Showing posts with label Western. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Prawn Cream Cheese Pasta ala Secret Recipe

Assalamualaikum wbt

Amboi.. western bukan main lagi tajuk. Hikhik. Sesekali menyimpang dari tekak melayu best juga. Makaroni, spageti, fetucini, dan lain lain. Semuanya sepupu sepapat. Rasa lebih kurang sama. Sedap dimasak berkrim keju atau bolognese.

Rasanya di pasaran berbagai-bagai perisa. Kalau jenama Prego, boleh cuba herb cheese, mushroom, carbonara dan sebagainya. Tak dan nak mengejar. Banyak sungguh rangkaian sosnya. Tapi satu je, terlebih MSG dalam setiap hidangan masakan. Itu yang ku tak gemar. Huhuhu

Kali ni, saya cuba resepi yang diberi oleh kakak. Semasa menziarah kami, kakak bawakan 'mangkuk tingkat' berisi makaroni cheese ni. Mula-mula rasa, macam susu. Dua kali rasa, macam cheese. Tiga kali rasa, habis sepinggan makaroni. Haha. Memang sedap kerana teksturnya yang 'creamy' dan asli. Terfikir juga, ini sos segera Prego kah? Rasanya tak pernah masak perisa ini.

Risik punya risik, benarlah ia bukan sos segera. Malah olahan sendiri yang lebih jimat, sedap dan berbaloi-baloi. Boleh makan 3 hari 3 malam banyaknya. Haha *overclaim*. Tapi sungguh saya suka resepi ini. Taklah risau dengan kandungan MSG lagi. Yeay!!!

Untuk rujukan akan datang, maka bersemadilah resepi pasta yang sedap ini di sini. 'Wajib' cuba lagi di lain hari ;)

RESEPI SPIRAL PASTA WITH PRAWN CHEESE GRAVY

Bahan-bahan

* 1/2 - 1 paket pasta kegemaran (macaroni, fetucini, spiral, dll) 
*500ml susu segar/full cream- Saya guna susu fullcream Magnolia (850ml)
*10-12 kpg keju chesdale (saya guna jenama Emborg)
*Sedikit lada sulah
*3 ulas bawang putih -ketuk
*1 s/b tepung jagung (nak lebih pekat tambah lagi)
*Oregano kering secukup rasa (saya tambah)

*Udang 300g (nak lebih sila tambah)
*1 tin straw mushroom (boleh juga guna cendawan shitake, butang, dll)
*Butter untuk menumis
*Air secukupnya
*Garam secukup rasa.

Cara-cara

1. Mula-mula rebus pasta hingga masak.
2. Dalam masa yang sama, rebus udang dan mushroom seketika. Simpan air rebusan untuk kuah/sos nanti.
3. Panaskan butter, tumis bawang putih hingga naik bau (api sederhana tau, api besar kang hangus). Kemudian masukkan tepung jagung. Tumis lagi hingga keperangan.
4. Masukkan stok/air rebusan udang. Kacau sebati. Masukkan juga susu segar. Biarkan menggelegak.
5. Kemudian, masukkan pula kepingan keju chesdale ke dalam kuah.
6. Masukkan udang dan straw mushroom yang sudah direbus tadi. Masukkan juga lada sulah, garam dan oregano. Sesuaikan mengikut citarasa.
 7. Biarkan menggelegak dan masak sebati. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan dengan pasta yang telah direbus tadi.

Senang kan? Rasa kuah ini sebiji seperti mushroom soup Pizza Hut. Nak cicah roti pun boleh. Hafiey makan pun bertambah-tambah. Sepinggan memang boleh habis kalau disuap. Syok sungguh! Dah tahu kegemaran baru Hafiey selain mee, mihun dan kuetiau. Hehehe

Kuah atau sos boleh disesuaikan kepekatan mengikut selera anda. Jika suka lebih pekat, tambah tepung jagung ya. Tepung gandum pun boleh. Asal bukan tepung beras pulut sudah. Kang jadi dodol tak dapek den nak nolong. Haha

Ok, sekian dulu coretan hujung minggu. Jumpa lagi.

RYNAHAKIMI

Thursday, May 22, 2014

Grilled beef tenderloine with mushroom gravy

Assalamualaikum wbt

Aiceh...sesekali makan steak ye. Bukan grill pun. Balik-balik je guna ceper (frying pan). Ada sapa-sapa nak sponsor grill set tak? bukan grill pintu umah, tapi yang khas untuk barbeque tu.. Pemanggang ajaib pun ok juga. hikhik

Resepi ni dah lama. Kan daku dah lama tak menyinggah ke sini. Gambar snap je, banyak berkongsi di instagram dan facebook (meh folow my instagram @rynahakimi).

