Sedap tuu!! Ade ke yang tak makan labu ni??tambah lagi kalau masak lemak. Memang sodap la. Kat Melaka ni jgn harapla nak jumpa sayur lemak ni. Kat kampung2 ade la kot. Tapi tak bolehla makan selalu, lemak tu. Ngeee.. Rindu nak makan labu sira. nak buat tak pandai. Kena org2 tua yang buatkan. baru menjadik. My mak sedara buat tengok simple je. Tapi bile cuba buat jadi lembik. Apakah?? Huhu. Kena berguru lagi nih.
Ni rupa labu yang beli kat kedai apek malam semalam. Mahal tu, cinonet macam ni pun RM2. Tapi sebab teringin punye pasal, beli jela. Kat Kelate kalau saiz besar ni 3 biji baru RM1. Serius tak tipu. Cekik darahla apek ni. Import kot, tu jadi mahal. Huhu..bersangka baik la kan.
Nak masaknya memang senang sangat2. Bergantung pada tahap kerajinan sesorang je. Kena ikut mood jugak. Hehe. Kali ni malas sikit, tak guna ikan rebus. Guna udang kering je, senang pun senang. Ada yang guna ikan bilis tumbuk, pun sedap jugak. Kalau time takde ikan segar memang selalu guna ikan bilis je.
Amacam, sedap tak?? Hehe..ni pun sebenarnya tak makan lagi. tengah menunggu en.suami. Tak sabar nak mamam (^_^). Jom semak resepinya~
Bahan-bahan
- 1/2 biji labu - dikupas kulitnya dan potong kecil2
- 1/2 biji bawang besar - tumbuk
- 5 biji lada hitam-tumbuk
- 1 biji cili merah - potong serong
- 2 sudu besar udang kering (guna isi ikan rebus pun boleh)
- Sayur sawi/bayam (guna pucuk labu or cekur manis lagi best)
- 1 labu bawang besar-potong wedges
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)
Cara-cara
- Letakkan labu yg telah dipotong dgn bawang merah+lada hitam tumbuk, cili dan udang kering ke dalam periuk.
- Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api.
- Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dgn garfu).
- Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak.
- Akhir sekali, masukkan sawi atau bayam dan bawang besar. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.
*p/s: makan dgn nasi panas2..sedapnya..Yang atas ni menu hari ni. ikan goreng ngn kentang masak sambal. Untuk sambal kentang+ikan bilis ni, semak resepi kat sini ye. Kecur air liur den! cepatlah encik suami pulang. Kelaparan nii..
No comments:
Post a Comment