Monday, May 23, 2011

Nak chantek punya pasal!!

"Beauty lies in the eyes of the beholder".. lain orang lain pandangannya tentang apa itu cantik.. Jika kita rasa diri kita kurang cantik, ingatlah bahawa ciptaan Allah swt tu adalah semulajadi cantik dan sebaik-baik kejadian.. terimalah diri seadanya.. Cantik itu subjektif.. cantik dari segi fizikal je tak guna juga kan, yang penting hati tu yang perlu bersih.. 

Ihsan Google

Tak payahla nak susah2 ubah kejadian yang telah Allah tetapkan.. Contohnya macam yang terjadi pada sorang pemilik butik ni.. Gara2 taksub dengan kecantikan, nak slim melim punya pasal, keadaan bertambah teruk bila beberapa bahagian badannya melecur selepas menjalani rawatan di pusat kecantikan yang femes ames ni.. Sape tak kenal Slimming Sanctuary kan.. Tak pasal2 tubuh badan yang asalnya cantik, sihat-walafiat dah terjejas.. Janganlah mudaratkan diri sendiri semata2 taksub nak cantik kan..

Berita selanjutnya boleh baca kat sini.. Aku bukanlah seorang pengulas yang baik.. Cuma kesian dengan kaum sejenisku.. Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan kecederaan fizikal selepas menjalani rawatan kecantikan.. Yang menyebabkan kematian pun ada.. Korang search sendiri la ye kalau nak tahu..hehe.. 

Ada satu kes tu, hamba Allah ni sangatlah cantik dan lawa.. tak ada cacat cela langsung.. tapi yang peliknya dia tetap nak dapatkan terapi kecantikan (kuruskan badan).. Haihhh..kut ye pun nak tambat hati suami, janganlah sampai menyeksa diri.. Belajarlah bersyukur.. 

Konon nak body meliuk lentuk mcm ni la kan?? takyahla..buat tambah dosa je =P (sumber Google)

Buat sang suami, terimalah diri isteri seadanya.. Kalau isteri tu dah kurang menarik, lemak sana sini, ingatlah bahawa isteri anda tu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak2 kalian.. So, jangan komplen sesedap mulut je ye.. Belajarlah bertimbang rasa dan sentiasalah menyokong isteri-isteri anda (Eh, awat isteri-isteri tu??? hehe)

Dah mula nak merepek dah ni.. Asalnya terbaca isu sal Slimming Sanctuary tu je.. Berjela2 pulak den membebel..Hoho.. So kawan2, kalau nak kurus or cantik, rajin2lah bersenam (heh, aku malas giler bersenam..ekekek).. Tak payahlah buang duit tu.. Sia2 je kalau rawatan tu tak menjadi..Kita juga yang merana.. Adalah baik duit yang lebih tu disimpan untuk perkara yang lebih berfaedah.. Last but not least. "You're beatiful no matter what they said".. Yakinlah pada diri sendiri  (^___^)

*P/s: Aku tak cantik.. Tapi bila 'dia' tak lokek memuji aku cantik, terasa diri seolah2 seorang ratu.. Yup, aku ratu di hati kamu, dan kamu raja dihatiku..Love u my dear husband =)

2 comments:

~SYAZ~ said...

herm tulah orang sekarang,dah terpengaruh dengan banyak faktor seperti iklan2 kat tv,kwn2 dan mcm2 lagi..sampai sanggup buat apa saja utk nampak cantik dan nampak sempurna kat semua orang..walhal tak semua yang mereka buat tu akan memberikan hasil yg positif..

RynaHakimi said...

setuju ngn syaz..nak cantik punya pasal sangup ketepikan risiko2 tu..hope lepas ni takdela kejadian mcm ni lg..sayangilah diri anda..hehe

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...