Sunday, December 26, 2010

Menu hari ini-> Sup Tulang Special

Masuk bakul angkat sendiri. Huahua. Takde keje la kan. Tapi hari ni buat sup tulang kaw2 punya. Semalam hubby nak makan sup tulang kat kedai mek Siam seberang jalan, tapi tak ada pulak. Sup daging je ada. Memang dia tak puas hati, nak juga makan sup tulang. Pergi tawaf Tesco n Mydin nak cari tulang untuk buat sup. Tapi dah pukul 9.30pm masa tu. Mana la nak ada kan. So, terpaksa la simpan hasrat nak cari tulang buat sup hari ni. Pukul 10 pagi tadi menapak ke pasar dengan matlamat utama nak cari tulang lembu okeh. Nasib baik masa tu banyak lagi gerai bukak. Ada dua pilihan, tulang belakang ngan tulang rusuk. kalau kat kampung memang selalu beli tulang rusuk RM15 sekilo. Tapi kat sini RM17 sekilo. Tulang belakang agak murah, RM10 sekilo. Kitorang beli yang ni sebab murah Nak makan berdua je, so beli 1/2 kilo je la. Then tambah beli ulam ngan ikan sikit. Cukup la stok 2 hari (kot). Balik terus mulakan operasi. Setelah berhempas pulas, inilah hasilnya sup tulang istimewa untuk suamiku yang mengidam. Hehehe.. Jangan marah ye abang (^_*)

      Bahan-bahan (4 orang makan)

  • Tulang lembu 1/2 kilo
  • 1 sup bunjut adabi
  • 2 inci Lengkuas-titik
  • 3 biji kentang 
  • 1 labu Bawang besar -potong kasar/bulat2
  • Garam,gula
  • Asam limau 2 biji
  • Air secukupnya
      Bahan tumis

  • 2 inci halia-tumbuk
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk
  • 3 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1 s/b lada hitam -tumbuk
  • 1 s/b rempah kurma+serbuk sup adabi-bancuh dgn air
  • 2inci kulit kayu manis
  • 2 biji pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
      
      Bahan hiasan
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Cilipadi
  • Bawang goreng
     
      Cara-Cara
  • Rebus tulang lembu sehingga empuk (anggaran 1jam-1jam setengah jam)
  • Sementara tulang hampir empuk, masukkan ubi kentang, sup bunjut dan lengkuas yang telah dititik. Rebus lagi hingga benar-benar empuk.
  • Pada masa yang sama, tumis bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih) hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan bancuhan rempah kurma dan serbuk sup adabi. Tumis seketika hingga naik bau
  • Kemudian, masukkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Tambah garam dan gula. Kacau lagi dan biarkan sehingga daging dan ubi kentang empuk.
  • Bila sudah masak, hidangkan dengan asam limau dan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Siap!!
p/s: lain orang lain cara masakannya. Aku kalau buat sup memang nak kena tumis sebab rasanya memang berbeza berbanding ngn yang tak tumis. Yang tumis aromanya lagi marvelous. Huhu.

Kesimpulannya, hubbyku sangat berpuas hati dapat makan sup tulang kegemarannya hari ni. Tambah ada ulam ngan budu, plus telur dadar. memang kecur air liur lah. Dia kata boleh challenge sup tulang P. Chepa yang dia biasa makan. Tu kira bodek la tu yer. Petang ni dia nak upah kuih onde2 (buah melaka). Haa..nantikan kuih istimewa buatan suamiku. Hohoho

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...