Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram

Suka sangat nyanyi lagu ni, teringat zaman persekolahan dulu2. Setiap kali tiba tahun baru Hijrah, mesti ada pesembahan di sekolah. Paling tidak pun pertunjukan nasyid oleh setiap kelas. Rindu pula rasa.huhu.. Cepat sungguh masa berlalu, dah pun melangkah ke tahun baru. Lebih kurang 20++ hari lagi, masuk tahun 2011 pula. Pejam celik pejam celik, makin tua dah diri ini rupanya..ehe.. Namun, sejauh mana kita mengerti maksud hijrah itu sendiri. Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang ertinya "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Menurut syariat, HIJRAH itu mempunyai 3 maksud:

1. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:

"Orang2 yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yg Allah telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)
2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang2 musyrik atau orang2 kafir yang menfitnahkan orang2 Islam atau mempersendakan agama Islam.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140) 
3. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang2 kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang2 muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yg terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat2 ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.
Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah dari meninggalkan perbuatan terlarang ke perbuatan yang baik dan ini juga merupakan satu jihad yang amat besar di sisi Allah seperti Hadis Rasulullah saw : " Jihad yang paling besar adalah jihad melawan NAFSU"
Daripada pengertian di atas, jihad melawan hawa nafsu adalah yang paling penting. Kita sebagai manusia ni memang tak lepas daripada mengikut hawa nafsu. Terutamanya kaum wanita yang punya 9 nafsu ni. Setiap tahun, aku akan berazam untuk merubah diri ke arah yang lebih baik. Namun,tanpa kesungguhan dan usaha azam itu tak ke mana. Untuk tahun ni, aku berazam untuk menghijrahkan diri ke arah yang lebih positif, untuk keluarga dan untuk diriku sendiri. Jika aku perlu berkorban, aku akan lakukan demi menjaga keharmonian rumah tangga dan berusaha menjadi isteri yang solehah insyaAllah. Jika aku perlu memilih di antara kehendak diri dan kepentingan keluargaku, maka aku akan pilih yang terbaik; iaitu MY FAMILY.. Allah swt merancanakan yang terbaik untuk hamba2-Nya. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Aku percaya suatu kegagalan itu adalah permulaan sebuah kejayaan. Yang penting restu keluarga, terutamanya suamiku yang tercinta. Di samping iringan doa yang tidak putus2. Jika diizinkan Allah, kejayaan akan menjadi milik kita. Aku berharap tahun baru ini akan membawa seribu erti buat diriku, keluargaku dan perkahwinanku. Ku mulai langkah hijrah ini dengan Bismillahirrahmanirrahim..........

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...