Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Entry 2014

Assalamualaikum peeps!

Entry pertama untuk tahun baru 2014. Huahua.. Baru terdetik rasa hati nak update belog. Selalunya lalu macam tu je. Tangan tak gigih nak klik button 'new post'. Hihi. Alasan. Hiduplah dengan alasanmu sampai bila2.. Impian banyak. Berangan je lebih. Heh, takpe. Berangan free aje. tak payah bayar. kikiki

Masih aktif sebagai pengedar sah SHAKLEE. Best bisnes ni. Dari setakat duk umah melepek depan tv ada baiknya isi masa lapang dengan online biz ni. Masa lebih terisi. hidup pun ada matlamat dan visi. Adakalanya mood ke laut. tapi bangkit balik bila coaching or kena ketuk dengan mentor. Hahah.. Asyik kena ketuk je ni. Nampak bebenor kuat berangan tu kan..hikhik. BISNES ANDA, ANDA YANG TENTUKAN :)

Jemput Singgah

Owh, bulan Januari. Kembali berjinak-jinak dengan berniaga nasi berlauk Kelate. Dah lama tinggal hobi ni. Dulu kat Melaka galak juga terima tempahan. Kat Perak baru nak mula. Bertatih-tatih kata orang. Best, asalnya sorang cuba. Then berjangkit-jangkit yang nak mencuba. Macam virus pulak. Ehee.. Alhamdulillah, banyak ke sikit itu semua rezeki. Asal rajin je kan (malas yg lebih, cemana tu?? kihkih)

Anakanda Hafiey dah 16 bulan lebih. Laju dah berlari. Bercakap bahasa alien lagi. Belum pandai sebut Umi Abi. haihhh. Takpelah anak. Take your time. Asal kamu sihat dan membesar jadi anak yang soleh.

Nampaknya stakat ini dulu 'short update' dari belog sendu ni. Lama sangat tinggal, momentum lari uolss. Baru 2 blog, dah terkejar-kejar. Tak reti nak manage. Hahhah.. Cemana nak celen blogger otai kalo camni gayanya (memang tak la kan). Ohohoiii.. FOKUSS!!!! 

RynaHakimi

Monday, July 8, 2013

Short hapdet

Assalamualaikum

Kian terasa kesan akibat dah jarang menjengah belog kawan2 sekalian. Hukhuk.. Rasa mcm kawan2 maya dah semakin menjauh.. Dengan netbook yang dah makin kritikal memang tak mungkin mengizinkan daku berkunjung ke belog kalian. 

*google*

Loading satu page dalam 4-5 minit. Jangan expect aku bleh blogwalking dengan tenang la dgn kondisi lappy kecik ni. Kang hilang sabor ade jugak yang kena baling nanti..heheh

Cintaku kini lebih kepada belog ke2 ku, http://ummuhafiey.blogspot.com. Sesekali jengah juga ke sini. Tapi nak update kena fikir berkali-kali sebab satu entry pendek pun ambil masa nak loading. Hadoilaaa. Angin aku. 

Tau kenapa aku update jugak kali ni? Sebab guna laptop tok lakiku yang baek hati kasi aku pinjam hari ni..hehe.. Kita trade in la abang.. Abang amik netbook siput tu ye.. ahakssss

Kata short update. Berjela-jela apehal.. huhu.. Ok, ada masa singgah lagi ke sini. Risau plak takut kawan2 sekalian dah lupa akan kewujudanku. Korang ingat lagi kan kan kan?? Kasihanilah sahabatmu ini.. hihi

RynaHakimi

Saturday, June 29, 2013

Entry hujung bulan =)

Assalamualaikum wbt..

Omak aihhhh.. lama tak terusik teratakku ini.. Semakin dianaktirikan semenjak kasih teralih ke rumah ke duaku http://ummuhafiey.blogspot.com. Aiceh...sempat promote.. Dah alang2 terberitahu ni apa salahnya uolss singgah barang seminit dua.. ehhehe... Kalo sudi boleh lah like page sy tu (nyempat lagi tu khennn...hihi..)

Sejak join biz Shaklee ni life lebih terisi dengan perkara2 yang berilmu dan penuh manfaat.. Best sangat bila study sal produk, amik tau sal penyakit, dan lebih menitikberatkan soal kesihatan keluarga sendiri melalui pemakanan yang lebih sihat. Haaa..gitewww.. Takmo formal sangat.. Kata diary..haruslah lahir dari hati..eheh.. truly best sangat consume produk Shaklee ni uolss. Rugi tak cuba ;)

Ok, beralih kepada perkembangan terkini anak teruna ku yang makin lasak ni. Dah masuk 9 bln lebih dah. Makin pandai ajak orang bergurau. nak tido wajib bacakan cerita ye.. Kalo tak selagi tu dia main aje kejenya.. merangkak mop segenap ruang rumah.. Tak payah mommy nye mop dah pasni..hahah..

Memunggah barang2 atas meja tu dah mmg wajib. Semua barang atas meja kopi dia campakkan ke bawah. Ngan henset mommy sekali kena campak. Nasib tak arwah.. Sabau jela..

