Showing posts with label Bubur. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Iftar 13 Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Just a short update. Short la sangat kan.. hehe.. Sibuk?? Taklah sangat. Cuma masih mengejar target bisnes untuk bulan nih. Help me!!! Meh beli Shaklee ngan saya eh.. hihihi (paksa rela).

Semalam menu simple. Asalnya kerabu sotong dengan sup perut je. Pastu last minutes tambah telur bistik tu. Dahla terlebih kicap. Hitam-hitam si tampuk manggis.. aicehhh..heeee

Layankan aje ye :)

Bajet makan ulam, konon awet muda la kan. Sudahnya dua tangkai je terusik. Pastu, yang lain masuk fridge. Huh, kalo makanan fresh memang payah bebenor nak ngabiskan. Padahal tau 1001 khasiat ulam-ulaman nih. Hikss.. insaf   T_T

Yang dua mangkuk kecik tu bubur kacang hijau+sagu. Resepi DI SINI.

kerabu sutun ;)

Bila tengok sotong ni, teringat pulak kat cerita sutun, drama Astro kalo tak silap. Comey je dia pakai pink.. heheh.. Dah begitu kejadiannya, siapalah kita nak mempertikaikannya, ye dak??

Resepi kerabu ni senang je. Korang celur sotong sekali gelegak je tau. Ada tu rendam air panas je tau. Jangan overcooked, rasa jadi lain. Kemudian, hiris serai, bawang merah, cili padi, tomato, daun limau purut, kacang panjang, gaulkan dengan sotong tadi. Buh juga asam limau, gula dan garam secukup rase.Pandai2 la bajet.. Kang batal pose ahkak tak bertanggungjawab tau. hehe

Untuk sup pula, sama je kaedah masakannya dengan sup-sup lain. Cuma make sure perut tu empuk la. Kang ade yang berbuka ngan getah sekerap. Lain pula jadinya..ngahaha.. Ape aku merepek nih!

Nasi goreng kerabu bodo-bodo

Foto atas ni pula juadah sahur encik suami tadi. Gile rajin nak snap2 kan. Padahal mata ala-ala panda gitu. Kalo dah datang mood nak ngambik gambar makanan tu, sanggup tak kasi encik suami makan selagi belum snap2..haha.. kejam tak?? hmm..dia pon dah faham sangat obsesi bini kesayangannya nih,,heuhue

Ok, sekian repekan. Sekadar selingan di kala otak tengah ligat berfikir ni..Positif positif positif :)

RynaHakimi

Monday, January 2, 2012

Tahun baru yang stress

Sudah mula merasai tekanan.. arghhh!!! Sangatlah aku tak suka.. huhu.. Banyak benda nak kena buat... Nak kena fahamkan tu satu hal.. Kata process of learning.. Tapi semua nak cepat.. Apakah??? Hidupku sangatlah huru hara.. hahah

Esok taknak pergi keje boleh?? kikiki.. Apahal QA kena handle sal costing analysis.. Hadoiii la.. Fenin2.. As a newcomer, terimalah sebagai cabaran.. Benda  baru utnuk diterokai.. Walaupun rasanya terang2 bukan under my jobscope pon..

No wonder previous exec blah dari kheje sini.. Pesanan terakhir beliau sebelum berhenti "Bila kerja sini lama2, u'll find out apa yang tak kena".. OMG.. Make me cuak!! Dan sekarang memang stress tahan cipan.. Hukhuk...

Takmo stress2.. So, mari ceriakan cuti yang tak best ni dengan hidangan bubur lambuk.. Haha.. mampu masak bubur lambuk je.. Menu sedap2 yang lain semua ke laut.. Nasib baik encik kimi sehati sejiwa denganku.. Apa yang dihidang, itulah yang jadi rezeki kami =)

Semak resepi di SINI

Bubur lambuk Terengganu style (buh ikan) berjagung.. memang sedap, rasa lemak manis jagung tu.. Memasak boleh hilangkan stress.. Ye ke?? bagi aku sedikit berkesan la.. Hilang sat perkara2 yang mengganggu fikiran..

