Showing posts with label Wanita. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Mandulkah aku???

Wah..topik panassssss!!!! Chop3..jangan la kate aku yang mandul plak..Nauzubillah, mintak jauh2..Wanita Hari Ini (WHI) la punye pasal..Wat kaum wanita macam aku ni gatal mata plak nak nonton..huhu

Topik hari ni memang sangat2 sesuai bagi pasangan berkahwin yang belum punya cahayamata.. Macam aku ni, belum masuk kategori ni sebab baru lagi kawin..Katenya, below 1 yr of marriage tade dalam kategori lagik..hehe (fuhhh..rase lega tibe2 =P)

Ala tomei2..ihsan googl
Tetamu jemputan tadi Datuk Dr Nor Ashikin, Pengasas Primanora Medical Centre. Pastu ade jugak Pengamal Perubatan Tradisional Annuri, Puan Noriah kalo tak silap. Artis jemputan plak Suriati Abu Bakar, iaitu Atie AF.. Lupa dah AF brape..hehe..Yang first kalo tak silap..
Banyak ilmu yang aku dapat dari program tu..Yela, alam rumahtangga ni masih lagi baru bagi aku..banyak yang perlu diperbaiki lagi..Best3..Dr. Ashikin tu pon sempoi je..Suka dengar tips2 dari beliau..
Ihsan Google
Tips dari Puan Noriah pon mantop..Dia tu bidan moden, so dia galakkan para2 isteri ni selalu berurut..Untuk kseihatan wanita katanya, betulan ape yang patut..Aku ni seumur hidup tak pernah lagi berurut..Sakit  tak??? kang ade yang menjerit melolong mase kena urut..haha
Lagi satu elok amal susu unta untuk conceive..erkkkk..macam tak tertelan je..haha..Susu kambing pon ok katanya..banyak lagi amalan, contohnya amalkan makan 3 bji telur ayang kampung + madu lebah + 7 biji habbatussauda'..Amalkan setiap pagi..Hmm...makan mentah?? memang idokla aku..hehe..Telur 1/2 masak blehla  =)
Atie AF tu plak dah 4 tahun kawin, belum lagi dikurniakan zuriat.. Sangat2 kagum tengok semangat beliau berusaha untuk dapatkan zuriat..Dia kate, elakkan stress dan banyakkan sabar..Allah tu sebaik2 perancang, mungkin ade hikmahnya kenapa Dia belum perkenankan hajat kita..Betul tu..sy sokong Atiey!!!! yeay..hehe
Lagi satu, Dr Ashikin pesan, jangan takut nak jalani rawatan.. Kena jugak ikut kemampuan a.k.a bajet suami isteri tu.. yang penting, tolak ansur dan kerjasama spasangan tu..Jangan terlalu mendesak atau menyalahkan pasangan..Haa..tak baik tau..ape nih, tak dapat anak je salah isteri..Padahal tak tau lagi sape yang bermasalah dalam hal ni..Jumpe doktor dulu baru tau
Yang paling best katanya, ENJOY S**.. haha..Pandai2 korangla nak teka..Memang sporting la doc tu..Jangan stress dan jalani rawatan..InsyaAllah sampai masa akan ade rezeki..Talian WHI tadi pon memang hangat tak hengat..huhu..Pakat duk call mintak pendapat..Mungkin dari perbincangan hari ni, ramai wanita yang tak lagi terlalu stress atau pun rasa down sebab belum ade zuriat..Bila dengar nasihat doc tu...sejuk je hati..hehe

Ok la, cukupla dulu.. Nak tulis seme hasil perbincangan tadi kena buat banyak part pulak..bising plak korang nanti.. wahaha.. Rugi tau pade sape yang terlepas slot WHI hari ni..bnyk info yang berguna.. Apepun, boleh jugak lawati laman Facebook WHI kat sini..
*P/s: Sharing is caring (^_^)

Thursday, April 14, 2011

Aurat Wanita..terbaik!!

Hehe..memang gelak sorang2 la aku kalo dengar ceramah ustaz Azhar Idrus nih..Korang kenal tak?? Uishhh..memang rugila kalo sape2 tak kenal..

Ustaz ni femes sampai obesi tu..Dia sempoi je, bagi ceramah ngn dialek Ganu..Orang2 Singapore, Australia, Hong Kong pakat tanye sape Ustaz ni..Glemer gitu..