Nasi takmau makan.. yang dia suka noodles. Bagi mihun, mee, laksa semua dia sapu..laju je makan.. Paling feberet mi suah masak tumis.. Yang ni menu wajib ye. kalo tengok dlam sehari tu dia kurang selera makan, memang kena masak mi suah ni.. Konfem laju dia makan. lagi satu suka sangat makan cheese... Hafiey ni makan banyak, tapi badan tak tembam pun.. Orang klate panggil 'kkateh'. Dia meninggi, tapi tak gemuk2..

Suka sgt laksa lemak :)

Hari2 berak 1-2 kali sehari.. Normal la kan. Midwife cakap metabolisma badan dia tinggi. Tu yang kerap membuang. Hurmm..sah ikut genetik abi mu wahai anakku.. mak makin kembang ni lagu mano?? sape nak tolong?? Heh..Shaklee la tolong..hahahha.. Lechitin, ESP please help me!!!!!!!!!!!

Anakanda dah tumbuh gigi atas dan bawah.. Comey je.. Abi dia kata macam rabbit..muahahah.. apela abi ni samakan anak dengan rabbit.. Tapikan, serius baby yang baru tumbuh gigi ni sangat kiut.. Tambah bila dia ketap2 gigi dia tu.. maybe dia rasa something strange dalam mulut dia.. hehhe.. tomei3x

Kul 8am hari ni  perasmian MRSM Parit.. Aku plak yang nebess terlebih..padahal akde kena mengena pon. AJK pameran duk nyenyak tido.. Tenang aje dia,.. Semua benda rileks je.. Aku ni risau macam2.. kang dibuatnya Raja Nazrin ngan Wife nya Tengku Zara buat lawatan mengejut ke rumah warden kang haru biru.. ekkeek (takde maknanya.. of coz mereka ada event lagi penting nak kena attend lepas tu kan..perasan je lebih..hihi)

Heee..merapu di pagi hari.. kan bagus kalau buat tahajud masa ni. Masalahnya tak tido langsung lagi nih. mata takmo lelap.. Duk fikir sesuatu yang sangat besar dalam hidup. Yup..it's really big.. Apakah ia?? hehe.. Nantilah.. Usaha dulu baru dapat.. ye dop??

Rindu nak update sal masak2.. Kalo rajin nak buat durian crepe esok.. Banyak durian yg encik kimiey beli masak berkursus kat lenggong minggu lepas. Nak cuba wat crepe plak. Entah jadi ntah idok.. hehe... Jom cuci mate ngan gamba siakap yang stim nih.. Eh.. siakap masak stim lorrr.. hikhik.. 

Menggoda tak i??? hakhak

 Ok lah.. Mau tido dulu. Sat gi si kecik bangun nak nyusu plak. Kang mamai tak pepasal..huuu.. Daaaaa :)

Wednesday, May 15, 2013

Teringin.....

Assalamualaikum wbt..

Baru ku sedar yg dah lama aku tak blogwalking.. Kawan2 dalam bloglist ada sesekali ku terjah.. Oh, rindu nak berblog walking, tapi apakan daya masa mencemburui.. Sungguh daku teringin...

*google*

Masa dah tak sama..Ada si kecik yang perlukan lebih perhatian.. Tambahan pula skang dah pandai merengek, marah bila ditinggalkan.. Kalau nampak uminya buat taktau kat dia (ralit depan laptop) pon cepat je mulut dia bising.. Wah, dah besar dirimu wahai anak.. Tak lagi sekadar tergolek2 memerhati si ibu berfesbuk..kikiki

Kepada sahabat taulan sekalian, maafkan diri ini andai sudah lama tidak berkunjung ke teratak kalian.. Tahap kesihatan laptop juga kurang mengizinkan.. Sekali refresh 15 saat baru loading.. haru tak?? cam siput!! nak format, tapi malas nak alihkan/simpan fail2 yang penting.. Kang buat2 pejam mata, aci format aje baru tau.. Nangis weh kalo hilang gambar2 or dokumen2 penting dlm nih.. Bila nak buat 5S neh.. hikhik :)

Thursday, December 15, 2011

Haihhhh..macam2

Time ni la motherboard notebook nak rentung.. Menyusahkan orang betul la.. Next week mula kerja. Tiba2 buat hal la pulak.. Ingat problem biasa2 je.. Bajet boleh repair la kan.. Sekali motherboard yang problem. memang haru la nak kena tukar baru. RM500 banyak tu.. hmmm..biar la dulu.. Betul2 ada duit baru repair..hihi

Sekarang tengah me'lenjan' laptop encik kimi pulak. Biasanya dia bawak pergi keje. Tapi hari ni dia sengaja tinggal kat umah. Kesian kat bini dia ketensenan akibat notebook kesayangannya 'beronar'.. Hiksss.. Pinjam kejap ye abang.. Taklehla tak online.. Bikin jiwa kacau =P

Aktiviti masak2 pon dah semeriah biasa.. Hati tak gembira la katakan.. Sedih mengenangkan nasib notebook ku. Usia tak sampai 2 tahun dah rentung2 bagai... haihhh..menyusahkan hidup betolla..

