Wednesday, December 22, 2010

Hati yang rapuh

Kenapa dengan hati? Kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih. Setiap kali musibah atau dugaan berlaku, ku cuba yakinkan hati akan hikmahnya. Namun, hati ini kadangkala tewas juga. Putus harapan tu perkara biasa. Teringat kata-kata my boss dulu, "Putus harapan tak apa, jangan putus asa". Dalam hatiku terdetik, "Putus asa dengan putus harapan tu tak sama ke??". Hmm, pemahaman setiap orang berbeza. Don't lost hope and faith to Allah.

Memang hati tu rapuh. Kenapa ia mesti sentiasa berbolak balik. Tambah-tambah lagi ia memang merubah mood. Kadang ok, kadang tak ok. Haishhh. Bosan dengan sikap diri sendiri. Cuba berlagak tenang tatkala ujian melanda. Tapi kenapa tenang itu susah untukku kuasai? Yang teramat senang dikuasai adalah sifat amarah. Yang jadi mangsa orang di sekelilingku. Nasib baik mereka sentiasa memahami diri ini. Tapi, amarah bukanlah jalan terbaik selesaikan masalah. Ya, memang senang untuk menyalahkan orang lain atas sesuatu yang berlaku. Padahal seseorang tu langsung tak bersalah. Hmm..Memang tak patut. Bila diri tersedar dari perasaan "putus harapan", barulah terfikir akan kekhilafan dan keburukan diri. Betapa lemahnya diri ini sebagai insan.

Bila iman sedikit teruji, hatiku goyah jua. Namun, berbekalkan sedikit keimanan inilah kubangkit membetulkan khilaf diri ini. Wahai insan-insan yang berada di sekelilingku, terima kasih kerana mengerti diri ini. Maafkanku andai kalian terluka dan hampa.Tanpa kalian, aku tidak kuat untuk menghadapinya. Ya Allah, kau tetapkanlah imanku. Syukurku ke hadratMu kerana memilih diri ini untuk diuji. Ku yakin dengan janji-janjiMu. InsyaAllah..

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...