Macam manalah nak pujuk otak ni suh rileks sikit.. Jeles ngan encik kimi.. Stress macam mane pon tak pernah nak tunjuk.. Aku ni, memang nampaklah asyik termenung aje.. Risau tak hengat.. Heheh.. Itulah perbezaan kami yang ketara.. Sorang rileks, sorang kalut..  Sesuai sangatlah kan (^_^)

Ryna Hakimi

Tuesday, December 13, 2011

Nasi sudah menjadi bubur

Benarlah kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.. Dek kerana terlalu lama dijerang di atas dapur gas.. hikhik.. Perosak peribahasa betol la aku nih.. Bukan sengaja, kepala tengah tak betol ni. 

Dapat berita mengejut, yang mengujakan dan bisa menggumbirakan. Tapi jauh di sudut hati, gusar memikirkannya.. Nak terima ke tak?? meh main teka teki lagi..hehe

Nanti setelah dibincangkan dengan encik kimi, barulah boleh dikongsi di sini.. Kena tanya big boss dulu.. Apa2 pun, dia yang perlu tau dulu.. Dah begitu adatnya lepas berkahwin ni..huhu.. 

Sementara menunggu big boss pulang dari meeting di KL, moh kite melupakan hati yang rawan dengan aktiviti ketuk2 periuk di dapur.. Hihi.. Setelah mengetuk periuk selama hampir sejam, maka siaplah bubur lambuk yang asasnya berasal dari beras, atau lebih tepat lagi pokok padi yakni nama saintifiknya Oryza sativa. heuheu..

Bubur lambuk daging

Kenapa makan bubur je?? Entahlah.. Ikutkan hati idokla berselera nak makan apa pun. Cuma kalau ada sapa2 yang nak belanjakan pizza yang cheese lebih tu boleh jugak.. Anyone nak belanja i tak?? I tak kesah if ada yang sudi. Hihi.. *Ah sudah..ke'weng'anku bertambah serius nampaknya =P*

Kemon rina..please back to your normal state..hehe.. Kepala otak dah saturated berfikir. Nak tak nak minggu ni kena setel. Harus mencari solusi yang benar2 tepat lagi bernas.. Demi masa depan kami sekeluarga..

Oh ye, sebelum aku terus hanyut dengan repekan melampau, moh sini nak share resipi.. Sempat lagi tu tepek2 resepi..hiksss..

RESEPI BUBUR LAMBUK DAGING
Resipi asal: Encik Burn opismate suami
Olahan: RynaHakimi

Bahan-bahan
  • 1 pot beras
  • Sedikit daging cincang (anggaran 1 mangkuk)
  • 3 labu bawang besar-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 2cm halia-kisar
  • Sedikit bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis
  • 1/2 cawan santan
  • 1-2 s/b rempah sup/kurma-jadikan pes
  • garam dan perasa secukupnya
  • Carrot-apa2 sayur pon boleh
  • Daun bawang/cili merah/bawang goreng (hiasan)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
Cara-cara
  1. Mula2 bersihkan beras. ketepikan.
  2. Tumis bahan tumis (pelaga, kayu manis dan bunga lawang).. Then masukkan bahan2 kisar tadi
  3. Tumis hingga naik bau. Masukkan pula pes kurma/sup tadi
  4. Bila dah garing, masukkan daging, beras, santan dan air.
  5. Masak hingga beras kembang (standard masak bubur la).. Kacau selalu, kalo tak berkerak pulak bubur korang tu.
  6. Bila hampir masak, masukkan sayur. Biarkan seketika.
  7. Bolehlah diangkat dan dihias ikut suka.

Sebelum ni aku selalu masak bubur lambuk ni.. Tapi Terengganu style.. Resepi di SINI. Yang Terengganu style ni banyak guna ikan. tak perlu tumis dan takyah guna rempah tumis (kayu manis, pelaga, bunga lawang, etc)

Yang mane sedap?? Hmm.. Dua2 pon sedap. Ada aroma tersendiri.. Kalau time bulan Ramadhan, bubur lambuk yang paling femes kat area pantai barat style tumis ni lah.. Heh, suka sangat buat observation. tapi memang betul pon.. Mungkin sebab ada penggunaan daging tu kot. Warna dia sedikit gelap dek kerana penggunaan rempah kurma tu.. 

