Thursday, March 10, 2011

Kuey Tiow Kungfu Panda

Ehee..resepi kali ni tidak melibatkan penggunaan panda sama sekali. Saje bikin gempak.haha..Nak keluar makan malas pulak. My hubby ada beli kuey teow. Mood tengah rajin, so termasakla kuey teow kungfu nih. Khas untuk encik suami terchenta..

Nape ek nama dia sedemikian rupe?? Ada sape2 tau tak sejarah disebalik nama kungfu nih?? Huhu....takpela, tak penting pon. Dah habis makan dah pon..ngeh3..Ni lah dia hasilnya..tadaaaa!!!! tak nampak pun kuey tiownya. Saja buat kuah banjir..huhu

Teruja plak masak resepi ni tadi..sebab kuey teow nya kena goreng macam buat telur dadar tu. Resepi asal amik dari cik hanis dari Myresepi.com. Kalau nak tengok cara buat step by step, sila la ke sini. Tapi aku menderhaka jugak..Yela, banyak bahan yang takde. So guna jela apa yang ada..Yang kat bawah ni my style nye resepi . Ehe..

Resepi Kuey Teow Kungfu

Bahan2

  • 1 biji telur ayam gred A  (Aku letak sebiji je. Kalau telur kecik, blehla guna 2 biji)
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit kuey tiow (sorang makan)
  • Fishcake-potong nipis
  • Udang-tak letak sebab takde
  • Sotong 3 ekor-potong bulat
  • Lobak merah-potong panjang
  • Sayur sawi-potong pendek
  • Putik jagung-potong serong (tak letak sebab takde)
  • 3 biji cilipadi-ketuk
  • Bawang putih 3 ulas-ketuk
  • Sedikit sos ikan
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu tepung jagung (bancuh dgn air)
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara2

  1. Pukul telur dengan lada sulah. Kemudian, masukkan kuey tiow yang telah dibersihkan. Gaul rata dan goreng dalam kuali dengan sedikit minyak (mcm buat telur dadar)
  2. Masak hingga kedua2 bahagian garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang putih yang diketuk hingga garing. Masukkan fishcake, udang, sotong,dll.
  4. Bila dah masak, masukkan sos tiram, sos ikan, garam dan perasa (optional).
  5. Kacau sebati, masukkan sayur, lada dan kacau lagi. Last sekali, masukkan bancuhan tepung tadi. Bila kuah dah pekat, matikan api. Dah siap

Senang je kan?? Cuma kalau guna resepi asal, banyak sangat guna telur. So aku kurangkan la guna sebijik je. Terpulanglah atas selera masing2 ye. Selamat mencuba (^_^)

4 comments:

Nurfazilah Cipa said...

kungfu panda?nyum2..:)

Wan Ryna said...

penah makan panda ek??hehe

Wahida Nasution Thakhrim said...

tgk makanan pun dah rasa happy.. tu belum rasa lagi.. mesti sedap!!

Wan Ryna said...

@wahida
kadang2 hias je lebih..hehe..sedap sgt tu takla..tapi bolehla diterima oleh tekak kami ber2 nih..huhu

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...