Sunday, August 17, 2014

Semperit ni buat ke beli?

Assalamualaikum wbt

Salam hujung minggu sahabat semua!!! Uolsss perasan tak, sehari dua ni kalut ribut sungguh tentang Shaklee support Israel. Haiyooo.. Islam yang terlebih islam. Semua benda nak diboikotnya. Siapa yang follow FB saya tahulah apa hujah kukuh yang dikemukakan. Saya pun dah malas nak ulang banyak kali. Boikot, tapi share fitnah pun di FB. FB kan Mark Zuckerberg punya. Yahudi gak kan? Jelas-jelas support Israel. Takde pula nak diboikot. Melayu yang takde kerja nak buat isu. Boikot, tapi akaii takdak. Pathetic!!

Haipp.. Emo pulak daku. Hihi.. Ok, lupakan anasir2 negatif ni. Tak syok hidup dalam emosi. Terima dugaan dengan lapang dada. Allah lebih tahu kan. Senyum ajeeee. Hihi..

Berbalik kepada cerita raya. Hari sebelum raya daku bawa balik 6 jenis kuih raya. Salah satunya semperit mudah ni. Tapi kerana rupanya yang agak comey dan kiut itu menimbulkan keraguan di hati ibuku. "Betul ko na buat semperit ni? macam beli je.." Kihkih... Nampak gayanya usahaku menyemperit sukses la kan. Semuanya gara-gara resipi Kak Ita Masam-Masam Manis. Resepi beliau tak pernah mengecewakan :)

Ada rupa macam semperit kedai tak?? hikhik

Meh saya kongsi resepi yang sedap ini. Rasanya memang menyelerakan. Lagi sedap dari yang dijual kot. Sebab bila buat sendiri, kita takkan kurangkan sukatan bahan-bahan. So, kesedapan tahap maksimum la kan. hihi

Kalau soal rupa, sebenarnya skill menyemperitku masih ketinggalan jauh. Masih herot berot. Saiz pun tak sama, ada kecil, ada besar. Hmm. Layan aje la. Janji rasa sodappp! Minta izin ye Kak Ita kopipes resipi di sini. Semoga murah rezeki akak, sahabat blogger tak pernah lokek kongsi ilmu masakan ;)

BISKUT SEMPERIT

Bahan-bahan
  • 250 gm butter
  • 150 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm tepung red rose (Saya guna tepung superfine)
  • 150 gm tepung kastard
  • 30 gm tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • manik gula sebagai hiasan
Cara-cara:

1. Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan
2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
4. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari
5. Panaskan oven pada suhu 170C
6. Sediakan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter
7. Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
8. Buat dalam 2.5 cm panjang
9. Hiaskan dengan manik gula

10. Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
11. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Senang kan? Sebenarnya saya cuba resepi yang mudah dan tak renyah untuk dibuat. Maklumlah, ada si kecik. Masa kita nak uli tepung tu mulalah dia datang mengendeng. Kejap nak minta tepuk, ajak main, dll. Saborrr je la. Nasiblah encik kimiey sudi membantu. Saya ni kalau suami tak tolong pun takpe, janji tolong tengokkan si anak. Alhamdulillah, sepakat membawa berkat. Aicehhhh.. Macam motto JKKKK pulak. Kihkih

Ok, hingga ketemu lagi ye uolss. Kalau rajin, kutempek resepi lagi. Daaa :)

RYNAHAKIMI

3 comments:

fifie feyca said...

cantik n nampak sedap sgt.. dah habis puasa 6.. owwwwh nk biskut raya....

RynaHakimi said...

@Fifie feyca

Wahhh..bagusnya dah habis puasa 6. Akak lagi 3 hari. Esok sambung puasa, in shaa Allah :)

fifie feyca said...

alhamdulillah... heheh!!
chayok2!! amin insyaAllah... akak pn da xlme dah tu nk raya... fighting.. hehe!! :)

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...