Siapkan udang masak lemak cili api untuk santapan encik kimi. Mintak maaf ye, gambar macam ape je.. Bila guna laptop orang serba serbi tak kena.. Nak edit pon malas.. Hahah.. alasan.. Tapi memang betul pon kan.. Tak sama guna barang sendiri, compare dengan guna barang orang lain.. Tak de kepuasan orang kata..

Agak2 bila dah mula kerja sempat masak tak?? Tak dapat nak bayangkan kalau hari2 makan kat kedai.. Gaji beribu riban pon takde maknanya kalau asyik duk makan kat luar je.. Bila masa nak berjimatnya kan.. huhu..

Hopefully sempatla masak kat rumah walaupun dah mula kerja. Taknakla jadikan kerja sebagai alasan. Ramai je supermak kat luar sana yang sempat je masak walaupun bekerja kan??. Nak urus anak2 lagi.. Hmm..kagum dengan multitasking working mom ni.. eheee.. Yakin boleh!!! Aja2 fighting!! ;)

Bebelan,

Ryna Hakimi

Monday, December 12, 2011

Bawang jeruk..ada beran???

Pasti ada yang kata euwwwww!!! say no to bawang jeruk..heheh.. Yang selalu kita jumpa bawang putih jeruk kan. Ala, yang orang biasa makan dengan nasi kerabu tu.. 

Tapi kali ni kita try bawang merah jeruk pulak. Semalam beli kat Mydin, 7 ketul RM2..huhu.. Not bad, rasa asal bawang merah tu tak hilang. Cuma bila dijeruk, pasti ada rasa masam manis sket..

Sedap!! Makan ngan nasi pon boleh.. Ada budu sket, potong ulam2 (konon buat kerabu la kan).. Then makan dengan nasi putih.. Terasa kekerabuan nasi itu.. hehehe.. 

Encik kimi tak layan bawang2 jeruk ni.. Dia kata makanan paling pelik di dunia.. hikhik.. Aku pon takdela layan sangat, tapi masih boleh makan la.. Makan selalu pon takleh jugak..nama je jeruk, tapi manisnya ya ampun!!! boleh kencing manis nih..

So kawan2, boleh terima tak bawang jeruk ni?? ada beran mencuba??? hikhik ;)

Friday, December 9, 2011

Tongkol vs. Tuna??

Baru selesai menelaah sedikit bahan, preparation untuk esok hari sambil melayan lagu2 Damasutra yang best.. Preparation apa?? Adalah sikit2, hal2 orang tua budak2 takleh tau.. hikhik..

Besok berlainan hala tuju dengan encik kimi.. Sorang ke Kajang, sorang lagi ke Telok Mas.. Haihh..hari minggu yang terisi dengan aktiviti berbeza, tapi dengan tujuan yang sama.. jeng3x.. tujuan apakah itu?? hehe.. gataiiii nak suruh orang teka2 pulak (sila abaikan, tak penting pon).. ;)

Tak ada cerita nak dibebelkan.. Masak pon tak seberapa.. Masa terhad, mesti digunakan sehabis baik.. Walau sesibuk mana pun, masak itu perlu (bukan wajib ye, harus je..haha..alasan nak makan kat luar).. Masakan yang simple tak semestinya tak mengenyangkan.. tak gitu?? biar simple, asal menyelerakan..

Sila korang teka, lauk apakah itu?? haa kari??? takde maknanya kari hitam legam gitu.. haha.. (dah mula nak merapu dah ni).. Ni ikan tongkol masak kicap.. Lauk standard rumah ni.. ehehe.. Ada orang tu suka sangat makan lauk ni.. tak lain dan tak bukan kekandaku encik kimi.

Iyela.. setakat ikan kicap, tak kuasa nak beresepi2 ni.. Korang lagi terer masak dari aku kot.. So, entry ni tayang gambo ajela.. Edisi menghabiskan kicap jugak.. Dah lama tercongok dalam kabinet tu.. Dekat2 ngan tahun baru ni, semua barang dapo pun kenalah baru jugak kan.. haha.. kopakla poket big boss ;P

Bila tengok ikan tongkol ni, mai teringat tentang diskusi ngan my fren Huda.. Dia tanya ikan tuna dengan ikan tongkol ni sama ke tak.. Mula2 aku fikir jawapannya sama je, seba rupanya lebih kurang je. Saiz je berbeza. Tapi bila search kat tenet, macam2 pendapat ada.

Ternyata ikan tongkol dan tuna ni dari genus yang berlainan.. Ikan tongkol ni dari genus Euthynnus, meanwhile ikan tuna ni dari genus Thunnus... Secara tepatnya, mereka ni spesis berbeza la kan.. Hmm, selama ni aku tertipu. Ingat diorang ni adik beradik je.. hehe

Sekian sesi pembelajaran kita pada hari ni.. Kelas mari mengenal ikan la pulak kan.. hikhik.. 

P/s: Tak sabar tunggu esok =)

Thursday, December 8, 2011

Simple itu sedap

Entry yang tertangguh gara2 kepala sedikit weng hari ni.. Sejak pagi dah pening, loya semacam plus muntah2 (daku tau apa andaian yang bermain2 dalam fikiran korang, tapi rasanya bukan kot..hikhik..notty uolsss nih =P).. Mungkin sebab salah makan.. Dari pagi perut kosong... Bila makan je, uwekksss.. Angin satu badan.