Beza ngan Terengganu style banyak guna sayur dan ikan.. Boleh juga guna ulam-ulaman (pucuk midin, daun kesum, pucuk tenggek burung dll). Lain orang lain citarasa kan. Kalau buh keledek lagi sedap.. Rasa manis2 gitu.. Yummehhh!! ;)

Sekian omelan tentang bubur lambuk ni.. Ingat nak buat short entry.. Tak sangka pula berjela sudeyyy.... huhu.. Stop dulu.. Bubbye ;)

Friday, October 14, 2011

Kasih seorg isteri dan anak...

Kesiannya cik abeku demam.. Memang sekarang ni musim penyakit kot??Asyik hujan, panas hujan panas.. Cuaca tak menentu.. Tambah pulak tido dalam air-cond (tak pasang kang, panas plak)..memang penyebab utama la demam tu..

Hari ni hari dah masuk hari ke3, so sikit sebanyak demam beliau dah kebah.. Sian abang ye..huhu..Semalam makan nasi air aka bubur nasi aje.. Kuahnya sup daging.. Plain cenggitu je.. Buh carrot sket.. tu pun dia tak lalu makan...

tak presentable lgsung..ehehe

Kate si dia yang demam, tapi yang makan beriya2 nya si bini la kannn.. heheh.. Masak nasi 3/4 pot beras aje.. tu pun tak habis.. Sampai ke malam asyik duk ulang alik makan ni je.. Makan ni memang cepat kenyang (sebab berkuah kan), tapi cepat je lapar balik.. Haihhh..kalo asyik duk mkn ni pon tak elok jugak.. Bukan makanan dietla pulak  kan.. eheeee..

Haiissshhhhh..nak siapkan satu entry ni pun terkial2.. taip2, padam.. entah hape yang mengganggu fikiran pun tak tau.. Otak takleh nak berfikir secara tuntas dan bernas..aceehhhhhh.. hihi..

Malam ni sebenarnya nak pulang ke kampung.. Lawat ayah yang kurang sihat.. Ish, tak jugak.. dia sihat je, cuma ahad ni ada appointment kat hospital.. So kalo boleh nak ada di samping beliau la kan.. Teman ummi jugak.. takde la dia "kesik" sangat bak kate org Kelate.. 

Hubby tak balik.. Biasalah dia.. Bz je manjang.. Tambah pulak ada aktiviti masuk hutan this weekend.. Asalnya aku pon nak diajaknya *jadi tukang masak untuk peserta..voleyyy takk???*.. Tapi taknak la.. Rasa nak balik tu melebihi segalanya..anak mithali nih.. (eh ade ke anak mithali??? heheh..).. Hubby pon paham..

Tak mau bertangguh lagi.. masa mereka masih sihat ni lah kalau nak ziarah pun.. Bila lagi nak lunaskan tanggungjawab sebagai anak kan.. Ibu bapa ni tak perlukan wang ringgit dari anak2.. cukuplah perhatian yang diberi.. 

Uhuk..syahdu lak rasa.. Kalau boleh sekarang jugak nak pindah duk Kelate.. Boleh jaga mereka 24jam.. kat rumah bukan ade sapa2 pun nak jaga sakit demam mereka..

Okeh..cukup dulu bebelan hari ni.. Sedikit lega bila apa yang terbuku di hati dapat dicoret kat blog picisan ni.. Diari hati la katakan.. hehe.. =)

Wednesday, September 28, 2011

Bubur Lambuk

Nak makan ni hari2 boleh tak?? taknak masak benda lain.. ngeh3... Senangla hidupku kalo hari2 encik suami request makan ni je.. Simple, sedap dan berkhasiat.. Sayur2 bersepah2 tu haaa.. Maunya tak sedap =)

Bubur lambuk ni versi Terengganu.. Tak tumis pon macam bubur lambuk biasa.  Say no to tumis2.. Kurengkan penggunaan minyak dalam hidangan harian..huhu.. Resepi ni amik dari blog Kak Madihaa @ Ratna... Beliau masak ape pon memang sedap.. Tak caye?? Silalah ke sana jumpa puan sifu (^_^)

