Thursday, December 23, 2010

Tentang Seseorang

Almost 2pm. Suami awal-awal lagi pergi kerja lepas lunch tadi. Diri rasa terpanggil untuk menulis di sini. Entahla, teringatkan seseorang yang aku rasa agak mengganggu hidupku. Walhal aku tak ingin pun ambil tahu tentang hidup dia. Jatuh bangun aku, semua kutanggung sendiri. Dan mungkin kini segalanya ku kongsi dengan suamiku.

Manusia ni memang suka sangat jaga tepi kain orang kan? Banyak lagi perkara penting yang "dia" tu perlu ambil tahu. Tak perlu lah nak menunjukkan kepandaian kepadaku. Kerana rasanya diri dan keluarga dia pun bukanlah berjaya mana pun. kita ni sama-sama menumpang di bumi Allah ni. Jika ingin memberi pendapat, mungkin aku boleh terima. Tapi kalau sekadar nak tunjuk riak, kononnya dah berjaya dalam hidup, rasanya dia silap. Kat luar sana lagi ramai hamba Allah yang lebih berjaya, malah lebih bahagia dalam hidup. Jangan terlalu bangga diri. Takut nanti tak ke mana.

Kepada "dia", fokuslah kepada hidup anda. Tak perlulah canang satu dunia tentang "kejayaan" hidup anda yang masih tak seberapa tu. Masih banyak yang perlu kita pelajari. Masih terlalu awal untuk mengaku diri sudah berjaya dalam hidup. Jangan silap langkah dan jangan terlalu memandang rendah akan orang lain. Walaupun niat anda jaga tepi kain orang tu baik, namun tak perlulah kot. Sebab ia mengundang rimas kepada diri kami.

Jika benar ingin melihat kami pun bahagia dan berjaya dalam hidup, doakanlah kami. Rezeki manusia ni berbeza. Tidak perlulah terlalu risau akan kami. Walaubagaimanapun, terima kasih di atas perhatian yang diberikan. Hmm..memangla manusia ni banyak ragamnya. Betullah bak kata kawanku Awe, selagi kita hidup selagi itulah kita akan ditebak dengan 1001 soalan. Takkan ada noktahnya. Yang bertanya tu pula macam mak nenek. Rimas tahu tak. Huhuhu..Okeh, need to stop. Merapu panjang pula (^_^)

1 comment:

antuawe said...

hehehe. ade name sy di stu. i like

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...