Encik kimi pula hari ni balik makan tengahari di rumah.. So, kena masak.. Tak kisahlah apa jenis masakan pun.. Biar ringkas, janji boleh diterima tekak.. Huhu.. Semenjak dua menjak ni beliau jarang lunch kat umah.. Bz melampau katanya..

Maka terimalah masak isterimu yang kepeningan sepanjang hari ni.. Masak sambil tutup hidung.. Mengalahkan ibu mengandung nih.. ekekkeek.. 

Sup sayur cenggini pon bolehlah, dari tak ada langsung kan.. Ikut hati nak msj encik suami "abang, tapau nasi kukus la wat balik.. Tok cekak (larat) nak masak hari ni".. haha... Senang hidup.. Tapi memikirkan si dia kelaparan nak balik lunch jugak, rasa malas tu dibuang jauh2.. Apply esok lusa nanti la..hehehe..

Memandangkan keadaan si isteri yang tak berapa sihat, encik suami tolong picitkan kepala guna minyak angin.. Normal la kan.. Takkan nak picit kaki pulak.. ngeh3.. Tak dapat nak temankan dia makan.. Seharian tergolek, makan panadol pun tak jalan.. Hubby kata kalau lepas dia balik keje petang ni aku tak ok jugak, memang kena paksa gi klinik.. waaaaa..takmo3..

Secara otomatik keadaan beransur pulih lepas Asar tadi.. haha.. Ajaib sungguh.. Lepas tido jap, it's getting better.. Masih pening, tapi loya dah hilang.. Haila.. Tak gemar berkeadaan sedemikian.. Penat nak ulang alik masuk bilik termenung.. hikhik..

Sekian entry repekan di malam hari. Jarang hapdet blog malam2.. Ingat nak wat Wordless Wednesday entry je.. Tapi apa kejadahnya tepek gamba sup sayur.. Macam la unik sangat apa yang ko masak tu kan.. hehe..

Aku sendiri pun baru aje makan sup ni untuk dinner. Siang tadi takleh nak sentuh apa langsung.. Kesian perut seharian berdangdut sakan minta diisi.. Apakan daya, terpaksa tahan lapar dek kerna tak sanggup isi perut keluar begitu saje.. hmmm..

Tuesday, December 6, 2011

Nasi goreng penyelamat

Jadi rescue ranger la pulak.. heheh.. Ape kena mengena nasi goreng dengan misi menyelamat pula ni?? hehe..Eceehhhh.. bajet orang nak tahu sangat la kan.. padahal tak menarik langsung... heh *ku akui blog ini sekadar blog picisan..sob3x*

Alkisah pagi Sabtu yang lalu (lebih tepat lagi kelmarin)..  Encik kimi ada meeting, so jadual hujung minggu kami memang terganggu.. Nih tak best ni.. huhu.. Pagi tu mau sedia sarapan, tapi kata encik kimi before meeting akan disediakan breakfast untuk semua staff yang join meeting.. So, tak jadilah nak masak.. Tak baik membazir ni..hehe

Simple dan mengenyangkan
Biasanya meeting beliau ambil masa berjam2 juga (9am-2pm paling awal).. Dalam masa menunggu kekanda terchenta, isi masa yang ada dengan aktiviti masak2.. Kebetulan nasi putih yang semalam banyak lebih.. Lauk pula cuma ada ayam mentah.. Huk aloh, mau masak ape nih?? takkan nasi tomato lagi.. Sayang pula nak dibuang2 nasi semalam tu.. Goreng pon sodap!! Senang citer..

Maka terhasillah nasi goreng berlaukkan ayam kentaki dan keropok goreng tu. Tak expect pun encik kimi balik nak makan lunch, sebab biasanya lepas meeting akan ada jamuan untuk mereka yang join meeting tu..

Jam 3 pm, barulah si dia pulang.. Ingatkan dah kenyang, rupanya kebuluran tahap gaban.. hikhik.. Katanya breakfast tak disediakan. Muka mencuka semacam.. jangan jadik 'hulk' sudah..hehe... kata beliau, lepas meeting ada diorang sediakan mihun goreng, tapi kompemla pukul 3 petang masa untuk nasi.. Ade ke hidang mihun.. Standard la perut orang Melayu ni makan nasi tengahari kan.

So, balik aje meeting terus dia serbu dapur.. Nasib baiklah nasi goreng bidan terjunku ini jadi penyelamat.. hikhik.. Ingatkan orang tu makan sedap2 kat sana.. Tak nak pandang dah lauk kat umah ni.. Hmm, nak buat cemane kan, takde rezeki dia la tu.. Dah ini rezeki beliau untuk hari ni, tambah pula ada ayam kentaki tu. Lahaplah beliau makan, tak toleh kiri kanan dah.. ekekekkkk.. 

