I'm here again. Huhu. Petang ni hubby nak makan sesuatu yang lain daripada biasa. Tadi gtau dia nak buat cekodok je. Dia kata bosan sudah makan cekodok. Hukhuk, sampai hati abang bosan ngan cekodok buatan dinda. Eheee..So, fikir la apa yang boleh dibuat untuk menu petang. Tengok dalam kabinet ada tepung beras pulut. Timbul idea nak buat butir nangka ni. Kalau kat Kelate ni memang femes la. Tambah2 lagi kalau bulan puasa. Kecur air liur tau.
Cuba teka kenapa warna butir nangka tu belang2?? Jawapannya ialah sebab sy malas. Haha.. Warna dah cantik, tapi silapnya tak bancuh dulu pewarna dgn air. Nak cepat sangat sampai skip step wajib tuh. Takpela, kasi corak batik sikit. Cover2..heheh.. Abang jgn komplen ye, makan je tau. Sedap tak sedap telan jela ek.
Cara2 nak buat kuih ni senang je, sama step dgn nak buat onde2 a.k.a buah melaka. Jom semak resepinya:
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 2 cawan tepung beras pulut
- 2/3 cawan air + pewarna hijau,kuning,merah
- 1 tin santan
- gula melaka 1-2 keping (secukup rasa)
- sedikit garam
- 1 sudu teh halba (tak letak pun)
- 2 helai daun pandan(carik-carikkan)
Cara-cara
- Bancuh tepung dengan air dan pewarna. Jadikan doh macam buat kuih ondeh2
- Panas kan air dalam periuk sampai mendidih
- Bentukkan bulat panjang seperti butir nangka (refer gambar di atas)
- Kemudian, campurkan semua bahan untuk kuah. Masak sampai mendidih.
- Bolehlah dihidangkan. Enak dimakan sejuk (^_^)
Cuba, jangan tak cuba ye. Tapi jgn malas nak bancuh pewarna mcm sy plak. Hehe..
1 comment:
erm lamo doh xmkn..teringin nye...hehehe
Post a Comment