Tuesday, July 13, 2010

Kerja oh kerja

Hari ni genap sebulan 3 hari aku menamatkan kursus Biotechnology Enterpreneurship Special Training (BeST) kat Terengganu. 3 bulan classroom modules and 3 months on job training. Aku masih tercari-cari peluang pekerjaan yang terbaik. Sebelum ni bukanlah tak pernah kerja, tapi atas masalah yang tak dapat dielakkan I have to quit that job. Aku takkan pernah menyesal dengan tindakan yang ku lakukan. Adalah hikmahnya kenapa perkara itu terjadi. Sekarang ni, aku fokus mencari kerja walaupun aku tau persaingannya sungguh sengit. Malahan terlalu sengit. Ramai lagi graduan yang lebih baik dariku yang masih menganggur sepertiku.

Walaubagaimanapun, aku bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami. Mereka tetap memberi sokongan dan galakan kepadaku supaya terus berusaha. Malu tu memangla. Mereka mengharapkan yang terbaik untukku. Mungkin rezeki masih belum menyebelahiku. Kini, kegilaanku adalah menghadap laptop untuk cari kerja. Orang kate cari keje secara online ni mudah. Tapi hakikatnya tak semudah yang disangka. Dah berbulan-bulan aku mencuba. Tapi masih juga tak berjaya. Segan rasanya pada teman2 seangkatan yang kebanyakannya dah berjaya dalam hidup. Tapi aku sedar, rezeki kita di tangan Allah. Allah masih belum memperkenankan rezeki untukku. Mungkin aku perlu berusaha lebih gigih lagi. Perlu berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Kita tak tahu apa yang Allah rencanakan untuk kita.

Aku akan tetap menunggu dan berdoa supaya diberikan rezeki olehNya. Fikir banyak pun tak guna jugak. Buat hati jadi runsing je. Aku tetap yakin bahawa ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Mungkin Allah nak aku selalu dekat dengan ibu-bapaku. Yela,mereka pun sudah tua. Nak la ada anak yang jaga, selalu dekat dengan mereka. Tapi sebagai anak nak la membalas jasa mereka, mendidik dan membesarkanku. Apa pun, aku akan tetap optimis bakal ada rezeki yang terbaik untukku. Tingkatkan kesabaran, kuatkan iman. Allah akan tetap bersama dengan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah..Amiiiiinnnnnnn

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...