Sunday, October 6, 2013

Soal rezeki

Assalamualaikum wbt

Hari ni perkataan rezeki bermain-main di kotak fikiran
Sejak dari pagi, sambil duk goreng mee asyik terfikir konsep rezeki
Ya, konsep rezeki itu luas
Bukan sekadar dari segi wang ringgit dan harta benda

Satu perkongsian daripada Ustaz Don Daniyal
Rezeki hadir dalam pelbagai bentuk
Ada yang kaya raya, harta melimpah ruah
Ada yang berkereta besar
Ada yang mewah melancong ke mana-mana mereka suka
Ada yang kerap bertukar-tukar handbag mewah (jeles mak nokks..hehe)

Ihsan: Google

Kata ustaz lagi,
Harta bukan hanya boleh dilihat secara fizikal
Ada yang punya anak soleh yang mendoakan ibu-bapa setiap kali usai solatnya
Ada yang punya suami penyayang yang sentiasa memahami isterinya
Sentiasa beralah dan memelihara keharmonian rumah-tangga
Ada yang punya isteri yang bijak menjaga maruah suami dan keluarga
Ada yang tak punya harta tapi bahagia; cukup seadanya
Semua itupun nikmat Allah
Syukur walaupun di kala sempit

Ada yang kata 'susah' pun rezeki juga
Rezeki yang datang bersama hikmah pada akhirnya
Sungguh ku akui
Rezeki ada di mana-mana
Tak kaya tak apa
Kerana ku sudah punya segala
Suami dan zuriat yang sentiasa menyenangkan jiwa
Alhamdulillah, Allahuakhbar

P/s: Belajarlah bersyukur dan mengahargai apa yang ada di sekelilingmu.

RynaHakimi

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...