Friday, December 10, 2010
Bila diri merasa susah..
Alangkah indahnya hidup ini jika hari-hari kita dilalui dengan penuh rasa bahagia dan tanpa kesusahan. Namun, hidup ini tidak semudah yang disangka. Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang kita di atas, dan kadang-kadang pula di bawah. Inilah yang dinamakan kehidupan. Bukan manusis namanya jika tidak pernah merasa gundah gulana, resah gelisah. Bila hidup ditimpa kesusahan, terasa seperti diri tidak dipedulikan. Malah bertambah teruk jika menyalahkan tuhan atas apa yang berlaku.
Tanpa kita sedari, dugaan dan kesusahan itu adalah tarbiyah untuk kita. Pengajaran yang tidak terhitung nilainya. Melalui kesusahan inilah kita mencari kelemahan dan kesilapan diri, serta memperbetulkan kekurangan yang ada. Bila kita berfikir untuk mencari jalan menyelesaikan masalah, secara tak langsung kita melatih otak kita untuk berkerja, di samping mencari jalan keluar untuk setiap permasalahan tersebut. Bila dilanda masalah, pastinya hati kita lebih dekat kepada tuhan. Tidak kiralah apa jenis bangsa dan agama sekalipun, pasti kita akan kembali untuk mengadu kepada yang maha esa.
Sebagai seorang islam, saat inilah kita memohon pertolongan dari Allah s.w.t. Memohon petunjuk dan pedoman semoga dipermudahkan jalan kehidupan yang penuh pancaroba. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan mengerti kesusahan yang kita alami. Syukurlah kerana diri kita terpilih untuk menerima ujian dari Allah, kerana sesungguhnya Allah itu amat menyayangi hamba-hambaNya. Dia ingin kita kembali kepadaNya dan merubah diri supaya menjadi hambaNya yang lebih baik. Juga, kita akan berusaha sedaya upaya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama agar masalah tersebut tidak berlaku lagi. Begitu besarnya keesaan Allah swt dalam mentarbiyah kita sebagai makhluk ciptaannya. Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Kesusahan juga melatih diri kita untuk menjadi lebih positif dan yakin akan kebolehan diri mengatasi masalah tersebut. Walaupun jalan keluarnya mungkin sukar untuk ditemui, kita akan terus berusaha untuk berfikir dan melatih diri kita untuk lebih kreatif dalam menemui jalan penyelesaian. Kesusahan juga membuatkan kita lebih berani berhadapan dengan realiti kehidupan. Melalui proses tarbiyah ini, secara tak langsung kita dapat mendekatkan diri kepada golongan yang boleh membantu seperti para ustaz, sahabat-sahabat dan juga keluarga. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Banyak lagi hikmah yang terkandung disebalik kesusahan. Cuma buka mata dan lapangkan dada untuk merenung kebaikan yang terkandung. Anggaplah kesusahan itu sekadar berundur seketika dari medan perang. Bukan mengaku kalah tetapi untuk membuat persiapan sewajarnya sebelum bangkit semula.Wallahua'lam.
Labels:
MUHASABAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment