Isk..sedihnya mengenangkan nasib anak kucing yang mati akibat dicampak dari tingkat 5 bangunan..hiba rasa hati..Anak kucing tu weh, bukan mak atau bapak kucing..
Sangat2 comel =) -sekadar hiasan |
Kisah ini berlaku di hostel pelajar perempuan, tempat suami aku keje..Sebab my hubby in charge student affairs, jadi seme kejadian yang terjadi kat asrama memang dia kena amik tau la kan..
Hal ni terjadi minggu lepas..Pergaduhan antara 2 pelajar Melayu dan 3 pelajar India (yang memang ketua gengster among girls)..
Aku ingat apela isu yang besar sangat sampai budak India tu nak kena buang asrama (lepas perbicaraan majis jemaah disiplin la kan)..hubby ku citer, katanya budak india tu campak anak kucing yang dibela oleh pelajar melayu tu..
Ye, kucing tu memang kucing terbiar je..tapi kenala hargai usaha pelajar tu bela, jaga dan beri makan kpdnya..Tak semua orang punya sifat belas kasihan pd haiwan macam tu..Haiwan pun perlukan kasih sayang..
Eii..budak yang campak kucing tu memang takde hati perut..tak tengok kot slot Bersamamu kat TV3 yang wat dokumentari sal kucing yang bergelandangan..Kesian diorang, nak jugak tempat berteduh..hadir mereka di dunia ni bukan untu disepak2 atau pun dicampak sesuka hati..
pic from Google |
Ape perasaan korang bila kucing yang korang bela kena campak macam tu??? Boleh imagine tak keadaan kucing tu saat dia menemui ajal?? tak ke mengamuk..kalo aku pun memang hangin la kan..Dengarnya berlaku pergaduhan yang agak teruk jugakla..My hubby kate, hal ni kena setel cepat2 sebab nak elak isu perkauman berlaku kat asrama tu..bahaya isu racist nih..
Dan sebagai hukuman, ketua gengster yang non muslim tu dibuang asrama. Semalam mereka diberi surat dan diberi tempoh hingga isnin ni untuk kosongkan bilik. padan muka.. sape suh kejam sangat..walaupon anak kucing, dia pun punya hak nak hidup di dunia nih..Mongokkkss!!
Hmm, kang tak pepasal aku dah ter'emo' di hari sabtu ni..Aku memang pencinta haiwan..semoga nasib haiwan2 terbuang ni terbela..Hope lepas ni lebih ramai manusia yang punya belas kasihan dan peri kemanusiaan terhadap makhluk Allah yang comel tu (^_^)
*P/s: Perasan tak entry aku banyak sal haiwan plak..Entah kenapa rase tersentuh dengan nasib kucing2 terbiar ni..
No comments:
Post a Comment