Entry jiwang lagik! Hmm, tapi tak jugak. Sebab bagi aku ia lebih kepada tarbiyah untuk diriku (^_^)
Memang tak dinafikan, memang kisah kasih kami banyak halangan, dan hanya DIA yang tahu. Sebab tu aku suka lagu ni..Susahnya nak mencari yang terbaik, dan adakah kita layak untuk mendapat yang terbaik?? Alhamdulillah, dah sampai jodoh kami..syukur padaMu ya Allah..
Jika hati tak tenteram, lagu ni memang jadi penenang jiwa. Dan kadangkala peruntun jiwaku juga..Tiada siapa yang pasti akan rencana Illahi..Hanya Dia yang mengetahui segalanya...Huhu..tu kisah dulu..Sekarang sudah happy, tak mau sedih lagi..Semoga jodoh kami berpanjangan dan dimurahkan rezeki selalu..
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Kepada mereka di luar sana yang mungkin sedang bercinta ataupun sedang mencari cinta, cintailah seseorang itu kerana Allah. Berkasihlah berlandaskan syariatNya..Janganlah semata2 kerana kecantikan, ketampanan, kekayaan, mahupun hawa nafsu. Barulah suatu perhubungan itu akan mendapat keberkatan dari yang maha esa... (^_^)
6 comments:
suka lagu ni :)
@Syafiq
Sy suka jugak!! hehe =)
Like ayat ni "cintailah seseorang itu kerana Allah". (^.^)
@MawarMerah
Cinta yang berkat itu adalah cinta yang berlandaskan syariatNya..Lillahitaala =)
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu,suka lirik ni ..berdoalah untuk mendapat yang terbaik ..
@Naz
sy pun suka lirik tu..seolah2 doa kita pd Allah kan =)
Post a Comment