Tuesday, September 9, 2014

Asam Pedas Patin

Assalamualaikum wbt

Sehari satu resipi!! Hoyeah.. Walaupun resipi sama ulang tayang, ku tak kesah. Janji ber'update'. Hikhik. Asam pedas je pun :p

Encik suami suka request asam pedas yang tak pekat, dan tak begitu pedas. Payah juga nak menepati selera beliau. Sebab nama pun asam pedas. Haruslah pedas kan?? Terpaksalah kurangkan cili. Itu yang warna tak begitu menarik. Kalau lebih merah mesti lebih meletopsss giteww. Kihkih. Tapi takkan boleh lawan asam pedas Melaka yang kawww!! Lama tak ke Melaka, rindu aiihhhh kat asam pedas tetel yang marvelous!

Jom layan resipi. Kalau ada yang terkurang harap boleh rekemen resepi yang lagi mantop ye. Bantuan otai-otai sekalian amatlah saya hargai :)

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PATIN

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan patin (sy guna patin hitam je)
  • Beberapa tangkai daun kesum
  • Garam & Gula secukup rasa 
  • Sedikit jus asam jawa
  • Ciliboh/cili giling 3-4 sudu besar (sila tambah jika nak lebih pedas)
  • Air secukupnya.
  • Bahan Tumis
  • 3 ulas bwg merah-kisar
  • 1 labu bawang besar-kisar
  • 1 inci halia-kisar 
  • 2 biji tomato-kisar
  • 1 inci lengkuas-kisar
  • 1 batang serai-titik 
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Bendi secukupnya

Cara-cara 
  • Bersihkan ikan patin. Potong kpd beberapa bahagian.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumis  (bahan kisar, serai, lada hitam, lengkuas,dll)
  • Apabila bahan yang ditumis tadi naik baunya, masukkan ciliboh/cili giling. Tumis lagi sampai pecah minyak. 
  • Then, masukkan air. Bila menggelegak, masukkan ikan tadi. Masukkan juga jus asam jawa, gula garam dan daun kesum.
  • Biarkan menggelegak selama 15-20 minit atau sehingga rasa kuah sebati dan pekat.
  • Masukkan bendi. Jangan terlalu lama agar bendi tak overcooked (pilih bendi muda ye)

Ada juga resipi yang gunakan jintan putih dan jintan manis. Macam menarik je. Boleh cuba di lain hari. Encik suami pun dan ada hobi baru, memancing. Kalau dapat ikan ku asam pedaskan kamu. Hehehe.

Ok, hingga jumpa lagi. Babai :)

RYNAHAKIMI

7 comments:

Zai Zamree said...

sedapnya tgk.sy suka asam pedas yg di tumis.klau kt Utara jenis asam pedas rebus

RynaHakimi said...

Asam pedas rebus lebih menyihatkan sebab tak guna minyak.. hihi. Tapi kalau tumis aroma tu yang buat kuah tu lebih sedap.. nyum3...akak pun suka asam pedas melaka style ni..hehehe :)

CD said...

asam pedas tu dah cun... tapi saya tak reti makan ikan patin.. hukhuk..

RynaHakimi said...

@Zizie Zack

Akak dulu tak reti jugak.. Tapi sebab nampak ikan ni mcm menarik, cubalah jugak makan. Sedap kalau dimasak asam pedas atau masak tempoyak.hihi :)

AtieYusof said...

wahhh sedapnya asam pedas... last makan masa balik Melaka hr tu.. nyum! terliur..hehe

Ibu Fahim said...

Allah...sedapnya nampak...;-)

anmashealthcare said...

sedapnya...:D

::anmashealthcare.blogspot.com ::

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...