Resepi aku pernah share dulu *di SINI*.. maklom la, bila suka sangat makan bubur lambuk ni dalam sebulan mesti sekali dua masak menu ni.. Suami suka sangat makannya.. Bertambah2 la kan.. Tambah plak partner ngan ikan pekasam.. sumpah sedap..huhu

Sebelum ni tak pernah buh ubi keledek.. Ternyata lebih sedap bila buh keledek ni.. Rasanya lemak manis gitu.. Aku tak buh santan sebab nak kurangkan lemak bubur ni.. Kalo nak ikutkan, buh santan lagi sedap dan pekat.. Apa pun, terpulang pada selera masing2 la kan =)
 
Friday, August 12, 2011

Juadah hari ini..

Eh..tak sangka dah 11 ramadhan dah hari ni.. Pejam celik-pejam celik, kejap je masa berlalu.. Baru je rasa mula puasa semalam..huhu..

Hari ni teringin nak makan nasi tomato berlaukkan ayam masak merah.. Alhamdulillah, dah usai masaknya.. Simple aje,..takde acar timun ataupun jelatah.. makan cenggitu jela nampaknya.. Tambah pulak encik suami wat balik ayam bakar, bubur lambuk dan kuih muih.. Gotong-royong kat opis katanya.. Rezeki tu.. Dah lama tak makan bubur lambuk.. Nak jugak rasa bubur lambuk belah Melaka ni..Yang alik timur dah selalu makan..syukur atas rezeki dariNya..

Ayam masak merah.. Resepi di sini
Nasi tomato simple.. Resepi kat sini

Ayam bakorrr

banyaknya bubur lambuk..tak abes kitorang makan nih

Ade apam dot2 (comel giler), kek lapis dan kole kacang.. Aduhai...banyakla pulak.. Hope esok boleh dimakan lagi la.. Nak habiskan hari ni memang idokk la kan.. banyak sangat.. Yang penting, tak baik membazir kan.. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.. baru tak malas nak terawih..hehe..

P/s: Selamat berbuka ye semua =)

Saturday, July 23, 2011

Pengat Deghiyan

Lame dah tak masuk dapo.. Seminggu balik kampung, asyik makan masakan mak je..hehe..best3..memang tiada tandingan.. Dah biasa orang masakkan, dah jadi malas pulak nak masak memasak2 ni..ekekek.. cakap je bolehlah..perut encik suami nak kena isi jugakkan..

Pengat durian ni dikenali jugak sebagai serawa durian..lain tempat, lain nama.huhu.. Memang best makan ngan pulut..yummehhh..

Padahal balik kampung hari tu mak dah buat pengat ni.. Bila nak balik Melaka, mk bekalkan satu tuperware besar punya durian..khas untuk menantu kesayangan la kan *fyi, hubbyku memang rapat giler ngn my mom..siyes..hehe*..sian kena tinggal bini lama2..hehe.. Khas import dari Kelate untuk tekak tok laki ku.. makan la puas2 ye abg..ngeh3

Meh nak share resepi bagi sape2 yang nak mencuba..senang ajeee =)

RESEPI PENGAT DURIAN/SERAWA DURIAN

Bahan2
  • 6-8 ulas isi durian
  • 1 kotak santan
  • 2 keret gula melaka
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan-disimpul

Untuk pulut
  • 300gram beras pulut
  • sedikit santan cair
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan-simpul

Cara-cara
  1. Untuk pulut, bersihkan beras pulut dan tanak hingga masak.. kalau nak kukus, rendam beras selama beberapa jam.. Kemudian kukus hingga masak..
  2. Untuk kuah pula, masukkan santan dan 2 cawan air kedalam periuk.. Masukkan juga gula melaka, garam dan simpulan daun pandan.. Aku letak je terus isi durian tu..senang khoje..hehe
  3. Masak atas api sederhana..Sesekali kacau kuah untuk elak dari pecah minyak.. Bila kuah pekat, bolehlah matikan api..siap =)

Yang aku buat ni versi tak berlemak sangat..kalau korang suka kuah santan yang pekat, lebihkan lah santan tu ya..

