Kenapa sy suka masak? sebab sy tak suka banyak barang sepah2 dalam peti ais. Lagi satu, tak payah nak keluar pagi2 pegi beli makanan. Selalu beli yang tak sedap, then sy pun membebel sebab makanan tu tak sedap. Dah tau cerewet tu masak sendiri la kan. Huhu. Selalu terbeli karipap lemau, tu yang jadi fobia. Mintak karipap sardin, dia bagi karipap kentang. Nak komplen pon dah masuk dalam perut. Pastu takkan semata2 nak komplen kena pegi lagi kat gerai tu. heheh..Kesimpulannya, masakla sendiri kalau nak sedap. Tak sedap pun kena makan jugak sebab takde org lain dah nak makan masakan tu. Kecuali dengan memaksa encik suami makan sampai habis. Ngeh3..
Semalam memang menyampah tengok dalam peti ais. Banyak sangat ulam ngan sayur2 yang tak dimasak. Fikir menu yang senang, pastu boleh habiskan sayur2 tu. Nasi goreng kerabu la jawapannya. Ingat nak masak nasi kerabu untuk lunch. Tapi tak jadi sebab decide nak keluar jalan2. nama pun hujung minggu kan. So, masak pagi je la. Simple je menu ni. As usual,campak2 je. Hehe...(^_^)
Bahan-bahan
- Nasi-2 cawan
- Ikan bilis goreng 1 genggam (tumbuk halus)
- Ikan rebus 2 ekor (ambil isi)
- Carrot-potong kecil
- Taugeh 1genggam
- Ulam raja-hiris halus2
- Daun kesum-hiris halus
- Daun limau purut-hiris halus
- 2 batang serai-hiris halus
- Cilipadi 6 biji-hiris kecil (terpulang pd citarasa)
- Garam, gula
Bahan tumis
- Bawang merah 4 ulas-tumbuk
- Bawang putih 3 ulas-tumbuk
- 1 sudu teh lada hitam-tumbuk
Cara-cara
- Tumis bahan yang ditumbuk lumat tadi hingga garing
- Masukkan isi ikan dan ikan biling goreng yang ditumbuk tadi. kacau seketika.
- Kemudian masukkan ulam2 dan sayur2 yang dihiris tadi. Tambah garam dan sedikit gula (secukup rasa).
- Kacau lagi. Boleh la masukkan nasi. Gaul rata sehingga sayur2 sebati.
- Siap!!
Senangnya resepi campak2 ni. Tak payah nak tunggu lama2 kan. Hehe. Lagi satu sebab kenapa sy masak ialah sy memang kena masak. Kalau tak sape lagi nak masak?? Takkan nak buli my hubby kot. Oh, tidak sama sekali. Never okey..Huhuhu.Yang penting, i like to cook. Tak kisahlah kalo tak sedap pun. (^_^)
No comments:
Post a Comment