Hope lepas ni tak terjadi lagi insiden macam ni. Kesian mereka yang tak sempat sarapan tu. Dpt pulak bos yang strict. Lagilah takleh nak buat ape.. Tahan angin cenggitu jela.. Perang sendawa sema orang. Macam2 bunyi ade kata hubby.. hikhik.. Meeting meeting jugak, jangan kebajikan staff diabaikan.. Keduniaan sungguh la.. *mengeluh sambil geleng2 kepala*

Saturday, November 12, 2011

Jika niat kita betul...

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Illahi.. Allah swt melindungi mereka yang ku sayang.. Allahuakbar.. Hanya Dia mengetahui betapa bersyukur hambaNya ini... Ternyata tarikh 11.11.11 meninggalkan nostalgia buat ku dan keluarga..

Google

Baru terima berita yang mengejutkan dari ibuku.. Katanya 'handbag' dia diragut (fyi, ni kali ke2 beliau diragut) kat Medan Ilmu Kota Bharu.. Dengan kuasa Allah, begnya jatuh di tengah jalan.. Tak sempat si peragut melunaskan hajat jahat mereka.. Kata ibuku, diroang tu berdua.. Naik motor..

Memang tak disangka.. Nasib baik my mom agak berhati2.. Handbag dia pula jenis yang memang kena bimbit (mean takleh sandang kat bahu).. Tak rugi berhabis duit beli beg yang sedikit berkualiti, ternyata berbaloi.. Kalau tak kukuh, memang dah tak dapat buat apa2.. tengok saje la si peragut be'raya' dengan hasil ragut tu..

I learned a lesson.. Pasni kena lebih hati2.. Kepada kawan2, handbag tu kalo boleh beli la yang berkualiti.. mahal sikit takpe.. Masa kena ragut or dalam kesusahan, ia memang sangat membantu..

Google

Ehheee.. Kalo nak ikutkan aku pun pernah kena ragut.. Ceritanya berlaku di Jalan Hamzah, dekat dengan KBMall Kota bahru.. Masa tu ke stesen bas, nak balik KL lepas bercuti di kampung.. Baru je turun kete, ambil beg2 dalam bonet then jalan kaki ke stesen bas.. Ditemani oleh my parents...

Tibe2 beg kena ragut/ sentap.. Tengok2 tali dah putus (beg cikai..maklumlah masa tu baru blaja nak pegang handbag..heuheu)... Sekelip mata je berlaku.. Dua lelaki bermotor ragut my handbag.. Tak sempat nak buat ape2.. Ternangis jugakla sebab terkejut.. Nasib baik ada my mom tenangkan hati.. 

Terus cancel balik KL malam tu.. Nak setel buat laporan polis, setel dengan bank (bankcard seme kena buat baru), buat IC baru (kena denda RM 50 kalo tak silap)... Yang bengkeknya, polis yang amik laporan tu buat muka kerek.. Katanya "emmm...ragut lagi.. dah 4 kes hari ni".. Ngokngek.. Pergila tangkap orang jahat tu.. Merungut kat aku buat ape...angin je...

Kejadian tu berlaku tahun 2004.. Dah lama la jugak.. tapi masih terpahat dalam ingatan.. Sadis sungguh.. huhu.. Hingga hari ni, sedikit fobia tengok mat2 motor.. Terus larikan handbag then kepit kuat celah ketiak..ekekke...

Berbalik kepada tajuk asal, jika niat kita betul dan ikhlas kerana Allah, InsyaAllah Dia akan lindungi kita.. sebagai contoh kes my mom ni la.. Dia ngan ayah niat nak ke kuliah Jumaat Tok Guru kat Medan Ilmu.. Tapi lupa pula hari ni hari Keputeraan Sultan Kelantan ke V, so kuliah tu takde la.. Majlis sebenar buat kat Padang Perdana KB.. 

Tapi Allah tetap tolong hamba2Nya yang berada di jalan kebaikan.. Dia tahu niat kita baik.. Musibah tak berlaku tanpa sebab.. Ingat kembali apa kebaikan dan keburukan amalan kita.. 

Wallahua'alam.. Semua tu kuasa Allah swt.. Dia yang berkuasa ke atas segalanya..Semua tu sebagai peringatan.. Lepas ni haruslah lebih berhati2 kerana sesungguhnya malang itu tak berbau =)

Monday, October 31, 2011

Update pendek

Iye..memang entry ni pendek je... Sebagai intro lah konon.. hehe.. hampir 2 minggu blog tak terusik.. Eh, usik jugak..  cuma tak hapdet.. Lebih gemar blogwalking dan singgah blog kengkawan.. Bukan takde cerita, tapi sedikit sibuk dengan aktiviti cuti2 Malaysia.. ekekkekeke...

Google

InsyaAllah kalau mood tak lemau, maka bakal menyusullah cerita2 baru (taklah baru sangat, tapi latest la..ngeh3).. Menarik bagi aku, tak semestinya menarik bagi korang kan.. takpe2, layankan aje.. hehehe.. 