Nama ala mat saleh uolss..hikhik. Padahal banyak guna rempah melayu aje. Tenderloine tu adalah bahagian paling lembut pada lembu/kerbau dan haiwan2 yang sewaktu dengannya. Bahagian yang paling rileks dan paling kurang buat kerja. Sebab tu lembut je. Grill kejap je dah masak. 

Encik kimiey yang teringin nak makan beef steak ni. Ikutkan hati, gerun mengira kalori makanan sebegini. Umur makin 'muda', tak berani nak makan mengkhinzir buta. Hihi.. Sejak berShaklee ni jugalah lebih ambil tahu soal kalori dan pemakanan sihat. Walau hakikatnya liat nak amalkan gaya hidup yang lebih positif. huhuhu

Okeh, back to the recipe. Walau rasa tak sehebat resipi masterchef, janji rupa tu hadooo.. hihi. Jom semak!

RESEPI BEEF STEAK WITH MUSHROOM GRAVY

Bahan untuk Daging
  • Kepingan tenderloine lembu (atau mana2 bahagian yg anda suka)
  • Blackpepper
  • Bawang putih
  • Lada sulah
  • Sos Perasa maggi (optional)
  • Oregano
  • Garam

Cara-cara
  1. Perap daging yang telah dibersihkan dengan bahan-bahan dia atas.
  2. Biarkan selama 4-5jam. Lebih lama lebih sedap
  3. Kemudian bakar/grilled hingga masak. Jangan overcook ye!

Bahan untuk Mushroom Gravy
  • Setengah tin cendawan tin (hiris)
  • Susu sejat/susu segar
  • Oregano
  • Basil (optional)
  •  Lada putih
  • Bawang besar Holland
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Kiub pati ayam
  • Sedikit sos tomato
  • Minyak

Cara-cara
  1. Tumis bawang besar sehingga layu. Kemudian masukkan 1 sudu besar tepung jagung dan kacau hingga keperangan.
  2. Kemudian masukkan susu sejat, cendawan, oregano, basil, garam, kiub pati ayam dan lada putih. (tak letak garam pun takpe)
  3. Masak hingga kuah pekat.

Bahan untuk mashed potato
  • 4 biji kentang-kupas kulit
  • 2 ulas bawang putih-ketuk
  • 1/2 s/bmayonis
  • 1-2 s/b susu sejat IDEAL/susu segar pon boleh
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • sedikit garam 
Cara-cara
  1. Rebus kentang dengan bawang putih + sedikit garam hingga empuk
  2. Kemudian lenyek hingga hancur bersama2 dengan semua bahan di atas.
  3. Gaul rata dan lenyek hingga gebu

Kemudian bolehlah dihidangkan mengikut kreativiti masing2. Untuk resepi coleslaw, cuma campurkan hirisan carrot, kubis dan mayonis. Dan lagi sedap, masukkan hirisan oregano segar. Sedap dan wangi rasanya.

Ok, Kalau rajin update lagi. hehe.. Express tak i hapdet entry..kihkih.. hingga ketemu lagi. Daaa :)

Written by:
RYNAHAKIMI

Tuesday, May 20, 2014

Hollaaaa~ Update resipi jap! =)

Assalamualaikum wbt

Cakkkk! Ada yg rindu tak? Kekadang memang terasa sesuatu yg kurang lengkap bila tak update blog. Tapi bila penyakit M menguasai, ditambah pula dengan sindrom T (tangguh) satu kerja pun tak jalan. Kesian blog sulung ni terbengkalai..hihi

Ada kawan2 tanya, bila nak update resipi? Haha.. Seriusly rindu nak update resipi, walau hanya resipi cekodok pisang. kuikui. Kerana itulah hobiku sejak dulu. Asal masak je amik gambar, tempek resipi. Ulang tayang pun redahhhh. Resepi repeat sepanjang tahun. AAK? hohoho

Kali ni teringin nak share resepi yang jarang2 ku cuba. Orang lain mungkin selalu kot. Sebab kami ni tekak nasi, jarang sangat nak mencuba resepi pengganti nasi ni. Makan macam ni pun kenyang seminggu uolsss.. haha.. overclaim