Hmm..sekarang ni memang musim durian..kat FB pon asyik duk bising sal serawa durian je..heheh.. apepon, memang sedap..tambah pulak kalo makan ramai2..memang meriah la kan..

Orait..karang2 sambung lagi..kalo rajinla kan..eheh..babaiii (^_^)

Thursday, April 7, 2011

Meh beli Bubur Kaceyyy!!

Jual jual bubur kacey hijaaa..semangkuk seriyal jah (singgit)..heheh...Sedeyla jual bubur tak laku2..makan sendiri jela..ngeh3..

Makcik umah sebelah la yang bersalah sebab menggamit seleraku untuk masak bubur nih..Hari tu dia bagi semangkuk..Mane cukup!! Tak pasal2 kena masak sendiri dah..Heh, kalo makcik tu tau maunye dia hempuk kepalaku ngn mangkuk tu..demand..hoho..org dah bagi pun kire bersyukur dah..

Yang makcik tu bagi ade deghiyan..tapi kat Melaka deghiyan tengah mahal lagik..Terpaksala makan bubur kacang hijau plain je tanpa penambah perisa..Makcik, buatla lagi..kami nak makan..hahaha

Okeyla, nak kongsi resepi bubur ni..Aku tau korang dah terer masak ni..nak share kat sape2 yang nak belajo la..Hehe..Gurau2 je..Jgn amik hati ye =P

Mula2 rendam bubur kacang hijau, lagi lame lagi bagus (semalaman better)...Macam aku rendam 5jam je..Pagi tadi baru teringat yang encik suami nak makan bubur ptg ni..Aisehh..takpela, okla tu 5jam kan..

Tengah berendam

Pastu, rebus kacang hijau sampai empuk dalam air secukupnya..Kemudian, masukkan santan, gula Melaka, sedikit garam dan 2-3 helai simpulan daun pandan..Biarkan mendidih dengan api sederhana..Kalau api kuat sangat pecah minyak plak..Korang bukan masak kari nih..hehe

Dah siap, bolehla dimakan..Aku suka makan sejuk2..Cicah roti..Ohoiiiii...sedapnya roti cicah bubur..Ehe..wat eskrim bubur pun sedap..Ingat kecik2 dulu suka sangat beli yang sebatang seposen tu..Asal balik skolah je, mesti singga kedai beli eskrim bubur kacang..nostalgia tu..

Orait..Jangan tengok saje..pade sape2 yang belum penah cuba, sila la try..Pastu wat eskrim..Sodap, memang tak hengat la..ngeee..jumpa lagikk (^_^)

Tuesday, April 5, 2011

Tak kesahla sape menang pon

Hoyeah!!! Shaeizy Sam menang ABPBH!! Hmm..takdela minta dia pon, tapi ok la..Suke gak tengok dia berlakon..Tapi untuk kategori Pelakon TV lelaki popular aku nak Ady Putra menang..Teringat2 watak dia sebagai Rasul Iman dalam Drama Chinta..

Why Remy ishak yang menang?? Why3x??? Hehhe..sibuk je..Undinye hagham takk penah ..dah kalah mula nak bising..ngeh3

Adesss..Hensemnya dia nih.=P Curang jap

Well..tak kisahla sape menang pon..Takde kena mengena ngan hidup aku..hehe..Dah rezeki mereka yang menang kan..

Walaupun ramai gak yang tak puas hati sebab Fasha Sandha menang Pelakon TV Wanita fofulerr (termasuklah aku), tp  takpe la..Bakat lakonan dia memang takleh dinafikan..Walaupun personaliti hancusss..Oppss..sorry ye kepada peminat2 FS..Aku suke tengok lakonan die je..Peaceee (^_^)

Erkk..kekenyangan nih..Beru lepas mengadap lunch..Rasenya dah banyak kali aku masak bubur untuk lunch..Nasibla encit suami memang penggemar bobo nasik nih..heheh

Yang ni version buh serunding daging..saje nak tambah perisa sebab bubur ni plain..Tak buh ayam pun..Kosong sekosong2nya..Huhu..Bolehla tahan..tambah bawang goreng je pun dah cukup untuk bangkitkan selera..Emm, takyah la tepek resepi..Korang pon dah muak ngn entry bubur nasik nih kan..hehe

Eh..lari topik la pulak..Ape ke hey tibe2 story sal bubur plak..ngeee..Apepun, aku n hubby puas hati nonton ABPBH 2010 smalam.. Ni seme penangan Abi Hurairah (Johan) & Usop Weelcha  dengan lagu soley2nya..haha..terbaekkk!!

