugi kalau tak cuba. Kalau ikut resepi kena letak telur. Tapi tak letak pun sebab dah banyak lauk. Terpulang la atas selera masing2. (^_^)

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...