Showing posts with label Rezeki Allah. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

Soal rezeki

Assalamualaikum wbt

Hari ni perkataan rezeki bermain-main di kotak fikiran
Sejak dari pagi, sambil duk goreng mee asyik terfikir konsep rezeki
Ya, konsep rezeki itu luas
Bukan sekadar dari segi wang ringgit dan harta benda

Satu perkongsian daripada Ustaz Don Daniyal
Rezeki hadir dalam pelbagai bentuk
Ada yang kaya raya, harta melimpah ruah
Ada yang berkereta besar
Ada yang mewah melancong ke mana-mana mereka suka
Ada yang kerap bertukar-tukar handbag mewah (jeles mak nokks..hehe)

Ihsan: Google

Kata ustaz lagi,
Harta bukan hanya boleh dilihat secara fizikal
Ada yang punya anak soleh yang mendoakan ibu-bapa setiap kali usai solatnya
Ada yang punya suami penyayang yang sentiasa memahami isterinya
Sentiasa beralah dan memelihara keharmonian rumah-tangga
Ada yang punya isteri yang bijak menjaga maruah suami dan keluarga
Ada yang tak punya harta tapi bahagia; cukup seadanya
Semua itupun nikmat Allah
Syukur walaupun di kala sempit

Ada yang kata 'susah' pun rezeki juga
Rezeki yang datang bersama hikmah pada akhirnya
Sungguh ku akui
Rezeki ada di mana-mana
Tak kaya tak apa
Kerana ku sudah punya segala
Suami dan zuriat yang sentiasa menyenangkan jiwa
Alhamdulillah, Allahuakhbar

P/s: Belajarlah bersyukur dan mengahargai apa yang ada di sekelilingmu.

RynaHakimi

Friday, February 22, 2013

Entry pertama 2013

Assalamualaikum wbt..

Weeehuuuuu..lama gile blog sendu ni tak ber'update'.. Ade yang rindu tak??? Ade tak???? Sob3x..ntah2 diri ini dah dilupakan oleh sahabat2 maya yang yang sebelum ni amat rajin menjenguk..Owh..rindu sungguh nak kembali aktif di dunia blogging ni.. Tapi apakan daya.. Kini masa kian terisi dengan kehadiran si kecik yang menjadi pengubat duka lara. Aicehhhhh. hehe

Ada la sekali dua singgah dan bukak blog sendiri.. Tapi tumpul idea, tak tahu apa nak dicoret. banyak je yang mahu dikongsi.. perihal kelahiran si comel, pregnancy dulu kala..*hoh dah basi buat ape nak citer*.. Tak tahu nak mula dari mana.. Hurmmm...takpe2..slow2 and step by step.. dok gitu?? ehe..

Ok, cukup untuk mukaddimah hari ini.. Perkenalkan sang putera kesayangan kami yg lahir pada 13 September 2012, jam 3.03pm di HRPZII, Kay Bee.. jantung hati umi dan abi, Muhammad Hafiey Aufar B. Mohd Hakimi..

Hari2 yang dilalui amat bermakna dengan kehadiran putera kami.. Bagi mereka yang pernah berkunjung ke blog ni, pasti masih ingat yang tuan empunya blog ni selalu risau dan berdukacita (klasik la plak..heh) bila mengenangkan masih belum dikurniakan cahaya mata sedangkan usia perkahwinan dah masuk 1 tahun lebih.. Alhamdulillah, Allah swt perkenankan doa kami dengan kelahirannya.. Syukur Ya Allah...

Ok..sedang mencari idea for the next entry..jangan tahun depan baru hapdet udah la..ngeh3x.. kadang2 gebang je lebih..tapi buatnye tidak.. hikhik.. Jumpa lagi... Babai :)

RynaHakimi

Sunday, December 12, 2010

Rezeki Allah

Rezeki Allah itu tak pernah putus untuk hamba-hambaNya. Sama ada kita sedar ataupun tidak, Allah swt tidak pernah mensia-siakan hambaNya. Lumrah lah, dalam hidup ini kadangkala kita rasa putus harapan. Apa yang kita minta dari Allah tak semuanya terbaik untuk kita. Kalau dah buka rezeki kita, mohonla sebanyak mana sekali pun memang kita takkan perolehi apa yang kita hajati itu. Macam diriku juga, kadang-kadang terfikir kanapa hidup ini tak semudah yang disangka. Kita harapkan  perjalanan hidup yang indah. Tapi ternyata tak semudah yang disangka. Kenapa orang lain senang-senang sahaja dapat sama seperti apa yang kita kehendaki? Hmm, di sinilah terletaknya maksud rezeki Allah. Mungkin sesuatu yang kita hendak itu bakal memudaratkan diri kita. Malah mungkin menyusahkan hidup orang lain juga. Ini semua kuasa tuhan. Tak terfikir dek akal. Sebagai hambaNya, aku redha dengan segala ketentuan dan juga rezeki yang Allah swt anugerahkan. Pasti ada yang lebih baik untuk diri ini. Ku percaya ada cintaNya. InsyaAllah (^_^)

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...