Saturday, December 11, 2010

Sup Paru for Lunch!!

Alhamdulillah..kekenyangan yang amat. huhu. Baru lepas makan tengahari dengan En.hubby. Kesian dia tak berapa sihat. Nak demam kata nya. Lepas makan, solat, terus suruh dia berehat. Hari Sabtu pun ada aktiviti kat kolej. Hmm, macam mana la tak demam. Hope u'll get well soon..Hari ni masak sup paru as requested by my hubby. Dia suruh buat sedap-sedap macam kat restoran sup utara tu. Haiih..demand pula dia.. Opps, jangan marah ye abang. Biasala, nak isteri dia masak sedap-sedap kan. Masak tak la susah mana. kalau makan kat kedai mahunya RM5 semangkuk. Yang ni buat satu periuk dua kali makan. berbaloi-baloi (^_^). Jom semak resepi!!

Bahan-bahan

  • 300gram paru lembu
  • 2 sudu besar rempah sup adabi (yang serbuk)
  • 1 bunga lawang, 2 biji pelaga, 1 kulit kayu manis, 2 ciji cengkih
  • 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
  • 2 1/2 liter air.
  • 3-4 ulas bawang putih (tumbuk/ketuk) 
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 cm halia (mayang/hiris nipis)
  • 2 cm lengkuas (ketuk)
  • minyak untuk menumis
  • daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili padi -kalo nak pedas :)
  • limau nipis- kalo suka masam2 sket..
  • 2 ketul ubi kentang
Cara-cara
  1. Mula-mula cuci paru tu bersih-bersih. Kemudia rebus hingga empuk. 
  2. Keluarkan paru dan hiris nipis-nipis. Simpan air rebusan untuk kuah sup
  3. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang dan rempah sup adabi. Tumis smpai naik bau. 
  4. Masukkan air rebusan yang disimpan tadi bersama-sama dengan paru yang telah dihiris nipis.
  5. Masukkan juga kiub ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
  6. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
  7. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis. 
Dah siap. Hidangkan dengan nasi panas. Memang menambat selera. Dan ternyata selera suamiku tertambat. Hehe. Nak selit juga la hadiah yang hubby bagi tadi. Hadiah sempena masak untuk dia. Hehe kelakar pula. Sebenarnya souvenir tu dia dapat masa program kat kolej dia tadi. maklumla, VIP jemputan.

Last but not least, thank you abang. Nanti lainkali beri lagi ya. Huhu. Okeh, mahu layan hindustan Anamika. Macam best pula tengok ni. Karang sambung lagi. Bye-bye

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...