Monday, April 8, 2013

Projek apam mekar

Assalamualaikum..

Ku gigihkan diri menghapdet belog di hari isnin yang hening ini.. Entah kenapa nak bukak belog sendiri pun malas.. Hehe.. Maklumlah, sibuk ngan hobi baru jadi baby sitter..ekekk

Perkembangan terkini si kecik, dia dah boleh merangkak pada usia 6 1/2 bulan.. Walaupun masih tak laju, tapi dah cukup membuatkan si ibu basah ketiak mengejarnya..Tambah pulak dia pantang tengok wayar, charger laptop semua dia nak gigit..huwaaaa.. lasak sangat ko wahai anak.. Penat umi nak kejar..

Masa masak memang kena letak atas walker.. Kalau biar je depan tv maunya dia gigit extension bawah rak tv tu..cepat je budak ni..Bila kita letak, tengok2 dah duk bawah sofa.. Kuss semangat.. Ingat hilang ke mana dah..hehe

Okehhh..kembali kepada topik asal.. Semalam projek apam mekar setelah di 'request' oleh encik kimiey.. Sebenarnya dia pun taktau dia nak makan kuih apa.. yang dia tau kuih tu apam yang ada kaler. So aku bajet apam mekar la kan..

Tapi bila dah siap, muka dia cam konfius.. Aku cakaplah kat dia "tu la, lainkali kena make sure apa nama kuih yang nak dimakan tu..kang dah salah buat".. huhu..nasib baik dia makan jugak.. kalau tak, sape nak ngabiskan apam2 tu.. derma kat jiran la jawabnya..

Kali ni nak tepek resepi plak. lama tak buat keje tepek menepek ni kat belog.. Lebih banyak cerita sal si kecik berbanding hobi masak2 ku yaang kian melemau (ada ke istilah melemau?? kikiki)..

Kembang mekar setaman..hehe

Resepi Apam Mekar
Sumber: Chef hanieliza
Olahan: Rynahakimi

Bahan2:
1. 250g gula kastor (anggaran 1 cawan)
2. 2 biji telur
3. 1 sudu kecil esen vanila
4. 200ml susu segar (aku guna susu sejat f&n, anggaran 1/2 tin)
5. 300gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
6. 1 sudu kecil ovalette
7. Pewarna ikut suka
8. Acuan kertas

Cara2
1. Panaskan kukusan dan bungkus penutup dengan kain.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu
3. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
4. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu secara berselang seli..Pukul hingga gebu
6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian (ikut suka korang la)..Masukkan pewarna..
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe kan ke dalam cawan kertas yang di alas dengan acuan apam.
8. Kukus selama 10-15minit..

Hmm, why aku pilih resepi chef hanieliza ni instead of resepi lain?? Sebab ni satu2nya resepi yang aku jumpa tak guna ais krim soda sebagai bahan utama.. kata orang nak kasi lembut apam tu. tapi bila tak buh pun tetap lembut dan gebu je apam mekar ni.. So, terpulang pada korang nak pilih kaedah yang macam mana..

So far, tak susah nak buatnya.. Cuma sedikit mencabar bila si kecik nak 'tolong' umi dia kat dapur..hehe.. Nasib baik ada walker.. Penyelamat sang ibu tatkala sibuk di dapur =)

RynaHakimi

4 comments:

Syazana Zainn said...

upload gambar baby hihi

:)

RynaHakimi said...

@syazana

okeh2..nanti akak suh dia posing..heheh

asliner said...

okeh..
nampak sedap.
jeles tau. nasib baik baru lepas makan apam polkadot..hehe

RynaHakimi said...

@asliner
isk..jeles nak makan apam polkadot jugak!!!! sob3x ;p

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...