Ceritanya raya ke3 yang lalu kami ke Pantai Bukit Keluang di Besut Terengganu. Tak dirancang sebenarnya. Tiba-tiba je abangku yg sulung buat cadangan. Raya ke4 dia sekeluarga dah nak pulang ke Kay Ell. Hehe. Kami terus setuju, lagi pun dah lama kot tak berkelah. Hip-hip hoorayyy!!
Paginya buat persiapan. Saya siapkan meehun goreng Singapore (tak sempat snap gambar. Daku jong kalut di dapur..hehe). Masak simple2 saja. Selebihnya, bawa biskut raya dan kerepek. Menu utama, ayam panggang BBQ la uolsss. Malam sebelumnya saya perap. Dua ekor ayam untuk 10 orang. Campur udang sikit sebagai tambahan. Ikutkan hati nak tambah sotong, tapi bila fikir membazir cukuplah dengan lauk sedia ada.
Perjalanan ke Bukit Keluang taklah jauh mana. Dalam 2 jam lebih dah sampai. Besut dan Kelantan kan berjiran. Majoriti penduduk pun masih menggunakan dialek Kelantan sebagai perantara. Syok duk Teganu ni. Banyak pantai yang cantik, tempat peranginan yang menarik. Antara negeri favourite saya juga selain negeri tanah tumpah darahku Kelate Darul Naim. Ehe
Di sini saya nak kongsikan resepi ayam BBQ simple. Belajar resepi ini semasa bekerja di Ain Medicare KB. Sewaktu jamuan kelab under deparment QA, sempatlah belajar dari akak yang bertanggungjawab menyediakan perapan ayam BBQ. Syok boleh belajar bermacam2 resepi dari otai-otai.
Kat Google pun banyak je resepi yang kawan-kawan boleh cuba. Terpulang kepada citarasa. Saya dah biasa dengan resepi ini. Next time nak cuba resepi ayam panggang madu pula. Kena tahan manislah. Hikhik
RESEPI AYAM BBQ
Bahan-bahan
- 2 ekor ayam (potong 8)
- 3 labu bawang besar*
- 1/2 labu bawang putih*
- 4 inci halia*
- 3 btg serai*
- 1 sudu besar lada hitam*
- 1 sudu besar lada putih*- boleh juga guna serbuk
- 1 sudu besar ketumbar*
- 1/2 sudu besar jintan manis*
- 1/2 sudu besar jintam putih*
- Sedikit sos tiram
- Sedikit kicap manis
- Sedikit kicap masin
- Serbuk lada merah
- Serbuk kunyit
- Gula merah/ nisan secukupnya - (cairkan atas api perlahan)
- Garam secukupnya (ikut citarasa)
- Kisar bahan bertanda (*)
- Kemudian gaul ayam dengan semua bahan di atas termasuk bahan kisar (*). Gaul rata (org kelate kata jelira awah)
- Biarkan perapan dalam suhu bilik selama 2 jam. Kemudian, bolehlah disimpan semalaman di dalam peti sejuk supaya ayam tak berbau.
- Boleh dibakar/dipanggang sehingga masak.(Sediakan serai yg dititik,minyak & rencah perapan ayam semasa membakar. Sapukan pada ayam supaya tidak kering semasa dibakar)
Ada org kata, tak simpan dlm peti sejuk pun tak apa, ayam tak berbau jika ayam digaul rata dengan rencah perapan. Tapi saya tak mau ambil risiko. Kang ada yang kempunan nak makan ayam esok hari dek kerana ayam berbau. Hihi.
Family tuan tanah.. =) |
Oleh kerana ayam ini diperap semalaman, rasanya memang meresap elok ke dalam isi ayam. Dan sangat sedap dimakan begitu sahaja walaupun tak cicah sos. Cehh. Angkat bakul nampak??? Hahaha. Tapi serius tak mengecewakan. Bagi saya, perap dengan bawang putih & halia pun dah cukup sedap ayam BBQ ini. Makan dengan mihun goreng, amatlah sesuai dan tak muak. Kena dengan selera kami sekeluarga.
Ok, setakat ini saja coretan hari ini. Nak ke dapur. Siapkan menu nasi dagang ala Teganu. Menjadi ke tak?? Tunggguuuuuu. Hihih. Nanti saya udate ye ;)
RYNAHAKIMI
2 comments:
sedapnye ayam panggang!!
Emmm.. dap dap!! hehe :D
Post a Comment