Chicken Tortilla Wrap

Bahan-bahan
  • Tortilla kentang, asli (boleh beli dah siap)
  • Kepingan ayam
  • Sosej (optional)
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • Bawang putih
  • Sos perasa maggi (optional)
  • Tomato
  • Daun salad
  • Mayonis
  • Sos cili/tomato
  • Minyak zaitun (minyak sawit pun boleh)
  • Garam
Cara-cara
  1. Perap kepingan ayam/sosej dengan  bawang putih, lada hitam, & lada sulah yg dah ditumbuk. Banyak mana, terpulang pada kalian. nak lebih rasa bwg putih, lebihkanlah. Sy campak2 aje.huhu. Tambahkan perasa maggi dan garam. (Jangan bnyk sangat, nanti terlebih masin. hypertensi nanti..huhu)
  2. Panaskan tortilla atas frying pan/oven seketika. Yang ni korang bajetlah berapa lama. Panaskan kejap aje.
  3. Selepas perap ayam & sosej dalam sejam, goreng atau grill atas frying pan. Grill lagi elok, takyah guna minyak kan. Jangan overcook. nanti kurang sedap.
  4. Dah siap, angkat dan ketepikan dulu ayam tadi.
  5. Ambil tortilla, letakkan hirisan tomato, daun salad, kepingan ayam/sosej, sos cili/tomato dan mayonis. takde sequence tertentu pun. Boleh olah ikut suka. Tapi jgn banyak sangat nanti payah nak gulung.
  6. Then gulung tortilla tadi seramping mungkin. Haha.. Nak kembang pun boleh, tapi huduhlah sikit bila dipotong2. Potong ikut saiz yg anda suka. Akhir sekali, boleh ngappp!

Fuhhhh.. rasa  lega yang tak terluah bila boleh update blog ni. Multitasking failure tahap gaban dah ni. Nak kena reschedule balik aktiviti harian. Hopefully blog ni tak terbengkalai. Rugi rasanya banyak kenangan lalu yang tak tercoret. Bila tulis dalam blog, sekurang-kurangnya memori tak lenyap mcm tu aje. Maklumlah.. umur bukannya makin muda..hikhik

Yang menulis,

RYNAHAKIMI

Sunday, May 26, 2013

Menu hujung minggu: Chicken chop with mushroom gravy

Assalamualaikum..

Amboi tajuk..mat salleh tak hengat uolsss.. ekkkeeke.. Sesekali masak chicken chop ni haruslah fefelin' mat salleh kan.. ngeh3..

Pagi dah breakfast ngan nasi+kari ikan. tercari2 menu yang lebih ringan. Ingat nak buat yang simple2 aje cikenchop nih. Encik kimiey request nak mushroom gravy plak. haruslah creamy gitu.. haih..*dalam kepala mula mengira2 kalori yg bakal bertambah seiringan dengan suapan cikenchop nanti..huuuu*

Tapi aku sendiri pun lebih suka cikenchop ngan mushroom gravy nih. Blackpepper pon ok, tapi dah selalu sgt makan muak plak rasanya. So kita cuba sesuatu yg lain plak kali ni.. Tak susah nak buatnya.. Lebih kurang kaedah buat mushroom soup jugak. Cuma lebih pekat giteww..

Let me share this simple resipi. Memang simple pon. Sayur2 tu celur aje.. Yang dimasak cuma ayam, sos dan kentang.. Roti  tu optional. nak ganti kntang goreng boleh aje..sesedap rasa la ye. Lagi satu ayam ni pun aku panggang je. tak goreng pon..jimat minyak dan tenaga gitu..hehe

RESEPI CHICKEN CHOP SOS CENDAWAN

Bahan2

=Hirisan dada ayam (perap dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa)
=Grill/panggang hingga masak. jgn overcooked plak ye =)

Untuk sos cendawan
=1/2 tin cendawan butang dlm tin (hiris nipis)
=150ml susu sejat
=1sb tepung gandum
=1sb mentega
=1 sb tomato sos
=sedikit kicap manis
=2 labu bwg besar (potong dadu)
=1s/b lada sulah
=stok ayam
=garam secukup rasa.

Cara2.
a. Ayam yang diperap td dipanggang hingga masak (eh, dah mention kat atas ek??hehe)
b. Untuk sos, goreng bawang besar dengan sedikit minyak hingga layu dan naik bau. Angkat dan ketepikan.
c. Dalam kuali yg sama, panaskan sedikit mentega. Masukkan tepung gandum dan kacau seketika.
d. Bila tepung dah larut, masukkan semua bahan diatas termasuklah bawang yg dah digoreng td.
e. Masak hingga kuah pekat.
f. Celur sayur2 pilihan anda. Nak ganti ngan coleslaw pon boleh.
g.Siap!

