Saturday, November 20, 2010

Penawar jiwa..untuk renungan bersama :)

Setiap org pasti mempunyai cara tersendiri utk memenangkan hati..yang pasti,kita perlu kembali kpd Allah yg satu. Saat suka dan duka, Dia sentiasa ada untuk kita. Syukran Ya Allah..Bagi aku,cara terbaik dengan membiasakan diri dengan Zikrullah. Hati yg gusar akan tenang setenang2nya..Itulah janji Allah, barang siapa yg sentiasa mengingatinya akan mendapat ketenangan hakiki. Tiada salahnya andai kita luangkan masa walau seminit dua untuk membasahkan lidah dengan zikir,puji-pujian kepadaNya..Jom,kita sama2 baca "Penawar Jiwa Yang Lesu"..Izin share ye Diyana..huhu

Penawar Jiwa Yang Lesu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Kadang-kala, dalam keghairahan mencari redha Allah, jiwa kadang-kadang lesu tak bermaya. Apabila ujian satu demi satu diberiNya hati mula keluh kesah. Lagi kuat ujian lagi mula tersasar kita. Mengapa ya? Jangan dibiarkan sahabatku saudaraku fillah yg kucukup kasihi keranaNya. Gembirakanlah hatimu, ranapkan tahzanmu, garapkan keyakinanmu kepada janji Yg Maha Menunaikan janji, Allah Tuhan Sekalian Alam, Dialah Pencipta, Dialah Pentadbir, Dialah Penguasa dan Dialah Pemelihara.

Ikhlaskan hatimu dalam menerima agamaNya..Kerana Dia cukup mengasihi hambaNya yg benar-benar ikhlas dlm memperhambakan dirimu kepadaNya. Redhalah dengan ujian yg diberi kepadaMu.Bersabarlah dengan ujian Tuhanmu,kerana janjiNya kepadamu terlalu banyak andai kau bersabar.

a) Allah tidak menyia-nyiakan kebaikanmu dalam kesabaranmu
Dan bersabarlah kerana Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan” Al Hud: 115

b)Balasan syurga kepada as sabiruun
Dan Dia memberikan balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera” al Insan :12

c) Keselamatan ke atas mereka
Keselamatan ke atas kesabaran kamu maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” ar ra’du:24

Maka bergembira dan bersabarlah.Raikanlah dugaan itu. Malah, dalam kelelahan meredah kepayahan akhirnya pasti berjumpa dengan kesenangan. Itulah janji Allah.
“……Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang diberikan oleh Allah kepadanya, Kelak Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” At Talaq:7

Sedarlah dirimu, ujian itu adalah yang terbaik buat dirimu..Maka janganlah lesu, janganlah goyah..kerana kita tidak tahu, mungkin itu yang terbaik buat kita..
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan itu baik bagi kamu, dan padahal itu baik bagi kamu sedangkan kamu tidak mengetahui.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” Al baqarah:216

Janganlah lesu saudaraku fillah..Kerana kita ada Allah, dan Dialah sebaik-baik Penolong.Allah lah jua yang akan membantumu dengan sebenar-benar bantuan dariNya
Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkanNya kepada mereka. ‘Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu” Muhammad:5-7

Maka pamanku, usahlah bersedih lagi.Janganlah lesu dan layu dibiarkan terus membara.Kembalikanlah semangat juangmu utk keredhaan Allah? Apakah hatimu masih tidak gembira dengan janji Allah, yang tidak mampu utk kunukilkan semuanya dalam laman maya ini. Berwudhu’, dan solatlah, dan berzikirlah, krn hanya dengan itu hatimu kan tenang, resah kan kian kabur, masalahmu kan diselesaikan..

“Maka aku katakan kepada mereka ‘Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya Dia Maha Pengampu, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepada kalian” Nuh:10-11

Akhirul kalam , moga dirimu kan sentiasa diberi ketenagan dan kekuatan, dengan janji Allah yang Maha Agung..Moga janjiNya menggembirakan hatimu…Insya Allah

--> Mari kita sama2 amalkan..La tahzan =)

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...