Amboi.. western bukan main lagi tajuk. Hikhik. Sesekali menyimpang dari tekak melayu best juga. Makaroni, spageti, fetucini, dan lain lain. Semuanya sepupu sepapat. Rasa lebih kurang sama. Sedap dimasak berkrim keju atau bolognese.
Rasanya di pasaran berbagai-bagai perisa. Kalau jenama Prego, boleh cuba herb cheese, mushroom, carbonara dan sebagainya. Tak dan nak mengejar. Banyak sungguh rangkaian sosnya. Tapi satu je, terlebih MSG dalam setiap hidangan masakan. Itu yang ku tak gemar. Huhuhu
Kali ni, saya cuba resepi yang diberi oleh kakak. Semasa menziarah kami, kakak bawakan 'mangkuk tingkat' berisi makaroni cheese ni. Mula-mula rasa, macam susu. Dua kali rasa, macam cheese. Tiga kali rasa, habis sepinggan makaroni. Haha. Memang sedap kerana teksturnya yang 'creamy' dan asli. Terfikir juga, ini sos segera Prego kah? Rasanya tak pernah masak perisa ini.
Risik punya risik, benarlah ia bukan sos segera. Malah olahan sendiri yang lebih jimat, sedap dan berbaloi-baloi. Boleh makan 3 hari 3 malam banyaknya. Haha *overclaim*. Tapi sungguh saya suka resepi ini. Taklah risau dengan kandungan MSG lagi. Yeay!!!
Untuk rujukan akan datang, maka bersemadilah resepi pasta yang sedap ini di sini. 'Wajib' cuba lagi di lain hari ;)
RESEPI SPIRAL PASTA WITH PRAWN CHEESE GRAVY
Bahan-bahan
* 1/2 - 1 paket pasta kegemaran (macaroni, fetucini, spiral, dll)
*500ml susu segar/full cream- Saya guna susu fullcream Magnolia (850ml)
*10-12 kpg keju chesdale (saya guna jenama Emborg)
*Sedikit lada sulah
*3 ulas bawang putih -ketuk
*1 s/b tepung jagung (nak lebih pekat tambah lagi)
*Oregano kering secukup rasa (saya tambah)
*Udang 300g (nak lebih sila tambah)
*1 tin straw mushroom (boleh juga guna cendawan shitake, butang, dll)
*Butter untuk menumis
*Air secukupnya
*Garam secukup rasa.
Cara-cara
1. Mula-mula rebus pasta hingga masak.
2. Dalam masa yang sama, rebus udang dan mushroom seketika. Simpan air rebusan untuk kuah/sos nanti.
3. Panaskan butter, tumis bawang putih hingga naik bau (api sederhana tau, api besar kang hangus). Kemudian masukkan tepung jagung. Tumis lagi hingga keperangan.
4. Masukkan stok/air rebusan udang. Kacau sebati. Masukkan juga susu segar. Biarkan menggelegak.
5. Kemudian, masukkan pula kepingan keju chesdale ke dalam kuah.
6. Masukkan udang dan straw mushroom yang sudah direbus tadi. Masukkan juga lada sulah, garam dan oregano. Sesuaikan mengikut citarasa.
7. Biarkan menggelegak dan masak sebati. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan dengan pasta yang telah direbus tadi.
Senang kan? Rasa kuah ini sebiji seperti mushroom soup Pizza Hut. Nak cicah roti pun boleh. Hafiey makan pun bertambah-tambah. Sepinggan memang boleh habis kalau disuap. Syok sungguh! Dah tahu kegemaran baru Hafiey selain mee, mihun dan kuetiau. Hehehe
Kuah atau sos boleh disesuaikan kepekatan mengikut selera anda. Jika suka lebih pekat, tambah tepung jagung ya. Tepung gandum pun boleh. Asal bukan tepung beras pulut sudah. Kang jadi dodol tak dapek den nak nolong. Haha
Ok, sekian dulu coretan hujung minggu. Jumpa lagi.
RYNAHAKIMI
4 comments:
wah sedap nye.. craving jadi nye tgk.. mahu..
Salam...woot..woot...
Sekali omputih daa...giler meleleh ailio. Esok nak buat la...Slurp..makan dgn sudu bukan dgn garfu.. hihiihhii...
Nice, boleh cuba ni.....>_<
@fifie feyca
Memang sedap fifie.. Rugi kalau tak cuba. Resepi senang ni..hehe
@Eeta Neet
Woot woot.. iolss makan omputih fefeeling duk obersi.. Ngeh2. Silakan mencuba kak. nanti hapdet laporan bergambar.. hehe
@Cikna
Cuba dik.. gerenti puas hati. makan 3 pinggan pun takde orang nak marah. Banyak nii :P
Post a Comment