Biskut Cornflakes, antara salah satu kuih raya yang sempat ku cuba Aidilfitri yang lalu. Sedappppp!! Antara biskut yang laris selain tart nenas dan biskut sarang semut. Bahan utama untuk kesemua resepi adalah mentega. Bukan tak mahu ganti dengan marjerin, tapi nak pastikan aroma 'wangi' tu ada. hehe..
Adunan ini menghasilkan lebih kurang 150 biji biskut. Bergantung kepada kuantiti yang dimasukkan ke dalam paper cup lah. Saya sudukan 1 sudu kecil adunan. Sekali masuk mulut, ngap3.. Telan. hihi. Kalau besar-besar kang tercekik budak-budak. Hafiey pun gemar. Mungkin kerana rasa cornflakes yang dah semulajadi sedap.
Oh ya, ada juga yang tersalah faham. "Eh, ni biskut sarang semut kan? kenapa warna tak sama dengan yang lagi satu?" Ekeke. Tetamu yang datang ingatkan biskut cornflakes ini adalah dari adunan yang sama dengan sarang semut. Tahulah kes guna paper cup yang sama. Tapi yang ni tak bersarang kot. Cer perhati betul-betul. Tak sama pun.. huhu
Ok, jom tempek resepi. Tahun depan nak cuba lagi. Dah jadi salah satu biskut favourite daku juga ni. Selain bahan-bahan mudah nak dapat, budget pun rendah. Kikiki. Terima kasih Kak Yatie sudi berkongsi resepi. Sedap sangat & rangup. Tak sempat seminggu raya, habis licin 2 balang. =)
RESEPI BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Sorry, gambar ni blurrr. Ehee |
Bahan-Bahan
- 250 gm mentega
- 3/4 cawan gula aising
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
- 2 cwn tepung naik sendiri-ayak
- Mangkuk kertas secukupnya
- Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
- Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
- Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
- Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
- Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
- Biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam balang kedap udara.
Korang cubalah. Gerenti tak mengecewakan. Cuma rasa terlebih manis. Sebab ceri ku potong besar-besar kot. Haha. Next time kena kurangkan amaun gula dalam adunan. Biar manis-manis buah je. Nak makan banyak pun taklah rasa bersalah sangat. Hihihi
Ok, jumpa lagi di lain entry. Babaiii :)
RYNAHAKIMI
No comments:
Post a Comment