Wednesday, August 10, 2011

Penyet memenyet

Today's mission done.. Walopun macam ade yang tak kena je ngan hidangan ni, kire ok la..  Rase la macam nasi ayam penyet tu.. Nasi dah la terlebih air.. Adeh, cemane leh terlupa brape pot beras yang buh dalam periuk tu.. ter amnesia plak dah.. Nasib baik tak jadi bubur nasi ayam penyet..haha

Untuk resepi, aku refer kat tenet. Dah lame aku simpan resepi nih..nak buat malas, sebab renyah sket kaedahnya..Tapi sumbernya aku tak save plak..salin resepi je (kopipes..heheh). Ade la olah sikit2, tang sambal tu memang aku tak ikut betul2.. Aku buat untuk 1/2 ekor ayam je.. So, kena kurangkan apa yang patut.. Kepada pemilik resepi ni, tq for sharing =)

RESEPI NASI AYAM PENYET

Bahan-bahan ( 3 orang )

Untuk Ayam
  • 1/2 ekor ayam – potong saiz sederhana, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan masak nasi)
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 
Untuk Sambal

  • Sedikit minyak masak
  • 5 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 5 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 2 biji Tomato, potong 4
  • 2 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-lebih pon takpe
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam
  • Air rebusan ayam secukupnya
Cara-cara 

Untuk Ayam Penyet
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-lagi lama lagi sedap
  3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing
 Untuk Sambal
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. 

Untuk Sup

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
  2. Tambah sup bunjut atau rempah sup
  3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Nasi
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa. Bila nasi kering, masukkan sedikit bawang goreng dan kacau rata.. Biarkan nasi masak seperti biasa.
Kepada yang belum cuba resepi ni, sila la try ye.. Sedap ke tak tu belakang kire.. Yang penting, puas hati dapat masak sendiri, ye dop?? hehe.. Selamat berbuka puasa semua =)

4 comments:

Miss Sunshine said...

Ryna, pandainya masak nasi ayam penyet... kita pandai makan je.. ^_^

RynaHakimi said...

@MissSunshine
1st trial ni hana..nak buat sealu memang malas..sebab banyak songeh..heheh :)

nur easy said...

rajin dia memenyet ni..hehe. berbaloi2

RynaHakimi said...

@nur easy
penyet..jgn tak oenyet..hehehe =)

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...