*P/s: Tengok Hantu Kak Limah ni banyak2 kali pon tetap kelakar..Kite bako kite bako!! Hehe..Tapi Nangkung aku tak gemar sangat..Biase je kot..Entah ape yang bestnya sampai RM8 juta kutipan..Takdela kelakor mane pon..Beza ngn Hantu kak Limah ni, ade trademark sendiri..Cayalah (^_^)

Sunday, March 20, 2011

Ke'jeles'an melanda =P

Tatkala entry ini ditaip, encik suami sedang jeles sebab tak dapat menikmati makanan feberetnya yakni tak lain dan tak bukan bubur nasi plus ayam. Haha..Jangan mare ye abang. Sila cuci mata ye (^_*)

Saye punyeee!!

Haa..siap ade sosej tu..maunya dia tak jeles. Haha..Takpe2, lenkali buat lagi. Walaupun tak sesedap bubur ayam McD, bolehla setakat nak kenyangkan perut ni..Nak masak lauk lain?? Buang maso jo!! Makan sorang2 jugak..

Malas nak tulis panjang2..Ni bukan first time masak bubur yang sinonim dengan kanak2 nih..huhu. Mak ngan bapak budak pon suka jugak makan bubur nih..Senang dan cepat..tak banyak songeh. Resepi bubur ni boleh tengok kat sini..lebih kurang je..tambah sosej je..ikut selera masing2 la ye.

Tak sabar tunggu encik suami pulang esok. Kompem dia jeles baca n3 nih..haha..isteri sape la yang kurang asam nih =P

Wednesday, February 16, 2011

Makan lagi

Orang sakit baru lepas makan nih. Batuk2 pun ais tak tinggal. Ubat yang paling mujarab. Heheh. Hari ni operasi clearkan peti sejuk sebab nak buh sayur2 n lauk yg baru beli. Pucuk midin lebihan masak sup sayur hari tu dikerjakan jadi bahan2 untuk bubur lambuk malam nih. 

Huhu..bersepah2 sayur. Campak2 punye pasal. Takde ayam, letak tauhu ngan ikan je. Tak letak santan sebab tak nak berlemak sangat. Guna gadget2 yang ade kat dalam peti sejuk je..heheh..Nasib baik dapat suami yang on je aku masak ape pun..Tambah sampai 2 mangkuk..huhu..

My hubby jenis yang susah makan sayur. Bila masak macam ni, baru berkhasiat sikit. Kalo tak memang kena paksa la makan sayur. Macam kanak2 plak.hehe..kalo nak resepi bubur lambuk ni, tengok la sini ye..

Comel je Ahmad Muhammad dalam telemovie Yang Terpuji ni..Suka tengok telatahnya. Hehe..Drama yang penuh dengan mesej..Layannnnnn (^_^)

Tuesday, February 1, 2011

Bubur Ayam Ala2 MekDi (^_^)

Hari ni masak menu orang sakit..hehe..Sian my hubby, sakit gigi n tak lalu nak makan. Nak masak lauk liat2, takut bertambah teruk sakitnya. Masak je la bubur, senang. 

Maka n bubur ni memang tak muak..Siap tambah 2 kali tu..Encik suami yang sakit gigi pun nampak berselera. Resepi ringkas yang sedap. masak ni hari2 pun takpe..hehe..1 pot bleh makan 2-3 kali..Memang jimatla..Pasni tak payah beli bubur McD dah..yang ni pun lebih kurang je rasa. Hehe

Jom semak resepi. Sharing is caring (^_^)

RESEPI BUBUR AYAM
Oleh: RynaHakimi @WanRyna

Bahan-bahan (2-3 org)
  • 1 pot beras
  • 2 ketul ayam (saiz sederhana)
  • Air secukupnya
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 inci halia-hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih-ketuk
  • Lobak merah-potong dadu
  • Sedikit garam

