Asalamualaikum wbt
Hari ni kita berdagang ya. Hihi. Isnin minggu depan ada potluck untuk ofismate encik kimiey. Potluck geng warden merangkap guru-guru MRSM Parit. Pakat request encik kimiey sediakan nasi dagang untuk potluck nanti. Maka, yang jadi tukang masaknya haruslah daku. Hukhuk.. Terkono dennn..hihi
Sebab tu jugalah gigih mencari periuk kukusan besar untuk tujuan jamuan nanti. Hajatnya nak buat nasi dagang Terengganu kerana beras wangi lebih senang dicari berbanding beras nasi dagang Kelantan. Maklumlah di perantauan. Melainkan dari awal memang beli stok banyak2 dari kampung. Itu lebih senang. Masalahnya last minutes baru tahu kena menasik dagangkan diri. Wakakak. Merepek sudahh..Kikiki
Oleh kerana daku tak pernah masak nasi dagang Terengganu, hari ini ku cuba resepi yang sedap ini. Sebagai persediaan untuk hari Isnin nanti. Sesi percubaan la kononnya. Kihkih.. Ingat susah, rupa-rupanya sama je dengan resepi nasi dagang Kelantan style. Cuma beras yang berbeza. Kaedah masakan gulai pun tak sama. Tapi aroma nasi dagang tetap senada giteww.
Ada sahabat yang PM nak resepi. Amboi.. tak sabar2 mak2 jemah sekalian. Ekekeke. Yang bertanya tu memang one of my best friend yang gemar makan nasi dagang. Ala, zaman sekarang tak susah. Nak cuba apa-apa resepi google je. Gerenti jumpa. Pandai-pandai cari yang berkenan di hati. Boleh disesuaikan dengan bahan-bahan yang dah sedia ada di dapur kita. Memasak itu mudah jika disertai dengan hati yang ikhlas dan gembira. Sape setuju say aiiiii.. hihi
Jom semak resepi. Penting untuk rujukanku pada masa hadapan =)
RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU
Sumber: *Link*
Bahan-bahan
- Beras wangi siam 1 kg
- Beras pulut 300g (4 cawan beras siam: 1 cawan beras pulut)
- Santan cair semangkuk (boleh tambah jika kurang)
- Santan pekat semangkuk (300L) -tambah jika kurang
- 5-6 ulas bawang merah-mayang
- 3-4 ulas bawang putih-mayang
- 3cm halia -mayang halus
- Satu sudu kecil halba
Cara-cara
- Rendam beras pulut dan beras wangi semalaman bersama2 halba (daku rendam 3 jam)
- Bersihkan beras yang direndam, kemudian toskan.
- Panaskan periuk pengukus.. Bila dah mendidih, letak beras yang dah ditos tadi
- Kukus selama 15-20 minit.. Then keluarkan dan masukkan dalam besen/bekas besar.. Tuang santan cair dan kacau rata.
- Kukus lagi selama 20-25 minit..
- Sekali lagi keluarkan nasi yang dikukus lagi dan masukkan ke dalam bekas besar/besen..
- Masukkan pula santan pekat (yang dimasak seketika dengan bawang merah, bwg putih, halia, halba).
- Gaul rata dan kukus lagi *anggaran 5-10 minit*
- Bila dah masak, masukkan dalam bekas yang sesuai. (sedap dimakan dengan gulai ikan tongkol/gulai udang dan gulai ayam darat)
RESEPI GULAI IKAN TONGKOL TERENGGANU
Sumber: Ibu tercinta =)
Bahan-bahan
- 2-3 Ikan tongkol/aya hitam secukupnya (aya tenggiri) - Rebus dengan asam keping, lengkuas, garam dan sedikit gula nisan/melaka.
- Rempah gulai ikan dijadikan pes (ku guna cap Babas je..hihi)
- 3 labu bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 1-2 inci halia*
- 1 inci lengkuas*
- 1 sudu kecil jintan manis*
- 1 sudu kecil jintan putih*
- 1 sudu besar ketumbar*
- Kunyit hidup*
- 20 tangkai cili kering yang direbus*
- 5 biji cili hijau
- 5 biji cili merah
- 10 biji cilipadi
- Gula nisan 1 1/2 keret (lebihkan jika suka manis)
- Garam secukupnya
- Santan dari 2 biji kelapa (ku guna 2 kotak)
- 1-2 s/b kerisik
- 1 inci kulit kayu manis
- 1 sudu kecil halba
- 1-2 batang timun dipotong
- 2 keping asam gelugur/asam keping
Cara-cara
- Masak santan dengan api sederhana hingga mendidih dan pecah minyak.
- Masukkan bahan yang dikisar, pes rempah ikan, kayu manis, kerisik, dan halba. Biarkan mendidih.
- Masukkan ikan yang telah direbus. Masukkan juga air rebusan ikan untuk rasa kuah yang lebih sedap.
- Biarkan menggelegak seketika (supaya masin/masam ikan sebati dalam kuah)
- Rasakan kuah. Masa ni, kuah memang sudah ada sedikit masam, dan masin dari air rebusan tadi. Masukkan gula nisan, garam dan asam keping secukup rasa. Masukkan juga cili hijau, cili merah, timun dan cilipadi
- Masak lagi hingga santan pekat.
- Siap dan boleh dihidangkan.
Lain orang lain kaedahnya. Ku lebih suka kaedah sekali harung. Haha. Kalau rajin, tunggulah hingga benar-benar pecah minyak. Tapi saya buh bahan kisar selepas santan mendidih beberapa minit. Gulai ni kita masak lama untuk pastikan ia benar-benar sebati dengan ikan. So, memang akan pecah minyak dan pekat.
Kuah gulai ikan untuk nasi dagang biasanya dimasak manis. Tapi kumasak seperti biasa. Dan rasanya tak jauh beza dengan gulai ikan yang ku dah biasa buat. Sedap dan 'jelira' yang amat. Hehe. Sesuai untuk nasi dagang Terengganu ni. Hidangkan juga dengan acar timun. Potong timun, carrot, bawang besar dan cili merah. Kemudian rasakan dengan garam, cuka dan gula. Biar balance rasa masam masin manisnya. Gerenti lebih mengancam nasi dagang anda. Gandingan meletopp gitu. Ehe
Ok, sekian dulu. Dah lama tak menaip panjang. Jumpa lagi di lain 'entry' ya. Babaii dan selamat mencuba!! *Fefeeling chef la pulak. wakakak *
RYNAHAKIMI
No comments:
Post a Comment