Gelak2 jugak, pengisian tu yang penting..huhu..layannnn =)

Sumber asal Youtube.. Banyak lagi video2 beliau yang best..Memang kelakar tak hengat..kuikui

*P/s: Mase bosan, memang aku layan video ustaz ni je..Hilang segala keboringanku..hehe

Wednesday, December 22, 2010

INDAHNYA WANITA

Indahnya wanita ciptaan-Nya.......

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh .

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun),maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

p/s: wahai kawan2 ku semua..mari kita sama2 mencari keberkatanNya...

Thursday, December 9, 2010

Ciri-ciri Isteri Yang Baik Menurut Islam

Menarik sungguh tajuk ni. Sangat banyak manfaat untuk seorang isteri macam aku ni dan juga para wanita di luar sana. Terbaca kat web www.tranungkite.net, tulisan Mokhtar Hj Adnan. Jom baca dan aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Isteri yang baik secara total akan mudah melahirkan rumahtangga bahagia tetapi sebaliknya isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumahtangga yang kucar-kacir.
Kita sedar dan faham rumahtangga yang bahagia lahir daripada isteri yang soleh, jiran yang baik dan kenderaan yang sempurna. Dan wanita adalah penentu buruk baik sesebuah masyarakat. Manakala masyarakat yang baik pula lahir daripada rumahtangga dan keluarga yang bahagia. 

Wanita dengan sifat kehalusan yang dianugerah oleh Allah s.w.t. bersesuaian sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami.Daripada sifat semula jadi dengan kehalusan ini jika dididik dan diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal-awal agar kematangan berfikir dan tingkah laku yang mulia sebagai persiapan seorang isteri yang soleh, sudah pasti berhasil. 

1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul

Ketaatan kepada Allah akan jelas dilihat dari segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sesungguhnya. Perintah dan larangan ini tergambar dengan jelas sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulullah s.w.a. Ketaatan yang tidak berbelah bagi dengan sendirinya kan melahirkan disanubari perasaan kasih kepadanya. 

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud. "Katakan: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu peroleh, perniagaan yang kamu khuatiri akan rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan Rasulnya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik." 

Jelas kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah s.w.t. akan menelurkan kasih dan cinta yang tidak ternilai di sisi manusia. Ketaatan dan cinta kepada Allah ini bukanlah mudah diperolehi sekirannya persediaan kearah itu disambilewakan. 

Pendidikan jiwa supaya beriman sesungguhnya kepada Allah dan Rasul-Nya, perlulah dididik sejak awal lagi. Didikan ini akan menjadi benteng dan memahami akan batas-batas yang dilarang dan dibolehkan dalam ugama. Keimanan yang kukuh, perbuatan yang soleh dan mengikut ketetapan yang ditentukan dengan sendirinya secara mudah akan dapat melawan hawa nafsu lahiriah dan bathiniah.

" Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, niscaya tidak dapat kamu menghitungnya.," An-Nahl ayat 18. Daripada rasa kenikmatan yang diberikan oleh-Nya yang tidak terkira akan memahami betapa hamba sangat-sangat memerlukan kepada Khaliknya. Sifat ihsan dengan sendiri mengonkong diri insan; kerana sifat wanita biasanya tidak akan puas dengan panorama duniawi. 

2. Akhlak mulia dan sempurna sebelum kecantikan
Kita fahami bahawa Allah tidak memandang paras rupa (kecantikan) sesaorang tetapi akhlak yang mulia menjadi nilaian yang kukuh disisiNya. Akhlak mulia dan sempurna menjadi pakaian yang kekal manakala kecantikan akan luntur dimakan atau dimamah usia. Tetapi kiranya kecantikan ini dapat diadunkan dengan akhlak yang mulia sudah tentu ia adalah pilihan utama setiap insan. 

Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik perlulah dididik dan diasuh dengan nilai-nilai yang begitu rupa agar meninggikan lagi taraf kamanusian dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.
Isteri yang berakhlak mulia dengan mudah dapat memahami akan bentuk-bentuk pakaian yang harus dikenakan pada tubuhnya dalam keadaan tertentu; dapat mengawal perkataan-perkataan yang maaruf ketika berbicara dan mengetahui akan batas-batas bergaul sesama rakan, suami, keluarga dan juga saudara-mara yang lainnya.
Di samping itu segala tindakannya mempunyai perbezaan dengan wanita yang tidak soleh. Ia tidak gemar membeli tanpa izin suaminya, apatah lagi penjualan dengan cara berhutang sepertimana kaedah sistem belian pati yang berluasa sekarang. Ia lebih mirip kepada kemaksiatan daripada yang maaruf.
Juga tidak bertindak menggunakan harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian; Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang berhajat sahaja. Isteri yang soleh juga akan mudah mengawal harta benda suami ketika ketiadaan-Nya 

3. Mengambil berat kewajipan rumahtangga dan berusaha memperbaikinya.
Wanita yang telah dididik sejak awal-awal lagi dengan akhlak yang mulia secara matang mengetahui akan persediaan berumahtangga dan memahami kewajipannya memperbaikinya dari masa ke semasa dengan patuh dari tunjuk-ajar suaminya. 

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya." 

Dari hadith di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbelah-bagi asalkan yang diredai Allah s.w.t dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika ketiadaannya. 

Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan hidayah Allah s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup berumahtangga. Dan sekaligus seolah-olah menjadi suatu simpanan yang sangat berharga bagi seorang lelaki berumahtangga apabila memiliki isteri yang baik budi pekerti atau perangainya dan mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik. 

Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak diwajibkan sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang soleh merasakan tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya. Kerana ia tidak mahu tangan orang lain mendodoikan anaknya ketika hendah tidur; tidak mahu tangan lain memasakkan makanan suaminya atau sebagainya dan memahami tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata. 

Isteri yang soleh sungguh cekap dan teratur melayani suaminya menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum keluarga, mengemas tempat tinggal dengan rapi dan lainya. Sedaya upaya berusaha memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh suaminya.
Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang tenteram, riang gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam masyarakat. Begitulah yang dikehendaki dalam Islam. 

4. Malu dan taat
Sifat malu sememangnya lumrah bagi seorang wanita. Malu seorang isteri adalah hormat dan taat yang sebenarnya kepada suaminya, selagi suaminya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikut nafsu syaitan dan sikap memberontak, menangi dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan rumahtangga. 

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."
Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing-masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai berlaku yang tidak sesuai denga kewanitaannya dan dilarang oleh agama. 
 
Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan meghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya. 

5. Mulia dan hormati ahli suami dan kerabatnya
Bermula selepas ijab & qabul, tugas dan tanggungjawab ibu bapa selama ini berpindah secara automatik ke bahu suami sepenuhnya. Dan sebagai seorang isteri, suamilah tempat ia bergantung kasih sayang.
Oleh itu tidak syak lagi seorang isteri itu menghormati akan ahli-ahli (adik-beradik) suami, saudara-mara dan kerabatnya mengikut batas yang tertentu. Dan perhubungan dan pertaliannya mempunyai had dan batas yang dibolehkan di dalam Islam. 

Kedatangan mereka terutama ibu bapanya perlulah disanjung dan hubungan ini perlu dititik-beratkan. Ada di kalangan keluarga Islam, perhubungan antara suami dan ibu bapanya renggang disebabkan oleh sikap isteri yang tidak menyenangkan orang tua suami. 

Kadangkala isteri itu meminta barang-barang keperluan yang tidak dimampui oleh sisuami hingga membabitkan keluarganya akan juga menjadi punca perpecahan antara suami isteri dan kaum keluarganya. Memuliakan dan menghormati suami dan kaum kerabatnya merupakan satu tanggungjawab isteri yang baik. 

*Sharing is caring (^_^)

Wednesday, December 8, 2010

24 PERINGATAN BUAT WANITA

Quantcast
Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah.  Wanita atau isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  solehah. Isteri solehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
 
“Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)

Terdapat 24 peringatan buat wanita, terutamanya kepada mereka yang bergelar isteri. Sangat berguna untuk renungan dan muhasabah diri. Terbaca artikel ni kat satu blog dan terdetik di hati untuk berkongsi di sini. Perkara baik seharusnya disebarkan. Untuk rujukan diri sendiri juga  (^_^). InsyaAllah.. 

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun). 

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. 

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia. 

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli). 

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab,”Bukankah kamu dapat melihatnya.” 

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya. 

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya. 

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya. 

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya. 

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya. 

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi. 

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian. 

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka. 

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya. 

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.” 

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.” 

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga. 
  19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w. : 

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah. 

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :- 

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi. 

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu. 

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- 

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati. 

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :- 

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya. 

24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...