Bahan Hiasan
  • Sedikit kacang tanah goreng
  • Bawang goreng
  • Isi ayam yang dicarik2
  • Cilimerah
  • Daun sup/daun bawang
Sambal kicap
  • 3 biji cilipadi-potong nipis
  • 2-3 s/b kicap manis
Cara-cara
  1. Rebus ayam bersama dgn bawang putih yang diketuk sehingga empuk.
  2.  Ketepikan ayam dan simpan air rebusan tadi
  3. Bersihkan beras dan masak dengan air secukupnya. Tambah air rebusan ayam tadi.
  4. Masak sehingga beras kembang (terpulang jika ingin berkuah atau tak). kacau selalu agar bubur tidak berkerak.
  5. Bila beras hampir kembang, masukkan kiub pati ayam, sedikit garam, lobak merah dan hirisan halia.
  6. Rasakan bubur secukup rasa. Jangan terlalu masin
  7. Padamkan api apabila bubur kembang sepenuhnya. Siap!
 
*p/s:  Bolehla ditaburkan bahan2 hiasan di atas bubur tadi. Memang sedap dimakan dengan sambal kicap (satukan cilipadi dan kicap manis). Kanak2 pun mesti suka bubur ni sebab rasanya memang sedap. Menu seimbang pulak tu. Elok sangatla untuk kanak2 yang susah nak makan nasi. Hehe..Okeh..Stop dulu.. Adios!

Sunday, January 23, 2011

Menu petang-> Bubur ChaCha

Tengah melayan citer Dil Se kat tv3 ni..Berpuluh2 kali tengok kat tv pun, still tak puas tengok. Sebab my Shah Rukh Khan ade..Haha. Jgn marah ye cik abe ku sayang.

Tengahari tadi makan kat luar. Bosan asyik makan makanan sendiri je. Sekali sekala nak jugak tukar angin. Huhu, Pekena ikan keli goreng dengan ulam kacang botol. Suami pulak pilih daging tetel masak asam pedas. Sampai sekarang ni pun perut masih kenyang.(^_^)

Encik suami teringin nak makan bubur cha cha petang2 ni. Tambah kalau ada keledek, perghhh..memang kena la ngan selera dia. Memang sedap makan petang2 ni. Hulur sikit kat makcik sebelah sebab memang sengaja buat lebih. 

Guna gula melaka tapi kaler dia tak terang. Kalo gula nisan siam/kelate tu buh 2 keret pun warna kuah dah pekat, gelap. Tapi yang ni buh banyak pun kaler still tak gelap. Haiyya..mati kutu jadinya..Kuah tak berapa menawan la bubur kali ni. Hehe..Takpela, janji boleh dimakan. Syukur dengan rezeki yang diberi olehNya. Jangan suka sangat merungut..tak baik..huhu

Jom semak resepi. Resepi asal dari my mom. Simple je resepinya, tak susah pun sebab bubur cha cha kering dah memang dijual kat kedai. Beli je la. =P

Bahan-bahan (4-5 orang)
  • 1 1/2 cawan bubur chacha
  • 3 biji keledek-kupas dan potong dadu
  • 400 ml santan(kalau nak pekat, tambah lagi)
  • 2 keping gula melaka
  • 2 helai daun pandan-simpulkan 
  • 1/2 sk halba
  • Sedikit air
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Basuh bubur cha cha dan rebus hingga empuk bersama2 dengan keledek yang dah dipotong dengan air secukupnya.
  2. Bila dah empuk, masukkan santan dan daun pandan, gula melaka, halba dan garam.
  3. Masak dengan api yang sederhana agar santan tidak pecah minyak
  4. Masak bubur ini sehingga pekat. Jika tak cukup manis, tambah lagi gula atau gula melaka/nisan.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
*p/s: Boleh juga rebus hingga empuk bubur cha cha dan keledek. Tos dan ketepikan. Kemudian dalam periuk berasingan, masak santan dengan api sederhana. Bila menggelegak, masukkan bahan2 yang direbus empuk tadi bersama2 dengan simpulan daun pandan, gula melaka dll. Terpulang kepada cara masakan masing2 (^_^) 