Amacam, senang kan resipi ni. Mula2 nak buat terfikir juga betul tak resepi yg bakal jadi eksperimen nanti. Bila dah masak, voila~.. macam makan kat restoran uolsss..

So, nak jimat silalah buat sendiri. Sedap tak sedap belakang kira, janji bleh tambah sesuka hati. takde nak kena cas tambahan.. Asal suami suka, makan tak toleh kiri kanan tu pn satu rahmat yang tak terhingga =)

Saturday, June 18, 2011

Mashed potato

Entry yang pantas dan tuntas..hehe.. Hari ni sediakan mashed potato untuk suami bawak ke pejabat.. Nak kasi ofismate dia rasa sos black pepper tu.. nanti trip ke Cameron julai ni, diorang nak tempah gravy ni untuk dimakan dengan ayam BBQ.. So, nak kena bagi diorang rase dulu.. kang tak sedap, tak puas hati plak.. baik testing dulu kan..ngeh3 =)

sos lada hitam

mashed russet potato

Hope diorang puas hati.. Jangan lak compare dengan mashed potato KFC.. Tak terlawan den..hehe =)

Saturday, May 14, 2011

Western la pulok!!

Hari ni buang tebiat sat makan western food untuk lunch.. Padahal perut nasi.. Tak sampai 3 jam, kompem perut berdangdut mintak nasi..heheh

Tapi, demi encit suami yang mengidam nak makan mashed potato, ku turutkan seleranya.. Dari nak makan mashed potato je, aku tambah Grilled BBQ Chicken with black pepper sauce.. Tapi ni malaysian's style la.. Takdela western mane pon..huhu

Ayam tu masak la BBQ macam biasa.. Perap dengan rempah2nya.. Kalau my style, buh je apa yang ada kat rumah ni.. Let's share =)

Ayam BBQ

Bahan2
  • Ayam secukupnya-saiz ikut suka
  • 2s/b serbuk jintan putih
  • 2s/b serbuk jintan manis
  • 1s/b serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk kari
  • Sedikit kicap
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos manis
  • Sedikit garam-tak buh pun takpe sebab nanti makan ngn gravy tu

Cara2
  1. Bersihkan ayam..Perap dengan semua bahan di atas selama 3 jam (lagi lama lagi bagus).. 
  2. Then bolehla di bakar/panggang/grill sampai masak
Untuk blackpepper sauce/gravy tu, dah pernah share hari tu.. tapi yang tu resepi chicken chop la..Tapi kaedahnya same je..

Sos Lada Hitam

Bahan2
  • 1 s/b lada hitam yg ditumbuk-serbuk pun boleh
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk
  • Sedikit sos lada hitam
  • sedikit sos manis
  • sedikit sos tomato
  • Sedikit kicap pekat
  • Bancuhan tepung jagung
  • Air secukupnya
Cara2
  1. Tumis bawang putih dan lada hitam yg dah ditumbuk
  2. Bila dah garing. masukkan semua bahan dia atas kecuali bancuhan tepung..
  3. Masukkan juga air secukupnya.. Bila menggelegak, rasakan kuah.. kalau kurang masin, tambah garam.
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga kuah pekat. Siap
  5. Sebenarnya orang guna worcestershire sauce..tapi hentam buh kicap je..hehe
Untuk mashed potato pula, sila ke sini ye kalau nak tengok resepi.. Adeh..tak larat nak menaip *padahal malas* hehe =P

Potato wedges tu goreng je la macam mane pun..Goreng dengan sedikit tepung pun sedap.. Ingat nak buat coleslaw, tapi mayonis takdak pulak.. Celur lobak merah kejap, pastu makan dengan gravy tu.. Perghhh..sedappppp... Hehe.. *sedap bagi tekak aku la..hehe*

Selamat menjamu mata ye semua.. Hehe..statement kejam.. Bolehla cuba bagi sape2 yang tak cukup bahan kat umah tu.Guna je ape yang ade dalam kabinet dapo tu, gerenti menjadi punya.. Sedap pun sedap.. hehe..

Okeh, jumpa lagi ye kawan2.. Babbaiiiiii  (^___^)

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...