Friday, January 7, 2011

Nasi Ayam Bidan Terjun!!

Tak plan langsung nak masak nasi ayam hari ni. Tapi teringat air rebusan ayam (my hubby masak ye) semalam ada dalam periuk. Huhu..Nak buang sayang pulak. Banyak lagi air rebusan tu. Boleh buat sup. Dah lama tak masak nasi ayam, teringin la pulak.

Tapi bahan2 banyak yang takde. Cili merah tade, daun pandan takde, salad, n daun sup, seme dah kehabisan stok. Ah, tak kisahlah. Guna la apepun, janji cukup rase. Sos ayam tu aku reka sendiri. Tak buat pun sos lada merah tu. Masak kicap+ciliboh+sos cili.  Perghh..lagi sedap tau. Haha. My hubby said la kan (^_^). Ala, kalo tak sedap pun dia kate sedap jugak. 

Hoho..Selongkar peti sejuk, jumpa daun limau purut. Boleh la ganti daun pandan untuk nasi. Idea ni dapat from kak hana, resepi nasi lemak hari tu. Macam sedap je, bleh la try (memang sedap pun, lagi sedap dari guna daun pandan..serius!!). Kalau nak resepi nasi lemak tu, refer sifu hana kat sini. Jom semak resepi untuk nasi ayam ni. Simple yang amat. Huhu..

Bahan-bahan ( 3-4 orang ) 

Untuk rebus

  • 1/2 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2sm halia yg diketuk 
 Untuk perap
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1cm halia-tumbuk
  • 2 ulas bawang puti-tumbuk
  • 1s/b serbuk jintan putih
  • 1s/b serbuk jintan manis
  • Sedikit kicap cair 
  • 1 s/b gula melaka-tumbuk
 Untuk nasi
  • 3 cwn beras
  • 2 sudu besar butter/marjerin
  • 1cm halia- ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih -ditumbuk 
  • 3 ulas bawang merah
  • Kiub pati ayam maggi
  • Air rebusan ayam tadi secukupnya 
  • 3-4 helai daun limau purut-carik2kan
  • Sedikit garam. 
 Bahan sos
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk
  • 2 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2cm halia-tumbuk
  • 2 s/b sos cili
  • 2 s/b kicap pekat
  • 2 s/b ciliboh
  • 1 sudu teh cuka, garam, gula melaka.
  • 1/2 cawan air 
Untuk sup
  • Air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1 s/b rempah sup
  • Garam
  • Daun sup-tak letak sebab takde

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka..bersihkan dan di lumur dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk. Kemudian rebus dengan air secukupnya.
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Bakar hingga masak dan kering airnya.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter/marjerin, tumis halia, bawang merah dan bawang putih hingga garing. Kemudian, masukkan beras, air rebusan ayam secukupnya, kiub pati ayam, daun limau purut dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos, tumiskan bahan tumbuk. Tumis hingga garing, dan masukkan ciliboh. Bila terbit bau dan pecah minyak, masukkan cili sos dan kicap, cuka garam dan gula melaka (masak macam buat sambal kicap la).
  5. Untuk sup- tumis bahan tumbuk dan rempah sup. Kemudian, masukkan air rebusan ayam. Didihkan selama 6-8 minit. Boleh juga dimasukkan kentang kalau suka. Bila siap, taburkan dengan daun sup/bawang goreng.

Yang kat atas ni rupa sos kicap pedas untuk ayam. Ayam pulak aku bakar je sebab nak jimatkan minyak. Minyak kan susah nak dapat skang nih. Hehe 

Sebelum dan selepas

Ni lah rupa ayam bakarku. Sebelum dan selepas letak sos kicap pedas tu. Macam ni lagi sedap. Hubby suka sebab rasa macam ayam madu. Tak caye cuba sendiri ye. Huhu. Tapi ni resepi yang sedikit derhaka la. Bak kata CMG kita..Siap ada tempe goreng tepung lagi. Ala-ala nasi ayam penyet plak ye guna tempe.. Ehe. Tak ikut ramuan asal. Tapi okey la, sebab nak sesuaikan dengan bahan yang sedia ada. hentam je la labu..(^_^)

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...