Huwaa..semalam tak boleh tido kes terlebih minum neskepi..mata pon dah macam mato panda. Ehehehe. Dah lame tak buat hal pekena nescafe ais tgh2 malam. Dulu time study memang selalu minum sebab nak stay up. Tapi tak de la stay up pon sebab mata tetap ngantuk. Dah imun agaknya. Huhu.
Ngantuk2 pun, masak tetap masak ye. Hubby nak balik mkn tengahari. Hari ni buat kari ayam je. Biasa buh kentang, tapi takde dalam stok. Buat la se'cincai' mungkin. Asal bau dah macam kari tu, kira ok la. Ehe. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan (3 org makan)
- 500gram ayam (potong kecil)
- 1 paket rempah kari Babas-bancuh
- 2 inci kulit kayu manis
- 3 bunga lawang
- 2 biji pelaga
- 3 bunga cengkih
- 4 ulas bawang merah-mayang
- 3 ulas bawang putih-mayang
- 2 inci Halia-mayang
- Cili boh-2 s/b
- Bawang besar 1 labu -potong kasar/wedges
- Lada merah 1 biji. potong panjang
- Ubi kentang 3 biji -(tak letak pon)
- 3/4 kotak santan
- Air secukupnya
- Gula melaka 1 keping/kerek
- Garam
- 1 s/b kerisik
Cara-cara
- Mula2 tumis bahan2 yang dimayang (bwg merah, bwg putih, halia) dan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga). Tumis hingga garing dan naik bau
- Bila dah garing, masukkan ciliboh. Tumis lagi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari Babas. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan sedikit air. Kacau supaya ayam masak rata.
- Kemudian, masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan juga kentang, bawang besar, lada merah, garam, kerisik dan gula melaka.
- Masak sehingga ayam betul2 masak dan kentang empuk. Rasakan kuahnya
- Siap!!
p/s: Suka guna rempah Babas sebab tak melekat kat periuk masa tumis. Rempah Adabi selalunya melekat. Kat Kelate selalu guna rempah cap Orang terbang ngan rempah orang Memasak. Buatan org Kelate la, so tak ada kat Melaka ni. Rasa rempah yang tu lagi power. Kalau buh daun kari lagi sedap. Rasa macam kari mamak pun ade. My mom biasanya guna rempah2 tu untuk masakan gulai ayam kedai makannya. Tapi skang dah bagi sewa kat orang lain pula usahakan kedai. Rindunya masakan ibuku. Huhu (^_^)
No comments:
Post a Comment