Owh, sedikit update sal Piala Malaysia semalam.. Hoyeahhhh..Rusa menang!!! haha.. ape kes sokong rusa pulak?? iyela, TRW tak masuk final kan.. Nak sokong penyu, tapi ter"kecik" hati ngan sikap segelintir penyokong fanatik (sape yang berFB tau la) yg bikin provokasi.. yang pastinya ditaja oleh pihak tertentu (politik wehh..tau sangatla U**O... )

Agok2 la weh nak *jeh* pasukan lain pon.. Tak selalunya kita di atas.. Biarlah jadi macam padi, makin berisi makin ia tunduk kan.. Kan dah termenangis.. Haaa...salah sape.. Kalau orang kutuk kena terima lah.. What u give, u get back!! 

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Kes bola je nak gaduh2.. Tapi best jugak jadi musuh tradisi bola sepak ni.. Gergasi pantai timur gitu.. Ehee..takla fanatik sangat pon tengok bola semalam.. Neutral je.. Sebab seme pasukan hebat.. kalo tak, takkan masuk final kan.. ;)

P/s: Moral of the story, jangan terlalu overconfident dengan sesuatu yang belum pasti.. Tetap sayang TRW sampai bile2.. hehe =)

Tuesday, October 18, 2011

Terapi elektrik Alpha One

Assalamulaikum w.b.t....  Selamat petang kawan2 ku sekalian... Ade sape2 yang tengah mengalami sindrom Monday blues dop hari nih?? Hehe.. Soalan cepu emas sungguh.. Jgn stress2.. chill =)

Masih berada di kampung halaman yang indah.. Taknak balik boleh tak?? ahhaha.. Kasihan encik suami keseorangan.. Walaubagaimanapun, dia faham.. Aku balik pun untuk ziarah ayahku yang kurang sihat.. Keadaan beliau ok, he's getting better.. Takde apa2 yang sakit pun.. Cuma ada beberapa tarikh temujanji dengan doktor yang merawat..
 
So, duk kampung lama sket untuk teman my dad.. Tolong2 ceriakan my mom jugak..tak nakla dia pun risau dgn keadaan ayah yang kesihatannya tak menentu..

Okeh, berbalik kepada cerita asal... Hari ni masuk hari ke 2 aku join my parents terapi elektrik kat Alpha One Healthcare centre.. Ada sesiapa pernah pergi tak??? Aku tau pun dari my parents la..  rawatannya free of charge.. 20 minit per sesi iaitu sekali sehari..

Ramai tak?? memang dapat sambutan servis diorang ni *google*

Ni machine terapi elektrik tu *google*

Terapi elektrik ni bagus untuk kesihatan.. Ia dikatakan berkesan untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, senggugut, rabun, masalah haid, gout, rheumatism dll.. Lagi info di SINI

Bagaimana ia berfungsi?

Pengguna boleh duduk atau pun baring di atas pelapik khas berelektrod yang disediakan. Sejurus digunakan, BIOS 9000 akan bertindak merangsang peredaran aliran darah ke seluruh tubuh. Alat ini mengguna pakai aplikasi voltan arus elektrik untuk meransang fungsi pencernaan, menyahtoksik dan membaik pulih sel-sel serta menguatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Ia juga membantu meneutralkan kandungan asid dalam darah ke tahap Ph yang normal agar pesakit kembali sihat. Setiap sesi hanya mengambil masa kira-kira 20 minit dan boleh ditambah mengikut keperluan.

BIOS 9000 mempunyai lima fungsi utama iaitu untuk:

  •     Mengalirkan arus elektrik untuk merangsang peredaran darah
  •     Membersihkan kotoran dalam saluran darah
  •     Menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal
  •     Meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan
  •     Membantu membina sel-sel baru
Sumber: AlphaOne

Kepada mereka yang berkemampuan, bolehlah beli machine terus.. Nak buat terapi lama2 pon boleh.. hehe.. Tapi macam aku, idoklah mampu nak belinya.. RM16k kalo tak sialp.. Dah boleh beli kete sebijik kot.. hahaha.. For those yang titik beratkan soal kesihata, jumplah tu mungkin bukan masalah.. Nak sakit/susah senang aje.. Nak sihat balik tu yang payah kan.. So better beringat sebelum kena =)

Keberkesanannya pon dah terbukti.. Ummi ku kata, ada sorang pakcik tu sulunya tak boleh berjalan.. Kena naik 'wilcha' .. Alhamdulillah, berkat usaha beliau yang rajin datang terapi, sekarang dia dah boleh jalan balik.. Truly amazing.. (aku jumpa ngan pakcik tu masa terapi td)

Heh, dah macam jurujual produk plak aku nih.. ekekkeek.. Tapi memang best terapi nih.. Pekerja kat sana pon memang ramah belaka.. Banyak cawangan Alpha One healthcare ni di seluruh Malaysia.. Kat Melaka ada branch nya kat Masjid Al-Azim.. Bolehla selalu pergi nanti..

Okeh.. sekian dulu.. Kepada sahabat yang berminat atau mengalami masalah kesihatan boleh lah berkunjung ke one stop centre yang terdekat.. Percuma je... dun weri be happy.. hehe..

Wednesday, October 12, 2011

Perlukah begini??