Wednesday, January 19, 2011

Bubur Lambuk Terengganu

Hari ni spesel nye menu. Ehe..spesel la sangat. Spesel for my hubby la sebab ni memang feveret dia. Asyik suh buat bubur lambuk. Dah lak aku tak penah makan pun bubur lambuk. Tak sangka plak memang sedap. Haha..ketinggalan zaman sungguh. Yela, seme org dalam my family tak makan bubur ni. Tu yang tak pernah nak cuba. Kat KL femes ngan bubur lambuk Kg. Baru. Sampai aku naik hairan ape la yang bestnya bubur nih.

Tadi cuba buat guna resepi asal Kak MaDiHaA. Sila semak resepi tu kat sini ye. Memang sodap la..Ni yang Terengganu style. Kalau yang bubur lambuk Kg. Baru tu rasanya lain sikit kot resepinya. Ada penggunaan rempah kari daging kalau tak silap. Lainkali nak cuba that style pulak. Semangat nih. Huhu..

Tu diaaaaaaa!!

Kalau resepi asal, banyak jenis sayur2 digunakan. Memang sedap tambah pulak kalau letak pucuk/paku midin. Ade sape2 tak kenal ke pucuk midin? Sila refer gamba di bawah ye. Info selanjutnya pula di sini. Aku guna sayur2 yang ade dalam peti sejuk je. Okla, rasanya pun mengancam. Hehe. Kena ngn selera encik suami terchenta. Tapi resepi asal kak Madihaa tu memang nampak sedapla. Next time nak buh daun kadok, pucuk midin dan ulam2 lain pulak.

Pic dari sini

Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Resepi asal: MaDiHaA a.k.a Ratna (http://mamawandiha.blogspot.com)
Olahan: RynaHakimi@WanRyna

Bahan-bahan
 
  • 2 pot beras (pot rice cooker )
  • 1 s/b lada hitam
  • 2 cm. halia
  • 1 labu bawang besar
  • Kangkung secukupnya-potong pendek2
  • Carrot 1 batang-potong dadu
  • 6 tangkai daun kesum-hiris halus2 
  • Sedikit bunga kantan -hiris nipis2
  • 2 batang serai-diketuk
  • 1 cawan udang basah-potong kecil dan rebus
  • 2 ekor ikan kembung/selar-bakar/rebus, ambil isi dan tumbuk 
  • 2 ketul dada ayam-rebus dan carik2kan 
  • Air secukupnya untuk mengembangkan beras
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam secukupnya
  • 1 sudu besar kerisik yg telah ditumbuk halus 
  • 2 sudu besar budu (optional, tapi kalau buh lagi sedap)

Cara-cara
 
  1. Masak beras hingga menjadi bubur dengan menggunakan air secukupnya. Kacau selalu bagi mengelakkan bubur berkerak
  2. Dalam masa yang sama, rebus ikan, udang dan ayam. Simpan air rebusan.
  3. Tumbuk atau blend lada hitam, bawang besar dan isi ikan.
  4. Bila beras sudah kembang, masukkan bahan2 kisar/tumbuk, santan, serai, isi ayam, garam dan udang.
  5. Pastikan air mencukupi dan bubur tidak kering. Tambah air rebusan tadi untuk mencairkan kuah bubur.
  6. Akhir sekali, masukkan kerisik, sedikit budu dan sayur2. Masak hingga sayur layu. Rasakan masin kuahnya.
  7. Siap dan boleh dihidangkan.

Hoho..buat 2 pot ingatkan sikit je. Rupanya banyak, sampai nak melimpah periuk tu. Aiyyaaa!! Memang tak habis nih. Ape lagik, bagi kat jiran2 la. Siap bagi kat 2 buah rumah. Bleh imagine tak banyak mane bubur lambuk tu? Haha..lenkali kalau nak buat lagi kena masak 1 pot je. Cukupla untuk 2 orang makannya. Ape pun, puas hati sebab jiran kate sedap..Hehehe..Ala makcik ni, malula saye..ngeh3.. Ok, dah dah..jangan duk melalut..Harus stop, bubbye!! (^_^)

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...