Rasa macam dah gian pulak nak menepek resepi kat blog nih. Dah jadi hobi utama plak. Huhu. Takpe tepek yang sendiri masak. Jgn kopipes orang punya tanpa kebenaran sudah. Hehehe.
Budak baru nak blaja mcm aku ni masak simple2 yg macam ni bolehla. Kalau dah terer, lame dah bukak restoran. Huhu, salah satu impian aku n hubby pd masa hadapan. Kalau ade rezeki la kan, InsyaAllah.Ni ayam goreng kunyit untuk lunch tadi. Buat sikit je, sebab dah ade gulai daging tu.
Sorry, gamba tak brape lawa..huhu |
Taknak membebel panjang, terus nak letak resepi kat sini. Senang je, rasenya seme orang dah tau masak ayam goreng kunyit nih. Kompem. Huhu
Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
- 3 keping dada ayam di potong kecil
- 2 putik jagung-potong panjang
- 1/2 batang carrot-potong panjang
- 1/2 biji bawang besar-potong wedges/bulat2
- 3 ulas bawang putih di ketuk
- 1 biji lada merah-potong serong
- 2 biji cilipadi-potong kecil2
- 1 s/b tepung ubi/tepung gandum
- 2 sudu makan Sos tiram
- 1 s/k kunyit debu
- 1 s/b kicap manis-tak buh pun takpe
- 1/2 s/k garam & gula
Cara-cara
- Perap ayam dengan kunyit debu, sedikit garam dan tepung ubi.
- Goreng dlm minyak yang banyak hingga garing. Tos dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dalam kuali. Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan sos tiram, kicap, garam dan gula. (kalau taknak masin, tak letak garam pon takpe sebab ayam dah diperap ngn garam tadi)
- Masukkan pula sayur2 dan bawang yg dipotong wedges/bulat. Kacau lagi.
- Akhir sekali, masukkan ayam goreng sekejap dan angkat. Boleh la dihidangkan (^_^)
Amacam, senang kan?? Kalau kat kedai mahal nih. Padahal bukan payah pun nak buatnye. Memang kayo la bisnes makanan ni. Hehe. Baik buat sendiri je, cepat dan mudah. Banyak pulak tu dapat. Memang tak rugila masak sendiri. Ehe. nak motivate diri sendiri yg kadang2 datang mood malas nak masak. Ngeeeee
No comments:
Post a Comment