Tak habis2 pasal bola bola bola.. Demam Piala Malaysia katekan.. Iye..aku ambil tahu juga sal bola ni (terpengaruh dengan tok laki ku).. Tapi takdela sampai nak emo, meroyan kat wall fb tu kan..

kes kejar bola sebijik pon nak gaduh

Ye, memanglah kalo boleh kita nak team kesayangan kite menang.. Of coz la aku sokong TRW..heheh.. Dalam waktu yang sama, takleh nak nafikan kekuatan pasukan lawan yang memang terer.. Dah memang corak permainan mereka mantap kan.. kalah menang tu adat pertandingan la..

Memang kecewa, pasukan kesayangan kita kalah.. Tapi takdela sampai nak menyumpah seranah pasukan lawan.. Sukan itu hiburan (bak kata ustaz Azhar Idrus).. Tapi janganla sebab hiburan ni umat islam berbalah kan.. Dengan ayat2 yang tak sedap didengar.. haihhhh...Dunia semata2..

Jangan sebab sekali kalah, kemenangan TRW yang dulu2 tu kita buat tak nampak langsung.. Kena balance la kan.. Bila menang dipuja2.. Tapi bila kalah, dikutuk dikeji.. Apekahh??? Tak profesional langsung mentaliti penyokong sebegini.. Soal ref yang tettttttttt tu aku takmau komen..hahaha..off record.. =P

Bagi aku, Penyu ke, kijang ke, dua2 aku sokong.. boleh tak??? hehe.. Aku sayang ganu jugak, sebab i spent most of my time there.. kire tempatku mengenal erti dewasa la kannnn...ecehhhh.. Mana2 pon aku sokong.. Tapi lebih sket la untuk TRW..ekeke..

Comelnyeeeee =) *google*

Sekian repekan di kala perut berkeroncong minta disuap.. Eh, diisi la kan... Disuap tu mulut..hehe.. Udah2 la tu bergaduh.. Kite yang menyokong ni janganlah emo sangat.. 

Support tetap support.. Go go go TRW (walaupun tak yakin akan kesudahannya).. Penyokong tegarmu ini akan tetap menyokongmu.. GKG.. Ade rezeki, ada lah.. kalau tak menang pon, redha je lah.. Kalau dah memang bukan rezeki  (^_^)

Monday, September 26, 2011

Teringin!!

Walaupun sekarang ni perut masih kenyang (baru lepas breakfast+lunch), tapi tekak teringin nak makan nih... Sedap sengotiiiii...

Pinjam dari SINI

Mane nak cari eh tauhu bakar nih?? Kat Bazaar Ramadhan hari tu selalu la jumpa.. Kalau payah sangat nak cari, buat sendiri la nampak gayanya... =)

Friday, September 16, 2011

Take a nap :)

Sekarang ni on da way pulang ke Kota Bharu.. Bila pilot mula ngantuk, terpaksalah cari port sesuai untuk dia tido.. Hehe.. Singgah sebentar di Masjid Bandar Bentong.. Seram jugak bila takde orang lain kat sini.. Nak lepak lame2 pon tak senang.. Al-maklumlah, sekarang ni macam2 perkara tak diingini berlaku..

Lenanya dia tido, same mcm flintsone nih.hehe *google*

Sementara encik pilot tido, co-pilot yang taktau memandu ni amik kesempatan la online jap *Ade lesen, tapi penakut yg amat nak bawak kete*.. Taktau nak buat ape dah kan.. Kasi can la dia tido barang 1/2 jam.. Biar cukup rehat.. Biar lambat asal selamat.. ye tak?? hehe.. 

Dah kedengaran laungan MERDEKA kat sini.. Bukan sambutan pon, cuma ade sorang dua anak2 muda yang tengah excited nak sambut merdeka.. Hmm, merdeka la sangat.. pastu korang gi merempit sane sini.. Bijok sungguh..heheh..

Aku ni takla patriotik sangat, tapi masih ada la semangat kemerdekaan dan keamanan tu.. Alhamdulillah kita masih bernafas di bumi Allah ni dalam situasi aman dan makmur..

Bagi aku, semua tu anugerah dari Allah swt.. Kalo Dia nak kasi tak aman, anytime je.. Jika Allah swt berfirman 'kun fayakun' maka jadilah ia seperti mana kehendakNya.. Kuasa yang takde pada orang lain mahupun PARTI-PARTI politik di Malaysia ini.. hehe.. baik punya kiasan =P

Ihsan Google

Selamat menyambut Kemerdekaan ke 54 dan Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia.. Untuk encik suami, sekali lagi syg ucapkan Happy Anniversary.. Tido la puas2 ye.. nanti kite sambung perjalanan ke kampung halaman tercinta =)

Friday, August 26, 2011

Punah harapan

Berlintas langsung dari Kedai mamak Nasi Kandar Pinang Besar Melaka.. Hehe.. Kes broadband yang masih belum berbayar.. Malas aih nak bayor.. nak setel seme untuk raya dulu.. Huhu.. Esok lusa la baru bayar.. Bila la encik Celcom ni nak bagi service free... Untuk sebulan pon ok dah.. hikhi.. banyak cantik.. nak masuk toilet pon kena bayar.. de hati nak pree.. ngeh3

Google

Oh ye, nak citer hari ni gigih buat Apam dot2.. Tapi bukan jadi dot.. Kedot2 ade la.. Wakakaka.. Gambar tak di tempek kat sini kerana rupanya yang huduh itu.. Walaupun encik suami pujuk kate kiut, takkan ku termakan dengan kata2 manismu itu..haha..

Nak buat apam dot2 ni memang memerlukan mixer ye kawan2.. Bukan tak boleh main putar je ngan tangan.. memang boleh, tapi tahap kesabaran kena tinggi la kan.. 30minit memang untuk kasi kembang bahan A.. Bahan B kena tambah lagi 30 minit.. Aiyohhh.. rase dah naik muscle lengan aku ni.. Hehee.. gara2 mixer tak berfungsi.. dan2 je nak rosak.. dah la baru beli.. Terus semangat yang berkobar hilang lenyap begitu saje..

Rupa apam tu tak berapa nak cantik.. Warna dah ok.. rasa pon dah cun.. Kan best kalo dapat apam dot2 yang comel cenggini.. Hurmm..silap aku jugak, lupa balut tudung pengukus tu ngan kain.. maunya tak huduh rupa apam nih..ahaks! Nak buat cemana kan, terlupa la plak =P

Entah sape punya apam dot2 ni.. Pinjam dari Google =)

Takpe2, practice make perfect.. Nanti nak buat lagi.. best time guna piping tu.. Kejap tadi baru pergi tukar mixer.. Lagi 3 minggu baru dapat yang baru.. Ni la akibatnya bila beli barangan elektrik murah.. Ade aje problemnya.. Nampak gayanya kena cancel la nak buat kek lapis untuk raya.. Takde mixer, semua semangat sudah hilang.. Buat aje kek batik.. Kek paling senang di dunia.. hehe..

Minggu depan dah nak raya.. Lusa balik kampung.. yiehaaaaa.. balik kampung...ho ho ho balik kampung...lalalaala... *Mode teruja ;)*

Friday, August 19, 2011

Halal ke haram nih??

Tak habis2 isu kehadiran produk2 yang tak berstatus haram kat Malaysia ni.. tak tahu nak kate ape dah... Rasanya banyak makanan zaman sekarang ni dah diragui statusnya.. Apepon tak selamat.. Antara yang pernah aku termakan (minum sebenarnya) ialah kopi railway Kluang.. Kecoh sal berita kopi ni tak halal.. Entahlah.. Ade yang nafi.. Hok mane satu betul pon xtau.. kalo betul2 tak halal,dah termakan bahan yang tak halal la aku nih?? euwwww... *muntah hijau*

Yang terkini isu pengharaman mentega Golden Churn kat pasaran malaysia.. Dah disahkan JAKIM bahawa butter ni ade DNA oink oink..hehe.. Dah masuk suratkhabar pon kan.. 

Produk2 yang ada unsur2 babi

Barita selanjutnya boleh dibaca di sini *link*

Berita Harian

Tapi semalam terkedu sekejap.. Tengah jalan2 kat Jaya Jusco, tibe2 ternampak cantik punya susunan butter Golden Churn ni.. Bajet kreatif buat promosi la tu kan..Elok2 je sebelah mentega Buttercup dan Farmcow (yang halal).. Siap ada tampal surat penafian status haram kat situ.. Sejak bila plak jadik halal balik ni?? rasanya dalam paper takde kuar pulak berita sal pengesahan halal ni..

Ni mesti kes nak tipu pengguna.. Jijik aku weh.. Encik suami siap geleng2 kepala lagi bila nengoknya.. Kepada pihak pengusaha hypermarket ni, tolonglah peka akan hak pengguna.. kalau dah kompem haram tu kan, silalah asingkan kedudukan butter oink oink ni.. Kesian kat pengguna yang tak tahu tentang isu ni kan..

Raya dah dekat.. pasti ramai yang dah mula buat kek biskut kan.. hopefully takde la yang tersalah beli mentega Golden Churn ni.. tak sanggup aku termakan lagi.. Sob sob sob...

*P/s: Takkan nak samak perut guna clorox kot!! =P

Saturday, August 13, 2011

Nama-nama kuih yang pelik =P

Haha..terbaca kat wall post Facebook seorang teman..Gile kelakar..ekekek..cemane la boleh timbul idea nama-nama kuih ni ye.. Ape pon, memang kreatif..heheh ;)

  • Kuih paling gangster = Lompat Tikam
  • Kuih paling sexy = Puteri Mandi
  • Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
  • Kuih untuk awet muda = Seri Muka
  • Kuih paling alim = Kuih Ketayap
  • Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
  • Kuih dalam zoo = Badak Berendam
  • Kuih yg suka api = Kuih Bakar
  • Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
  • Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu
  • Kuih paling tentera = Kuih Makmur
  • Kuih paling lembap= Kuih Siput
  • Kuih paling ganas=kuih bom
  • kuih atas langit=kuih kapai terbang
  • kuih pandai menari =kuih goyang
 
    Teringat kuih lompat lompat tikam yang aku buat bulan lepas.. Gangster rupanya dia..wakakak.. =P

    Ni pulak kuih bajet kiut..heheehe

     P/s: Sekadar hiburan di petang Ramadhan (^_^)

      Klik-klik

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...